Saturday, November 11, 2017

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 18. )

Oleh Ram Ramuda

Waktu petang selepas solat asar
walau masih kecil solat tetap solat
mandi di sungai beramai-ramai
budak-budak lelaki budak-budak perempuan
budak-budak lelaki yang kecil-kecil
tak pakai apa-apa
yang besar-besar sikit
pakai seluar mandi
budak-budak perempuan
pakai berkemban .

Budak-budak lelaki terjun
dari pokok rengas yang besar di tepi sungai
kami panggil terjun ' buah nyiur ' .
Apa itu ' terjun buah nyiur ' ?
kedua-dua lutut dirapatkan ke dada
kedua-kedua belah tangan memeluk kedua-dua lutut itu
bentuknya bulat seakan buah nyiur
lalu kami terjun ke dalam sungai
airnya mercik ke atas
dan jika air yang mercik itu
paling tinggi naik ke atas
itu dikira paling bagus
macam terjun aquatiklah
bezanya terjun aquatik itu menjunam
ini terjun membulat .
Budak-budak lelaki selam menyelm
me sini ke sana
mengusik-ngusik budak-budak perempuan
macam-macam kenakalan
pegang sini pegang sana
pada budak-budak perempuan itu
mereka tak marah pun
kadang-kadang ada budak-budak perempuan
menjerit kegelian
berteriak ketakutan terkejut-kejut
tapi mereka masih tak marah-marah pun
kami kan budak-budak ......
Hampir maghrib
baru selesai kami mandi-manda
penuh keceriaan tapi tepu keceriaan
kami pun pulang ke rumah masing-masing
kelihatan orang-ora dewasa pula
lelaki perempuan
mengambil giliran mandi-manda
adoooi doooooii doooooii doooooiii

Monday, November 6, 2017

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 17 )

Oleh Ram Ramuda

Di kampung kami ada sebatang pokok legenda
pokok piah namanya
di tempat lain mungkin lain namanya
ditanam datukku di tepi kubur
tumbuh subur batang besar sepemeluk orang dewasa .

Buahnya berkulit hijau tua
bila masak isinya kuning emas
ukurannya sebesar buah limau biasa
amat sedap amat lazat rasanya .
Sebelum dimakan kulitnya diketuk-ketuk
supaya isinya lembut gebu
mudah dikunyah .
Tumbuhnya tegak di tepi kubur
jangan takut kubur ini tak berhantu
kubur dekat masjid
tiap-tiap malam kami lalu di atas kubur ini
tiada hantu pun .
Bila ada kematian
siwaris upah orang mengaji Quran di atas kubur
kalau ada hantu pun
hantu-hantu lari lintang pukang
bila dengar orang membaca Quran .
Kini buah piah telah pupus di kampung kami
pokok piah besar itu telah mati
tiada orang menanam kembali
tinggallah sebagai legenda
generasi baru memang tak mengenali
pokok legenda itu .
Wahai buah piah
mungkinkah kita dapat bersua kembali ?
la la la la la la la la la la
hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi !!

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 16 )

Oleh Ram Ramuda

Musim lepas menuai padi
waktu petang-petang
kami mencari sejenis serangga comel
sayap berwarna hitam pekat
perut warna merah cerah
sebesar belalang biasa
kami panggil tunyit
bukan kunyit
bunyi pelik kan ?
tak pelik pun
tempat lain mungkin disebut lain .

Serangga ini muncul
musim jambu arang berbuah
apa itu jambu arang ?
buah warna hitam
sebesar ibu jari orang dewasa
rasanya manis-manis lembut
boleh tahan sedapnya
pokoknya besar sepemeluk orang dewasa
macam batang balak !
Kami mencari dalam semak pokok senduduk
di bawah pokok jambu arang itu
serangga ini hinggap di pokok senduduk
kami tangkap dengan tangan sahaja
jinak-jinak belaka
manja-manja belaka
Kami bawa pulang ke rumah
kaki tunyit-tunyit itu kami ikat
dengan tali benang halus
kemudian kami lepaskan
tali kami pegang
berterbanganlah tunyit-tunyit itu
tapi tak dapat ke mana
kerana kaki telah diikat .
Sungguh indah panorama ini
sungguh cantik pemandangan ini
tiada sabar rasanya
kepingin kembali terbang ke zaman itu .
Kini serangga itu telah pupus
tiada lagi kelihatan di desaku
di desa lain entahlah
wahai tunyit-tunyit
bilakah kita dapat bersua lagi ?
la la la la la la la la ............
la la la la la la la la la ..........

