“Aku tidak percaya kaum yang bangsaku jajah ini pernah membina sebuah tamadun sehebat ini...”
Mungkin itu ialah ucapan yang keluar daripada seorang sejarawan barat
yang bernama G.Coedes selepas melakukan penemuan yang begitu mengagumkan
serta menggegar dunia. Suatu masa dahulu, pernah wujud sebuah Empayar
Maritim yang pernah berkuasa di Asia Tenggara. Sebuah empayar yang pernh
menundukkan banyak bangsa di dunia. Sebuah empayar yang menjadi “ruling
class” di asia tenggara. Tahukah anda empayar itu dibina oleh nenek
moyang bangsa Melayu..?
Suatu masa sebelum penemuan G.Coedes,
sejarawan masih pening kepala cuba untuk menafsir, siapakah Sanfosi,
Sibhoja, dan Sanfoqi yang diperkatakan oleh tamadun-tamadun hebat dunia?
Tamadun China tidak pernah lekang menceritakan tentang satu bangsa yang
menjadi tempat rujukan agama Budha, pembina universiti terkemuka untuk
para sami dari India dan China belajar tentang agama Buddha...
Sesungguhnya, cerita epik bangsa Melayu masih kemas dalam dakapan bangsa
luar. Mereka kenal siapa kita sehingga Israel menubuhkan satu-satunya
pangkalan tentera mereka diluar negara mereka di Singapura. Tahukah anda
banyak bangsa di dunia ini tidak mahu ketinggalan bercerita mengenai
Empayar Melayu Srivijaya..?
PENAWANAN PALEMBANG
Sebenarnya
para sejarawan berbeza pendapat mengenai asal-usul dan tarikh
penubuhannya. Namun tarikh terawal penubuhan Srivijaya yang dibangkitkan
oleh para pengkaji Srivijaya adalah pada 434 S.M dan menurut Adibah
Sulaiman lagi, pengkaji sejarah tempatan bahawa sebenarnya Srivijaya
adalah kerajaan tertua di Asia Tenggara...
Tentang asal usul
Srivijaya, ia juga mengundang perdebatan para sejarawan. Umum perlu
mengetahui bahawa Srivijaya adalah kerajaan paling misteri di Asia
Tenggara ini dan mula di kenali oleh dunia pada awal abad ke-19 apabila
G. Coades berjaya merungkai misteri. Para sejarawan sebenarnya keliru
dengan lebih daripada 10 nama yang diberi oleh pelbagai bangsa di dunia
pada Srivijaya. Akhirnya G.Coades berjaya memutuskan bahawa nama yang
sering disebut sampai ke eropah sana adalah sebuah empayar milik bangsa
Melayu yang bernama Srivijaya...
Bagaimana dengan orang Melayu?
Sesungguhnya orang Melayu tidak mempunyai walau sedikit pun pengetahuan
dan peringatan mengenai Srivijaya. Orang Melayu adalah orang yang paling
terpinga-pinga apabila diberitahu kepada mereka bahawa merekalah
pembina kerajaan agung bernama Srivijaya. Srivijaya telah lesap ditelan
zaman…
Dalam Prasasti Kedukan Bukit, dicatatkan bahawa permulaan
kepada empayar Srivijaya adalah di mana Dapunta Hyang, pengasas Empayar
Melayu Sivijaya membawa 20 000 orang askar daripada sebuah tempat
misteri bernama Minanga...
Lokasi yang bernama Minanga ini juga
masih menjadi misteri dan didebatkan oleh para sejarawan. G.Coades
mengatakan lokasinya terletak berdekatan dengan Palembang namun Dr
Soekmono, seorang pengkaji sejarah Indonesia begitu membangkang dan
mengatakan bahawa lokasinya adalah terletak di Sungai Kampar, di
Kepulauan Riau. Cadangan lain pula mengatakan Minangan ini adalah
Chaiya, yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Melayu, berdekatan
dengan lokasi Chih Tu sekaligus menguatkan dakwaan yang mengatakan
bahawa Srivijaya adalah keturunan Raja Chih Tu yang memerintah
Kelantan...
Rekod mengenai kewujudan Minanga tercatat seawal
zaman Dinasti Tang dalam sebuah ensiklopedia yang ditulis oleh Wang Po.
Wang Po yang menulis di dalam T’ang Hui Yao mengatakan bahawa Minanga
pernah menghantar utusan ke China menjalinkan hubungan dengan kerajaan
itu...
MELAYU MENJADI BANGSA PENAKLUK
Apabila Palembang
berjaya ditawan oleh Dapunta Hyang, maka permulaan kepada sebuah
kerajaan yang akan menjadi SANG PENAKLUK bermula. Tidak lama selepas
penubuhan Palembang, maka mulalah Palembang mendapat saingan daripada
sebuah lagi kerajaan yang tidak jauh daripada Palembang.
