MELAKA:
Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership
International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan
apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.
Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30
malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan
yang terdapat di syiling berkenaan.
Pengarah
Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling
emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah
sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.
“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk
memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian
di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada
imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika
tiada aral melintang setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil
batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan
peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.
Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka
kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi
membolehkan harta terbabit dibawa keluar.
Mohammad Foad yakin
harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik
geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.
Sekurang-kurangnya
terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang
berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.
Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96
peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan
berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua
berkenaan.
PELAKSANAAN hukum hudud yang diumumkan
Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) bakal dilaksanakan dalam tiga fasa
bermula hari ini. - AGENSI
BANDAR SRI BEGAWAN 30 April - Brunei Darussalam bakal melaksanakan hukum hudud bermula esok secara berperingkat-peringkat.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal
Bolkiah hari ini dalam majlis Deklarasi Perintah Kanun Keseksaan Jenayah
Syariah 2013 Fasa Satu di Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini.
Beta hari ini reda dengan takdir dan bersyukur kepada Allah untuk
mengumumkan bahawa esok, Khamis 1 Mei 2014 akan menyaksikan
penguatkuasaan undang-undang syariah fasa satu yang akan diikuti
fasa-fasa berikutnya," titah baginda di sini.
Menurut Sultan Hassanal, Brunei tidak pernah memandang negatif
tindakan pihak-pihak lain untuk memilih pendekatan yang dirasakan sesuai
untuk dilaksanakan mereka.
Titahnya, Brunei tidak mengharapkan negara lain bersetuju atau
menerima pelaksanaan hukum hudud, namun memadai dengan menghormati
keputusan negara ini sebagaimana Brunei menghormati pihak luar.
Perundangan syariah itu bakal diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun secara berperingkat-peringkat.
Menurut laporan Brunei Times, dalam fasa satu, hukuman yang diperuntukkan adalah denda dan hukuman penjara.
Fasa kedua pula menyaksikan hukuman potong tangan dan sebatan, sementara rejam sehingga mati bakal dilaksanakan dalam fasa tiga.
Ketika kebanyakan umat Islam di negara yang mempunyai 400,000
penduduk menyokong hukum itu secara berhati-hati, masyarakat bukan Islam
pula melahirkan kebimbangan mereka diikuti kritikan-kritikan oleh
pengguna Internet menerusi laman-laman sosial pada awal tahun ini.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, Rupert Colville sebelum ini mengkritik
pelaksanaan hukum hudud Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang
antarabangsa.
Hampir 70 peratus daripada 400,000 penduduk Brunei merupakan penduduk
Melayu Islam dengan 15 peratus lagi adalah etnik Cina. - AF
AMALAN pemakanan yang seimbang sangat penting untuk
menjalani kehidupan seharian. Ini kerana corak atau pun pola pemakanan
yang tidak sekata akan menyumbang kepada masalah obesiti yang semakin
menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Individu atau masyarakat digalakkan untuk mengamalkan diet yang
bersesuaian dengan mereka. Tujuan mengamalkan pemakanan atau diet yang
seimbang selain daripada mencegah obesiti, juga bertujuan mengekalkan
kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti
darah tinggi, kencing manis, strok dan masalah jantung.
Ramai yang masih tidak menyedari bahawa punca utama bagi serangan
penyakit-penyakit “tenat” seperti kanser dan jantung adalah kerana
kurangnya keperihatinan dalam pemakanan yang yang sempurna dan kurang
mengambil makanan yang berkhasiat dan kurang bersenam.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak
awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri anda adalah apa yang anda
makan". Kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Menurut sumber, Malaysia mempunyai masalah obesiti yang serius. Empat
daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).
Permasalahan ini boleh diatasi melalui amalan corak pemakanan yang
sihat.
diet
Menurut Zainab (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan
(nutrien) yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan
dan kelebihan zat makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian
boleh didapati dari pelbagai makanan yang mudah didapati, mampu dibeli
dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan
tetapi juga mesti seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi
kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan
keperluan tubuh badan.
Makanan kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat
dan lemak untuk tenaga, makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral
dan air untuk kesihatan.
Individu atau masyarakat haruslah menikmati pelbagai jenis makanan
setiap hari termasuk bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam,
kekacang, susu, lemak dan minyak. Namun pengambilannya wajar dilakukan
mengikut kuantiti yang tertentu berdasarkan empat peringkat di dalam
Piramid Makanan.
Peringkat pertama dalam pengambilan makanan adalah bijirin kemudian
diikuti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berada di peringkat
kedua. Seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang yang
berada di peringkat ketiga. Produk makanan yang paling sedikit yang
diperlukan oleh tubuh badan berada pada peringkat pertama iaitu di
puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam.
kalori
Setiap individu perlu mengekalkan berat badan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.
Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai
kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi
nilai kalori yang diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat.
