Friday, December 30, 2011

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Malaysia 2012



BulanTarikhCatatan
Januari16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012
Khamis
Mac22 Mac 2012
Khamis
April25 April 2012
Rabu
Mei23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012
Rabu
Ogos13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012
Selasa
Oktober22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012


Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012  ANM

Thursday, December 29, 2011

DUA NIKMAT YANG TIDAK TERASA

 

Oleh ~adiks~,
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya.

Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain..janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain..

Friday, December 23, 2011

Rahsia Tujuh Kalimah



Sabda Rasulullah S. A. W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, iaterpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampun dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai
melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip
perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Wednesday, December 21, 2011

MAKAN LEWAT - Kesan Jangka Panjang



  ``MAMAK, teh tarik gelas besar satu, kasi tarik tinggi-tinggi tau. Kau bagi kopi O, `kaw' punya dekat kawan aku ni.'' ``Makan bos?'' ``Makan...
roti canai telur sama nasi lemak sotong. Cepat sikit ya. Lapar ni.''

``Okey, okey, siap!''

Setelah penat bekerja dan menelaah pelajaran, tiada yang lebih enak daripada menikmati sekeping roti canai kosong, telur atau sardin yang baru diangkat dari kuali leper dan dicecah bersama kuah kari atau dal.

Selain itu, sepinggan nasi lemak yang masih 'berasap' bersama sambal sotong, lawan dengan segelas besar teh tarik atau kopi O `kaw' merupakan antara menu utama pada sebelah malam.

Kalau dahulu, makan di luar pada waktu malam adalah untuk memenuhi undangan tertentu tetapi kini perubahan gaya hidup telah menjadikannya
sebahagian rutin harian termasuk selepas detik 12 malam.

Bukan sahaja para pekerja syif malam bahkan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, ahli keluarga, mereka yang tidak boleh tidur
(penghidap insomnia) atau seseorang yang sedang dalam kesunyian dan mahu bersendirian.

Semuanya berpusu-pusu menceriakan suasana malam di warung-warung mahupun restoran-restoran sambil bersembang kosong atau isu-isu semasa di dalam ataupun luar negara.

Jika Selasa lalu kita didedahkan tentang belacan dan kaitannya dengan kanser sistem penghadaman, trend makan malam di luar ini pula
mendatangkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kesihatan.

``Trend ini akan meninggalkan kesan jangka panjang yang tidak baik terhadap kesihatan seseorang kerana ia tidak memberikan peluang kepada lemak untuk dicernakan.

``Lemak yang terkumpul itu akan menyempitkan saluran darah dan menghalang pengalirannya menyebabkan beberapa jenis penyakit bergantung
di mana penyumbatan itu berlaku,'' kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong.

Menurutnya, makanan bergoreng yang mengandungi banyak lemak dan minyak
menyebabkan masalah kegemukan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit lain.

Kajian menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain.

Ia menandakan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat banyak penyakit seperti jantung, serangan angin ahmar, diabetes dan kanser.

Lain-lain penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah berkaitan tulang seperti artritis dan gout, kesukaran bernafas, hernia dan masalah berkaitan emosi.

Dr. Tee berkata, lemak yang merupakan sumber kalori terbanyak gagal melalui proses penghadaman sempurna jika seseorang itu terus tidur selepas makan.

``Sekurang-kurangnya dua jam diperlukan sebelum tidur bagi membolehkan kalori dibakar dan dihantar ke tempat-tempat lain di dalam badan,'' katanya.

Pengambilan kalori yang melebihi keperluan harian (lelaki bersamaan 2,000 kalori manakala wanita 1,800) akan diubah menjadi lemak di dalam
tubuh.

Jika seseorang makan 3,500 kalori lebih banyak dalam masa beberapa hari atau minggu, berat badan mereka akan naik 0.5 kilogram.

Seseorang itu akan kehilangan berat badan yang sama jika makan kurang daripada jumlah kalori berkenaan.

Ditanya tanggapan senaman ringan boleh membantu membakar lebihan lemak sebelum tidur, Dr. Tee bagaimanapun menyangkal tanggapan itu.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan menjadikan seseorang lebih cergas dan semakin sukar untuk melelapkan mata.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak (menggunakan santan) seperti mi goreng, masakan berkari, roti canai dan nasi lemak.

Sementara itu, minuman yang mengandungi kandungan gula berlebihan seperti teh tarik dan minuman berkarbonat juga perlu dikurangkan dan
digantikan dengan susu atau kacang soya.

``Jika masih mahu makan malam, pilih makanan yang lebih sihat.

``Contohnya, roti, sandwic, pau, salad atau ulam-ulaman, bijirin, biskut tanpa krim, makanan berasaskan sup, rebus, kukus atau panggang.

``Bagi para pekerja syif malam, mereka perlu memakan sesuatu pada waktu rehat bagi mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan selepas pukul 10 malam,'' katanya.