Kerajaan
Moloyu, yang memang terkenal dengan penghasilan emas yang bukan
kepalang banyaknya sehingga mengganggu perkembangan pelabuhan Srivijaya
di Palembang ketika itu. Maka pada 682 A.D dicatatkan oleh I-Tsing
sendiri, seorang sami dari China yang tinggal di Srivijaya bahawa Moloyu
mulalah ditawan oleh Srivijaya...
Tidak cukup dengan itu
sebenarnya apabila selepas penawanan Moloyu, sebuah kerajaan di utara
Palembang, Srivijaya terus merencanakan rancangan untuk menakluk wilayah
yang berdekatan dengannya. Antara yang menjadi mangsa adalah Bangka,
Sunda dan Jawa. Banyak kerajaan di Pulau Jawa terpaksa tunduk pada
kekuasaan Srivijaya. Pada penghujung abad ke-7, semua rekod mengenai
kerajaan-kerajaan di Pulau Jawa semuanya lenyap dan digantikan dengan
kekuasaan Srivijaya melalui proksinya iaitu keluarga melayu Sailendra di
Pulau Jawa...
Kemudian, pada 685- 689 A.D, terdapat rekod
sejarah di mana Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya ke atas Langkasuka
atau Kedah Tua. Pernah suatu masa dalam jangka masa pemerintahan
Srivijaya, Kedah Tua menjadi pusat pemerintahan Srivijaya yang berpindah
daripada Palembang. Tidak ketinggalan juga di mana negara kota Melayu
seperti Pan-Pan dan Tambralingga yang akhirnya terpaksa tunduk di bawah
kekuasaan Srivijaya pada penghujung abad ketujuh...
EKPEDISI SRIVIJAYA KE ATAS INDO-CHINA
Champa, adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang masyur di IndoChina.
Kekayaan Champa berjaya menarik perhatian pedagang China dan pada
penghujung abad kelapan, terdapat rekod yang mengatakan bahawa
pelabuhan-pelabuhan Srivijaya mula kurang mendapat sambutan apabila
kebanyakkan pedagang mula beralih arah ke Champa yang sedang mula
meningngkat naik...
Beberapa siri peperangan mula direkodkan di
mana armada kapal Srivijaya mula mendarat di Pelabuhan Champa. Pada
tahun 767 A.D, Bandar Tongkin bangsa Viet akhirnya berjaya ditawan oleh
Srivijaya, dan seterusnya beberapa siri Bandar di IndoChina seperti Kuil
Po Nagar. Kemudian, Aya Tran pula dibakar dan segala kekayaaan seperti
emas dirampas oleh Srivijaya. Nha Trang (774), Phan Rang (787) antara
Bandar-bandar besar yang berjaya ditundukkan oleh Srivijaya...
Kemuncak ekspedisi Srivijaya apabila sebuah kota Kerajaan Khmer,
Indrapura. Ada sebuah kisah yang dicatatkan Abu Zayd Hassan, seorang
pengkaji sejarah MENGENAI KONFLIK MELAYU-KHMER yang harus dikenang oleh
kita bangsa Melayu...
PERANG KHMER-MELAYU
Pada suatu masa
dahulu, terdapat dua buah empayar yang memerintah Asia Tenggara ini. Di
Indochina, sebuah kerajaan bernama Khmer sedang meningkat naik. Apabila
berjaya menewaskan kerajaan-kerajaan Melayu, Mon dan kaum-kaum pribumi
Indochina, raja Khmer ini mula besar kepala...
Dia mengintai
sebuah Empayar Melayu yang merupakan ‘rulling class’ di Asia Tenggara
seperti Empayar Rom di Eropah, Empayar Islam di Timur Tengah. Dia mula
berasa ego dengan kejayaannya. Lalu, ketika di satu majlis makan malam,
Raja Khmer ini pun dengan megahnya berkata di hadapan para menterinya...
“Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Srivijaya di dalam sebuah dulang...”
Gempar satu istana apabila Raja Khmer berkata demikian. Para menteri
sudah susah hati mendengarkan apa yang keluar dari mulut Raja Khmer itu.
Mereka berkali-kali menasihati Raja Khmer itu supaya berfikir kembali
dengan apa yang dikatakan olehnya...
Khmer menurut pandangan
mereka belum mampu memenangi peperangan dengan Srivijaya. Namun, Raja
Khmer tetap berkeras. Berita mengenai kebiadapan Raja Khmer mula hinggap
di telinga Maharaja Srivijaya yang memerintah pada waktu itu...