Nilai kalori bagi bagi setiap hidangan adalah sangat penting bagi
tubuh badan kita. Apa saja yang dimakan atau minum akan dikira sebagai
penambahan kalori, tenaga atau lemak dalam badan.
Sebagai contoh dalam tempoh 24 jam, jumlah makanan diambil ditolak
dengan segala tenaga yang diguna juga dalam tempoh yang sama. Jika
jumlah kalori yang kita makan untuk tempoh tersebut adalah 2000 kalori
dan pembakaran kalori hanya 1800 kalori sahaja bermakna kita telah
terlebih makan 200 kalori untuk sehari.
Keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu
sendiri. Sebagai contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang
aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah
berlainan. Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa
faktor lain seperti jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim
dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau
terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda.
obesiti
Wanita memerlukan 1600-2000 kcal kalori sehari manakala bagi lelaki
pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari.
Setiap 7000 kcal kalori yang terkumpul dalam badan sebenarnya akan
menaikkan berat badan seseorang itu sebanyak 1 kilogram.
Beralih pula kepada obesiti, ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang
berlakunya pengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam
badan. Secara umum seseorang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh
atau Body Mass Index (BMI) 30 kg/m2 dan ke atas dikelaskan sebagai obes.
Walau bagaimanapun penilaian peratus lemak badan adalah lebih tepat.
Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes sekiranya peratus
lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi
wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity, 2004).
Obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya dari segi
ketrampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis
dan jantung. Langkah untuk mengelak daripada obesiti adalah dengan
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Mengambil hidangan bijirin dan buah-buahan serta sayur-sayuran
penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap,
tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.
Senaman pula haruslah sentiasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian
secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja
bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Senaman ini merangkumi
berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
Kesimpulannya corak pemakanan yang sihat amat penting dalam menjalani
kehidupan seharian. Sekiranya tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan
yang baik,segala aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Aktiviti harian juga menjadi tidak bermakna sekiranya badan sentiasa
rasa tidak bermaya dan lesu. ____________________ Penulis ialah pelajar program Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
A meeting was held Apr 29 morning at PAS headquarters in Jalan Raja
Laut for the PAS-led Kelantan state government representatives to brief
its Pakatan Rakyat partners on the implementation of the Islamic
Criminal Offence II Enactment in Kelantan 1993 that was put in place
before the birth of Pakatan Rakyat.
Kelantan deputy Menteri Besar Mohd Amar Abdullah said the discussion
was mainly on giving explanation to PKR and DAP on the state
government’s intention to table two private members’ bills in parliament
to allow it to enforce the 1993 enactment.
PKR was represented by its two vice president Tian Chua and Sivarasa
Rasiah, meanwhile deputy secretary general Ngeh Khoo Ham, Kluang MP Liew
Chin Tong and Seputeh MP Teresa Kok represented the DAP in the
discussion today.
“From what we have explained, in my opinion, is positive… they
understand what Kelantan government wants to implement, although they
disagree, but we respect. At least, they understand our stand and
decision,” he told Harakahdaily after the meeting.
Mohd Amar said it was normal to have different opinions, but what mattered was the respect to each other’s views.
He added that the Kelantan state government is prepared to give further explanation on the 1993 enactment, including BN.
Meanwhile, Liew said DAP had made known their views in the meeting that hudud is not part of Pakatan Rakyat’s agenda.
Despite the differences, Liew stressed that all parties are still
searching for a common point and the best solution over the controversy.
Two days ago, PAS information chief Mahfuz Omar had appealed to the
critics of hudud to at least respect the party’s democratic right to
table the private members’ bills in parliament.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menziarahi beliau di kediamannya di Pulau Melaka,
petang tadi.
Muhyiddin yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di kediaman Tun Guru Nik Abdul Aziz selepas solat Asar.
Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut berbual mesra dengan isteri pemimpin nombor dua negara itu.
Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini.
US President Barrack Obama with National Mosque Imam Tan Sri Syaikh Ismail MuhammadKUALA
LUMPUR, April 27 (Bernama) -- National Mosque imam Tan Sri Syaikh
Ismail Muhammad has pleaded to the United States (US) President Barack
Obama to end oppression against Muslims worldwide.
He took the opportunity to express his wishes to Obama while taking the
US President on a 25-minute guided tour of the mosque and the Heroes'
Mausoleum, at Jalan Perdana this morning.
In response Obama said "pray for me," Ismail told reporters after Obama's visit to the Malaysian iconic monuments here today.
"Obama also said that every day when he wakes up he always does his best
to put an end to oppression and conflicts affecting communities," he
said.
Ismail, 70, also expressed his excitement on the historic meeting with
Obama, which was his second meeting with a sitting US President.
His first meeting was with President Lyndon B.Johnson's in 1966, about
48 years ago when he was 22 years old and a tahfiz student (studying the
Quran).
" I never expect I would meet another US President in my lifetime, after almost 50 years," he added.
Ismail was also impressed with Obama's ability to understand the Malay
language, in which he sometimes communicated with the US President.