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 15 )

Oleh Ram Ramuda

Suatu petang
sewaktu menonoton perlawanan bolasepak
di kampung yang jauh dari kampungku
kira-kira empat batu
aku dan kawan-kawan pergi
berjalan kaki
nak buat macam mana
basikal tak ada .

Semasa perlawanan bolasepak berjalan
aku Ramli Ketopi dan Mamat Tempayan Budu
terpandang rakan karibku Mat Silau
di seberang padang sana
sedang memakan tebu tergopoh-gopoh
air tebu dihisap
hampasnya dibuang
air tebu dihisap
hampasnya dibuang
dengan cepat sekali .
Aku nak minta sikit pun
dia jauh di seberang padang sana
aku Ramli dan Mamat Tempayan Budu
memerhati sajalah dari jauh
tak apalah
la la la la la la la .........!!!
Bila musim buah-buahan tiba
kami berjamu pelbagai buah-buahan di masjid
selepas solat Jumaat
ada buah durian , rambutan , duku , langsat
manggis , rambai dan lain-lain
sedap sungguh
seronok sungguh .
Buah-buah jering pula
direbus dalam periuk besar
bila masak dimakan bersama kelapa parut
lazatnya tidak terhingga
sampai terbeliak anak mata ......!
Suatu hari
kawan karibku Mat Silau
datang ke kebun bapaku
dan memanjat pokok manggis
untuk mengambil buah-buahnya
yang masak ranum .
Entah macam mana
dia terpijak dahan mati
lalu terjatuh ke tanah
mujur pokok manggis itu kecil dan rendang
dia tak apa-apa
selamat , selamat ..........
Kemudian kami mengait saja
buah-buah manggis itu
dengan galah buluh yang tersedia di situ .
Nostalgia demi nostalgia
amat indah dikenang-kenang
kalau boleh ingin kembali
ke zaman itu
la la la la la la la la ........!!!

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 14 )

Oleh Ram Ramuda

Suatu ketika
cikgu Bahasa Inggeris masuk ke kelasku
darjah enam
aku sebagai Ketua Darjah berkata seperti biasa
" class stand ! Good morning sir ! "
semua murid-murid berdiri
" ok , sit down . " kata cikgu Bahasa Inggeris itu
masa itu guru kelas kami
berada dalam kelas
membuat kerja-kerjanya .

Selepas kelas Bahasa Inggeris tamat
guru kelas kami berkata
kepadaku sebagai Ketua Darjah
" Awak kata " class stand " itu salah
yang betul " stand up ! Good morning sir !
Aku jadi keliru
yang mana satu betul ni .....
Minggu berikutnya
giliran subjek Bahasa Inggeris seterusnya
cikgu Bahasa Inggeris masuk ke kelas kami
" Stand up ! Good morning sir ! " kataku
murid-murid semua berdiri .
" Eh , siapa pulak ajar " stand up ni ? "
tanya cikgu Bahasa Inggeris itu kepadaku
aku diam sediam-diamnya
murid-murid lain begitu juga
kami ingin menjaga keadaan
guru kelas kami
yang masih berada dalam kelas
ingin menjaga airmukanya .
Kami diam terus diam
gurus kelas kami turut diam
dan guru Bahasa Inggeris terus memulakan pengajarannya .
Aku jadi keliru
yang mana betul ni
" class stand atau stand up ! " ?
aku buat rumusan sendiri
walau bukan pakar Bahasa Inggeris
masih budak-budak sedang belajar
" class stand" yang betul
kerana " class stand " untuk semua murid dalam kelas
" stand up " hanya untuk seorang sahaja
betul tak ?
Lucu juga kisah ini
hi hi hi hi hi hi hi
ha ha ha ha ha ha !!

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 13 )

Oleh Ram Ramuda

Petang-petang mandi di sungai
tepi sungai ada sebatang pokok
sengkuan atau cekuan
buahnya masak kulit warna kekuningan
rasanya masam-masam manis
enak dimakan .