Maka, murkalah Maharaja Srivijaya. Dipimpinnya ratusan kapal besar dan
ratusan ribu tentera berserta senjata peperangan yang canggih pada waktu
itu untuk menyerang Khmer. Namun, hebatnya Maharaja Srivijaya ini ialah
baginda mampu memimpin pasukan tentera yang begitu besar tanpa
pengetahuan Raja Khmer...
Apabila sudah dekat dengan Kerajaan
Khmer, maka gegak gempitalah satu negara apabila sebuah pasukan tentera
yang sangat besar sedang menghampiri Kerajaan Khmer. Askar-askar Khmer
cuba melawan namun mereka bukanlah tandingan pasukan tentera
Srivijaya...
Dalam masa yang singkat, Khmer kalah teruk dan
Maharaja Srivijaya memimpin tentera menawan istana Khmer. Raja yang
sombong itu menggeletar lututnya ketika berdepan dengan Maharaja
Srivijaya. Tanpa belas kasihan, kepala raja Khmer itu dipancung oleh
Maharaja Srivijaya...
Sejak hari itu, segala urusan dalaman
Kerajaan Khmer dikuasai oleh Empayar Melayu Srivijaya. Lalu,
berangkatlah Maharaja Srivijaya itu dengan armada askarnya kembali ke
Srivijaya setelah meninggalkan proksinya dalam Istana Khmer...
SRI LANKA DAN MADAGASCAR DALAM KENANGAN
Terdapat bukti di mana rekod dari Sri Lanka yang mengatakan bahawa Sri
Lanka pernah ditawan dan dijajah oleh seorang raja dari Tambralingga
yang mengatakan bahawa dialah keturunan Empayar Javaka...
Selepas
dikaji siapakah Javaka yang diceritakan, maka para pengkaji bersetuju
bahawa Javaka itu adalah nama lain yang digunakan atau dipanggil untuk
menggambarkan Empayar Melayu Srivijaya...
Pada kemuncak Empayar
Srivijaya, NEHRU melukis PETA Empayar Melayu merangkumi daripada
Nusantara sheingga ke Selatan Taiwan dan Filipina...
Bahkan
ketika zaman kemuncak Srivijaya juga, pelayar-pelayar Melayu daripada
Srivijaya berlepas sampai ke Madagasacar, mengharungi laut yang umpama
mainan bangsa kita sahaja ketika waktu itu...
Menurut pendapat
pengkaji, Madagascar juga pernah menjadi sebahagian daripada wilayah
jajahan Empayar Melayu Srivijaya. 1200 tahun yang lepas, terdapat rekod
di mana Empayar Srivijaya meluaskan penggaruhnya kira-kira 8000
Kilometers ke arah barat empayar mereka...
Bahkan, kajian DNA
yang dilakukan kepada pemerintah Madagascar pada hari ini sebenarnya
membawa kepada rekod bahawa 1200 tahun dahulu, mereka asal datang
daripada sebuah tempat di Sumatera, Indonesia sekaligus menguatkan lagi
dakwaan bahawa Madagascar adalah satu lagi wilayah yang berada di dalam
Empayar Srivijaya dan merupakan saudara MELAYU YANG HILANG DI BARAT
JAUH…
KESIMPULAN
Empayar Melayu bukan calang-calang
empayar. Siapa sangka sampai jauh 8000 kilometer empayar ini terbentang
sehingga mencecah wilayah Madagscar yang kini dibuat filem oleh
Hollywood...
Kalaulah kita mampu mengembalikan kegemilangan nenek moyang kita, ianya hanya melalui beberapa perkara. Antaranya ialah
1. PENYATUAN
2. ILMU
3. TAQWA.
Sesungguhnya bangsa Melayu kita bukanlah bangsa bercawat yang duduk di
dalam hutan seperti mana yang didakwa oleh mereka di luar sana...
Kita bangsa yang hebat… bangsa penakluk yang punyai 1001 kisah hebat.
RUJUKAN:
1. Adibah Sulaiman. Sejarah Kertas Teks & Rujukan Lengkap. Pg 65.
2. Prasasti Kedukan Bukit yang dijumpai oleh M.Batenburg pada tahun 1920.
3. Drs. R. Soekmono, (1988). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2. p. 38.
4. Slamet Muljana, 2006, Sriwijaya, Yogyakarta: LKIS
5. Catatan I-Tsing.
6. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 131
7. Inskripsi Tanjore mencatatkan bahawa Kadaram (Kedah Tua) pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.
8. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 129
9. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 136
10.
http://rspb.royalsocietypublishing.org/…/rspb.2012.0012.full
11.
http://news.discovery.com/…/arc…/madagascar-women-120320.htm