Despite Obama's limited vocabulary, the US President frequently replied
with "Insya Allah" (God willing) and "terima kasih" (thank you), he
said.
"It was nice of him, although he could not speak much of the Malay
language but understood what I had said to him," smiled Ismail.
Obama's visit to the National Mosque was the first event of his second
day state visit to Malaysia, and the visit to the mosque indicates his
acceptance of the moderate Islamic practice in the country, where the
majority of its 30 million people are Muslims.
Obama, who arrived yesterday for a three-day state visit to Malaysia,
was accompanied by Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin as
minister-in- attendance, and United States Special Envoy to the
Organisation of Islamic Cooperation, Rashad Hussain.
After Obama's visit, Ismail held a brief meeting with Rashad which
touched on Islamic banking, Muslim entreprenuers development programmes
and halal hub.
Ismail said Rashad had expressed US's admiration for Malaysia's Islamic banking system and was keen to learn more about it.
JUBA 22 April - Kumpulan pemberontak di Sudan Selatan yang menawan
sebuah pekan utama pada minggu lalu, didakwa melakukan pembunuhan etnik
besar-besaran, termasuk menyerang sebuah masjid yang menyaksikan lebih
200 orang dibunuh dan 400 orang lagi cedera.
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, Toby
Lanzer berkata, kejadian itu berlaku di pekan Bentiu pada minggu lalu
apabila kumpulan pemberontak etnik Nuer menyerang masjid Kali-Ballee,
gereja Katolik, hospital dan sebuah kemudahan Program Makanan Sedunia
(WFP).
Lanzer yang mengadakan lawatan ke lokasi pembunuhan, menyifatkan
kejadian tersebut sangat mengerikan kerana wanita dan kanak-kanak turut
menjadi mangsa kekejaman pemberontak Nuer.
Malah, jelas beliau sejumlah besar mayat, kebanyakannya orang awam
bergelimpangan di jalan, pasar serta di luar dan dalam rumah ibadat.
"Pemberontak Nuer menggeledah beberapa tempat perlindungan penduduk
Sudan Selatan dan rakyat asing sebelum membunuh mereka atas sebab
perbezaan etnik.
"Mereka turut menggunakan radio tempatan untuk menggesa kaum lelaki
merogol wanita yang berlainan etnik dan menghalau golongan tersebut dari
Bentiu," katanya.
Perbalahan etnik tercetus selepas askar yang setia kepada Presiden
Salva Kiir, dari etnik Dinka cuba menghapuskan pemberontakan etnik Nuer
yang diketuai oleh bekas Naib Presiden, Riek Machar selepas beliau
dipecat.
Sebaik-baik menawan pekan Bentiu yang kaya dengan hasil minyak itu,
jurucakap pemberontak, Lul Ruai Koang memuji tindakan kumpulannya
melakukan operasi penghapusan etnik di Bentiu.
Pasukan pengaman PBB di Sudan Selatan (UNMISS) bagaimanapun berjaya
menyelamatkan lebih 500 penduduk yang kebanyakannya cedera di hospital
dan beberapa lokasi lain sebelum mengiringi mereka ke pangkalan PBB.
Sementara itu, jurucakap PBB di New York, Stephane Dujarric menggesa
satu siasatan dijalankan berhubung laporan kejadian tersebut dan menahan
pihak yang terlibat. - REUTERS
IPOH, 17
APR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi.
Jurucakap
polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar
laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli
Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Karpal
dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri
satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban
manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera.
Karpal, 74 tahun
dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap
lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya
sebagai seorang peguam terkenal.
Karpal baru sahaja meletakkan
jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta
Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan
kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak
termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk
Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Karpal dilahirkan di George Town,
Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St
Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang
undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Beliau
menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada
tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun
1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga
pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops
Lalang pada Oktober 1987.
Sebagai seorang peguam, Karpal telah
muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela
utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia kehilangan seorang negarawan ulung. Terima kasih Saudara Karpal. Berehatlah dengan tenang. – Roketkini.com
Ma
sha Allah! Our beloved Prime Minister Sheikh Ismail Haniyeh kisses the
hand of a construction worker in Gaza. He said that these hands are
loved by Allah and His messenger peace be upon him. For such humbleness, we love our PM,,, He who humbles himself for the Pleasure of Allah, Allah will elevate his status. — with Fizzy Jay and Khalish Zulkarnain.
KUALA TERENGGANU: Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan
melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR,
rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu
melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud
dalam PAS sebelum penubuhan pakatan.
"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang.
Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud),"
katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri
Terengganu, di sini Selasa.
"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.
Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan
pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum
itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.
Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju
oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan
kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993
selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa
kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan
pembangkang.
Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu
mereka bagi membincangkan isu berkenaan.
"Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR)
untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal
dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa.
"(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan
sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan
Undangan Negeri Kelantan.
"Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian
dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di
Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini,
Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan
PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS
Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat
kelak.
Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.
"DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan
undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima
perjuangan PAS... jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada
orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya.