Tuesday, November 19, 2013

Erdogan : Tidak akan ada satu kuasa (pimpinan) pun di dunia ini yang mampu melawan Turki

Perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata dengan kuasa Allah dan kemampuan yang Allah berikan kepadanya dalam menguruskan politik di turki bakal menjadikan Turki sebuah negara yang agung, dan tidak akan ada mana-mana kuasa yang mampu menandinginya.

Beliau menambah lagi bahawa satu asas penting yang dijalankan oleh politik kerajaannya adalah menjaga kebajikan semua tanpa meletakkan sebarang perbezaan atau meminggirkan mana-mana inividu atau wilayah.

Ucapan Erdogan telah disampaikan di sebuah majlis pembukaan beberapa buah projek yang dilancarkan di Stadium Bandar Erghani di wilayah Diyaar Bakir yang dihadirinya semalam.

Katanya lagi sepertimana yang dilaporkan oleh wakil berita Anadhol Turki, bahawa dengan izin Allah, tiada satu pun dari penguasa dunia yang akan mampu menandingi Turki dan kurun ke 21 akan menjadi kurun kegemilangan buat Turki. Kami sebagai pemegang tampuk pemerintahan kerajaan ini sedang menuju ke arah menjayakan misi tersebut.

Beliau menegaskan bahawa di Turki tidak pernah berlaku peminggiran atau pengecualian ke atas sesiapa sama ada atas dasar bahasa, mazhab atau asal-usulnya. Maka, negara Turki adalah negara untuk semua warna, asal usul dan kepelbagaian rakyatnya, kesemuanya akan mendapat layanan kelas pertama dengan sama rata.

Dengan izin Allah melalui sokongan dan doa dari kalian semua, kita semua akan mencapai kemakmuran.

Sumber : نافذة مصر
#mesirkini
#R4BIA

Peristiwa Memali :Masihkah kau ingat?



Hari ini genap 28 tahun berlakunya peristiwa berdarah Memali iaitu pada tanggal 19 nov 1985.

Kebetulan pada hari sabtu lepas saya digabungkan dengan sahabat karib saya Ustaz Islah Ibrahim di dalam satu forum, beliau ialah anak sulong kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, individu yang menjadi sasaran dalam operasi oleh pihak keselamatan di Memali. Beliau menceritakan pengalaman yang dilaluinya sendiri ketika berlakunya peristiwa itu sehingga menitiskan air mata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Ayahnya yang merupakan seorang ulama lulusan ugama universiti terkemuka di Libya dan pernah menuntut di Mesir dan India. Setelah kembalinya ke tanahair pernah bertugas di jabatan-jabatan ugama Islam di bawah kerajaan. Tetapi ilmunya tidak mengizinkannya untuk berdiam diri melihat ugama Islam dagang di kalangan penganutnya, beliau bangkit menegur dan menasihati kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan. Tindakannya ini dituduh sebagai pelampau, bersekongkol dengan penganas Kominis, penganut ajaran sesat dan lain-lain lagi tuduhan jahat sehingga membawa kepada operasi berdarah Memali.

Dalam operasi itu As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood bersama-sama 13 orang lagi temannya mati dibunuh oleh anggota keselamatan kerana dituduh mengancam keselamatan negara. Kampung Memali yang damai bertukar menjadi medan perang, anggota-anggota keselamatan yang lengkap bersenjata dan disokong oleh kereta-kereta perisai berdepan dengan orang kampung yang kebinggungan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Adakah orang yang hanya 'bersenjatakan' lidah menegur dan menasihati kerajaan dianggap mengancam keselamatan negara ? Inilah melampau namanya! Kenapa pihak keselamatan negara boleh berunding dengan penceroboh Sulu yang mendarat di Sabah lengkap dengan senjata tetapi tidak diberikan hak yang sama kepada As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali ?! Kenapa Ayah Pin yang jelas sesat dengan kerajaan langitnya masih lagi bebas dan tidak dikenakan apa-apa tindakan?! Kalaulah beliau betul-betul pengganas kenapa YDPA, Sultan Kedah mencemar duli menziarahi perkuburannya di Parit Panjang ? Kalaulah beliau betul-betul sesat kenapa Al-Marhum Tuan Guru Hj Yahya Junaid mengisytiharkan beliau dan teman-temannya adalah syuhada' ? Kalau tidak syahid dunia dan akhirat paling kurang syahid akhirat kerana mati mempertahankan nyawa, keluarga dan kampungnya daripada penceroboh. Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut di dalam satu hadis yang mafhumnya; barang siapa yang mati kerana mempertahankan nyawanya maka dia adalah syahid.

Peristiwa ini kekal menjadi titik hitam sejarah negara yang tidak boleh dipadamkan. Walaupun 28 tahun sudah berlalu keadilan kepada mangsa-mangsa peristiwa Memali dan keluarga mereka masih lagi belum dilunaskan.

Diakhir pertemuan saya dengan Ustaz Islah saya terkedu apabila mendengar kata-kata beliau dengan teresak-esak menyebut; walaupun di atas dunia ini mereka yang bertanggungjawab boleh terlepas tetapi tunggulah perbicaraan di hadapan Allah Tuhan yang Maha Besar di Padang Mahsyar kelak.