Buahnya gugur ke dalam sungai
kami menyelam mencari buahnya
dapat berbiji-biji , berpuluh-puluh biji
dihimpun beratus-ratus biji
suka sungguh
gembira sungguh .
Lepas mandi kami makan buah-buah itu
bersama garam bersama kicap
makan bersama biji-bijinya
biji-bijinya ditelan bulat-bulat
sedap sungguh
berselera sungguh
tapi akibatnya keesokan hari
maaf cakap
siksa dubur
biji-biji tak hadam
betapa siksanya
tanggung sendirilah
seperti jua memakan ' rambutan rakyat '
biji-bijinya pun tak hadam
walau rasanya amat lazat
ha ha ha ha ha ha ha ha ha !!!!!
Semasa mandi
ada batang-batang sagu seperti balak
hanyut dari hulu
dihanyutkan pemiliknya ke muara
untuk diambil sagunya
kami pun bermain-main
diatas batang-batang sagu itu
buat macam rakit
seronok betul
asyik betul
ini kan budak-budak .
Kami main tol dalam sungai
tol itu kejar-mengejarlah
tol itu tak kena bayar
kejar sini kejar sana
hingga menggigil kesejukan
tapi kami puas
tiada duka lara
tiada tekanan jiwa
tiada rintihan hati
kami bahagia walau hidup tak seberapa .

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 12 )

Oleh Ram Ramuda

Suatu ketika di sekolah
waktu senaman di padang sekolah
cikgu gabungkan murid darjah 5 dan darjah 6
buat senaman bersama
aku darjah 6
Mat Silau kawan karibku darjah 5
entah macam mana kawanku ini
tersilap langkah waktu bersenam
lalu cikgu bertugas berkata kepada kawanku itu dengan suara kuat
" darat ikan kering ! "
aku menahan perut nak ketawa
takut pun ada
kerana cikgu itu garang
bengkenglah !
aku dan rakan-rakan lain ketawa juga
selepas senaman
kah kah kah kah kah hi hi hi hi hi !!

Ada cikgu suka makan loklit
setiap ada jamuan raya di sekolah
loklit itu kuih tradisional Terengganu
kini semakin pupus
murid-murid gelar cikgu itu
" cikgu loklit " .
Suatu ketika
semasa pulang dari sekolah waktu tengahari
cikgu itu juga pulang bersama
naik motorsikal
murid-murid pun gelar " cikgu loklit cikgu loklit
cikgu loklit cikgu loklit cikgu loklit ! "
cikgu itu naik angin
lalu terus mengejar murid-murid
dengan motorsikalnya
termasuk aku Ramli Ketopi dan Mat Silau
kami lari bertempiaran ke dalam kampung
cikgu itu pun berhenti mengejar
he he he he he hi hi hi hi hi hi hi !!!!
nakal sungguh budak-budak ini
budak-budak katakan
tak makan saman .......

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 11. )

Oleh Ram Ramuda

Kami ada gelaran masing-masing
buat glamour
mudah dikenali
kami tak marah pun dengan gelaran itu
malah kami senyum-senyum saja .

Aku mereka gelar Ramli Ketopi Kopiah Rotan
atau Ramli Datuk Amar
ada Mat Silau , Semail Kucing , Roni Kopoh
Salleh Ceh , Yusof Yusit , Mamat Tempayan Budu , Lambak Tiada Tiadak
itulah nama-nama tersohor ketika itu
hebat , hebat , sungguh hebat ! .
Semail Kucing suka berlaga ayam
ayam jantan ayam betina
dia pergi bawah rumah orang
dia pegang ayam orang biar dipatuk ayamnya sendiri
sungguh nakal budak ini .
Roni Kopoh pula sakit lutut
tak boleh sertai main dengan kami
cuma melihat-lihat saja
kesian sungguh budak ini .
Waktu senja memancing di sungai
Pengkalan Tok Man , Pengkalan Che Mek
Pengkalan Ayah Long , Pengkalan Gong
dan Pengkalan Bawah Alor .
Umpan cacing
bila ikan tak makan
kami nyanyi lagu P.Ramlee buat jampi
" jangan-_janganlah adik angan-angan
merayau ke alam impian
umpan ku tabur dah makan , ikan dah makan "
ikan dah makan . "
kami tambah ' ikan dah makan , dah makan
dah makan dah makan dah makaaaannnn '
tiba-tiba ikan makan mata kail kami
ikan apa ?
ikan kenjeng !
itu macam ikan duri ikan tenggiri
suka sungguh seronok sungguh
ha ha ha ha hi hi hi hi hi !!