" Dan jangan sekali-kali kamu menyangka Allah leka terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yanag zalim. Sesungguhnnya kami lambatkan mereka sehinggalah kepada hari terbeliak mata-mata (kerana melihat azab Allah dihadapan mereka) " Surah Ibrahim:42


Sumber FB

Petua Merawat Penyakit Resdung




"


* Ambil limau nipis 8 biji.
* Daun pndan 10 helai, hiris halus mcm bunga rampai
* Perah limau nipis. Gaulkan smpai sebati.
* Chemical akan terbentuk. Sapu di muka. Kalau sesuai.

* Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Ianya akan banyak keluar melalui kening.
* Tarik keluar ulat resdung tersebut
* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

Mudah-mudahan, sekiranya petua ini sesuai dengan anda, amalkanlah agar kita dapat hidup sihat sehingga ke akhir hayat. Amiin..


Sumber tranungkite

Monday, November 18, 2013

Kisah kisah Villa Nabila





Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Terlalu banyak versi,walaupun apa kisahnya memang syaitan dan jin suka berkumpul di tempat yg gelap dan dibiarkan lama tnpa jagaan. Kerana itulh kita disarankan azan ketika pindah rumah yg seblum ini tidak berpenghuni.

Wallahuallam.
 
Sumber dpd FB  Islam Agama Ku

Wednesday, November 13, 2013

4 golongan lelaki yang diheret wanita ke neraka

www.ohislam.com,
1. AYAHNYA....

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. SUAMINYA....

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....

Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM

(smga mnjadi pemimpin yg baik)

Hamas lantik jurucakap wanita pertama







GENTING GAZA - Kerajaan Hamas melantik jurucakap wanita pertama mewakili kumpulan tersebut bagi memperbaiki komunikasi dengan media antarabangsa.

Menurut laporan Al-Jazeera, pelantikan Isra al-Modallal, 23, seorang wartawan fasih berbahasa Inggeris merupakan inisiatif kumpulan untuk menyampaikan imej baru kepada rakyat tempatan dan antarabangsa.



"Kami berharap untuk mempunyai bahasa yang berbeza dan pelbagai," katanya. Al-Modallal, ibu tunggal kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibesarkan di Gaza tetapi menghabiskan usia remajanya selama lima tahun di Britain.

"Saya bukan Hamas. Saya aktivis Palestin yang mencintai negara," katanya.


Sinar Harian | 12 Nov 2013

Saturday, November 9, 2013

Gambar eksklusif Pertunangan Fiso Omar dengan Mawar..SemPoi..Beb....




Perkenalan singkat merpati dua sejoli ini telah membawa kepada majlis pertunangan mereka awal pagi ini. Selepas upacara menyarungkan cincin ke jari manis Mawar oleh ibu Fizo, Wan Hafizol bin Wan Omar atau Fizo Omar kini bergelar tunangan pengusaha muda tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim. Ada gambar lagi..

Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Country Height, Kajang dengan dihadiri lebih kurang 300 tetamu terdiri daripada sanak saudara, ahli keluarga kedua pihak dan beberapa wakil media.

Keluarga Mawar menerima rombongan keluarga Fizo Omar dengan iringan 5 dulang hantaran. Manisan antara hantaran iringan melambangkan manisnya pertunangan pasangan yang sedang disirami kehangatan percintaan ini.


Hasil perbincangan yang telah dipersetujui sebelum ini, pasangan ini akan bernikah para esok hari, bersamaan 10 Nov, bertempat di kediaman pihak perempuan, Country Height Kajang.

Majlis pernikahan mereka esok boleh disaksikan secara langsung di program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9.

Tidak pernah menyangka gadis manis yang menghiasi “billboard” Fareeda akhirnya menjadi miliknya. Personaliti Mawar, keluhuran budi juga semangat saingnya dalam dunia perniagaan memikat hati Fizo. 


Inilah pakej wanita dambaan yang dicari selama ini. Walau hanya melalui perkenalan yang singkat, Fizo yakin memilih Mawar sebagai suri pelengkap kehidupannya dunia akhirat.


57-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750
60-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750
43-Fizo-Omar-Dan-Mawar-Selamat-Bertunang-Nikah-Esok-ROTIKAYA-497x750

Sumber kachipermas

Friday, November 8, 2013

Astro: Caj Bulanan Naik 24 November Ini




KUALA LUMPUR: Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi.

Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.

Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan.

Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi.

Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang.

Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.

Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain.

Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya.-mStar

Habuan wang gagal raih undi BN di Sungai Limau, kata Dr Mahathir


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Tun Dr Mahathir Mohamad turut membantu kempen BN di PRK DUN Sungai Limau lalu. Gambar fail.Tun Dr Mahathir Mohamad turut membantu kempen BN di PRK DUN Sungai Limau lalu. Gambar fail.Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa pemberian wang dan hadiah oleh Barisan Nasional (BN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi di sana.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemberian wang seumpama itu adalah satu pembaziran malah bukti penolakan pengundi terhadap budaya itu ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Mungkin saya salah dan saya mengaku saya kerap salah tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan.
“Ini jelas dari PRU13. Yang tidak sokong, tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.
“Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati,” katanya melalui kiriman blognya hari ini.
Dr Mahathir berkata, jabatan kerajaan yang dibawa bersama untuk turun berkempen dan memberi bantuan di Sungai Limau tidak membawa kejayaan kerana kebanyakan pengundi tidak mudah terpengaruh dengan bantuan sedemikian.
Katanya, BN banyak menghamburkan wang tetapi sokongan yang diterima rakyat masih belum berada pada tahap memuaskan.
“Kempen sekarang ini berbeza daripada dahulu kerana banyak wang diguna seperti penganjuran karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti kemeja-T BN.
“Ada jabatan kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi 10 anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
“Saya tidak tahu sama ada pameran ini adalah sebahagian daripada kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – sama ada berbentuk duit atau anak ayam,” katanya.
Perdana Menteri yang paling lama memerintah negara itu turut mempersoalkan keengganan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara daripada arena politik meskipun telah berkecimpung dalam arena politik sejak 1964.
Dr Mahathir membuat perbandingan karier politiknya dengan Lim kerana beliau bersara pada 2003 tetapi Lim pada masa ini masih menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah.
"Bila Kit Siang akan bersara? Sampai matikah? Jika sudah bersara hendak jadi pemimpin kanan DAP kah?
"Pada 1964 saya jadi wakil rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak aktif lagi di Malaysia, Kit Siang menubuhkan DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah,” katanya.
Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat memperoleh sebanyak 12,069 undi manakala calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985 sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.
Seramai 23,249 pengundi atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penyandangnya allahyarham, Tan Sri Azizan Razak yang kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS lebih daripada separuh dalam pilihan raya itu adalah satu kemenangan.
Beliau berkata, BN menerima keputusan pilihan raya itu, namun berjanji tidak akan menghentikan usaha mendekati sekolah pondok seperti yang terkandung dalam Aku Janji BN pada PRU13 demi meningkatkan syiar Islam.
Walaupun PAS berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh Azizan.
Mohd Azam memperoleh majoriti undi 1,084 berbanding 2,774 undi yang dimenangi Azizan.
Sementara itu, BN walaupun kalah dalam pilihan raya itu memperoleh anjakan undi sebanyak 4.4% berbanding dalam PRU13 Mei lalu. – 8 November, 2013.

Sumber themalaysian insider

Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat

Presiden Mursi diadili, kemenangan semakin dekat

http://greenboc.blogspot.com,

Kaherah - Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin. Dalam kenyataan ulama yang berjudul “Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat” disebutkan: “Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan.”

Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya.

Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Para ulama juga menyatakan, “Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang.”

Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.


Optimisme Beltagi dari Penjara: 10 Muharram adalah Hari Binasanya Firaun

Kaherah - Dr. Muhammad Beltagi, salah satu pimpinan Ikhwanul Muslimin yang saat ini berada dalam penjara kudeta, mengucapkan selamat kepada umat Islam dengan datangnya tahun baru Islam 1 Muharram 1435.

Dalam sebuah surat yang ditulisnya dari penjara lalu dimuat dalam akun facebooknya, Beltagi mengatakan, “Selamat Tahun Baru Hijriah. Dengan kehendak Allah swt., tahun ini umat Islam akan menuliskan pertempuran yang paling besar.

Umat Islam mempersembahkan pengorbanannya yang sangat besar untuk memperjuangkan kehendaknya yang merdeka. Umat Islam memperjuangkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan, dan kemuliaan. Memerangi kezaliman, kesewenang-wenangan, pemaksaan, dan pembunuhan. Umat Islam akan memperjuangkan hak-hak darah para syuhada; memperjuangkan pengadilan atas para penyiksa dan pengkhianat.

Di antara umat Islam ini ada yang meninggal dunia, menderita luka-luka, dan dipenjara. Sungguh besar pengorbanan yang telah dipersembahkannya. Tapi lebih besar lagi jiwa umat Islam ini yang telah menganggap semua itu biasa saja; harga yang harus dibayarkan dalam perjuangan mendapatkan ridha Allah swt. dan memenangkan keadilan, kebenaran dan kebebasan.

Tidak lama lagi umat Islam akan melaksanakan puasa Tasu’a dan Asyura (9 dan 10 Muharram). Puasa hari itu adalah ungkapan syukur kepada Allah swt. yang telah membinasakan Firaun. Raja yang memaksakan kekuasaannya saat rakyatnya lemah.

Raja yang mengaku seenaknya mengatas-namakan rakyatnya berbuat kejahatan. “Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar.” [Ghafir; 29].

Raja yang meminta mandat untuk membunuhi rakyatnya dengan dalih memerangi terorisme. “Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi.” [Ghafir; 26].

Raja yang membunuhi anak-anak muda, aset masa depan negara, “Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka.” [Al-A’raf: 127].

Raja ini terus melakukan kejahatannya, hingga datanglah siksaan dari Allah swt. “Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tentaranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang dlalim.” [Al-Qashash: 40].
-sumber asal:dakwatun