Mengulas lanjut, apabila seseorang makan lewat malam, mereka cenderung untuk meninggalkan sarapan kerana masih terasa kenyang sewaktu bangun tidur.

Sedangkan, sarapan penting untuk meningkatkan kadar metabolisme yang menjadi sumber tenaga seseorang untuk melakukan kerjanya.

Akibatnya, mereka hanya akan menunggu waktu makan tengah hari dan ini menyebabkan badan kekeringan zat makanan untuk satu tempoh yang panjang.

Tidak makan pagi menyebabkan kadar metabolisme berada pada kedudukan `gear rendah' seterusnya menyebabkan seseorang tidak aktif dan hilang daya tumpuan.

Dr. Tee turut melahirkan kekecewaannya apabila terkenangkan sikap orang ramai yang mengambil mudah tentang berat badan ideal - indeks jisim
tubuh (BMI)sendiri.

``Kalaulah mereka sedar kepentingan berat badan dan kesihatan, sudah tentu mereka akan mengingati berat badan masing-masing seperti nombor kad pengenalan,'' katanya.

Selain menyimpan alat penimbang berat badan di rumah, tahap kesihatan juga boleh ditentukan dengan mengukur lilitan pinggang.

Seseorang itu berisiko mengalami masalah berat badan serius sekiranya mempunyai ukuran pinggang 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita, tambah Dr. Tee.

Memperkatakan tentang aliran baru ini tidakkan lengkap tanpa menyentuh tentang gangguan pemakanan berkaitan yang dikenali sebagai Sindrom Makan Malam (NES).

Seseorang itu dikategorikan sebagai NES apabila menunjukkan gejala seperti tidak berselera makan pada waktu siang tetapi sebaliknya di sebelah malam.

Mereka juga mengalami insomnia dan ada ketikanya bangun empat ke lima kali dalam satu malam kerana lapar lalu bergegas ke dapur dan membuka peti sejuk.

Rata-rata penghidap NES yang terdiri daripada golongan gemuk obes tidak boleh tidur selagi mereka tidak makan.

Mereka mengambil lebih separuh daripada keperluan kalori harian selepas pukul 7 atau 8 malam, terutamanya kek dan biskut rangup kaya
karbohidrat.

NES yang mula ditemui pada tahun 1950-an baru-baru ini mendapat cabang terbarunya yang dikenal pasti sebagai Sindrom Makan Tidur (SRES).

Kalau orang lain perlu bangun untuk makan, penderita SRES berjalan dalam tidur dan hanya menyedarinya pada pagi esok apabila terdapat lebihan jem pada muka dengan katil yang berselerak sisa-sisa makanan.

NES dan SRES mempunyai persamaan dari segi gangguan tidur, dikatakan berpunca daripada tekanan dan menjadi pencetus obesiti.

Cara pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI): BMI merupakan pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.

Contohnya: 50 kilogram (berat) dibahagi 1.56 meter x 1.56 meter (tinggi) bersamaan 20.54

Petunjuk BMI:

- Kurang 18.5 - kurang berat badan

- 18.5 hingga 24.9 - berat badan sihat

- 25 hingga 29.9 - berat badan berlebihan

- 30 hingga 39.9 - obesiti

- 40 ke atas - obesiti morbid (berpenyakit yang boleh mengundang maut).

Monday, December 19, 2011

Erti Bahagia



Oleh HaniS,
Assalamualaikum wbt ....
 
Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan..
tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ...iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
Soleh dan solehah.

Semoga Allah melimpah
Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

wassalam

Sunday, December 18, 2011

ULANGTAHUN PERTAMA KELAHIRAN BLOG UNGGUL – GONGKIAT



Unggul dan Famili


Pada hari ini 18hb Disember 2011 merupakan ulangtahun pertama kelahiran Blog Unggul-Gongkiat.Saya bersyukur dengan sokongan tuan/puan sekalian dan dengan ini memberi dorongan kepada saya untuk terus memaparkan info-info yang menarik.

Pada permulaannya dahulu saya banyak bercerita tentang tugas-tugas seorang Pengawal Kawalan Trafik Udara di Lapangan Terbang dan aktiviti-aktiviti di Lapangan Terbang.Saya sebenarnya ingin berkongsi maklumat kerana saya rasa ramai yang ingin mengetahui berkaitan kerjaya ini. Sila buka post December 2010.


Beberapa bulan kemudian saya mula pelbagaikan topik-topik kerana saya rasa itulah sebaiknya untuk menceriakan lamannya.Artikel-artikel berkaitan dengan topik-topik agama dan pengetahuan am turut dipaparkan untuk dihayati.Niat saya melalui laman web ini adalah untuk perkongsian ilmu dengan tuan/puan sekalian. Setialah bersama-sama Unggul-gongkiat untuk melangkah ke tahun dua,


Sekian,terima kasih,wassalam.

Friday, December 16, 2011

Tahap Ketenangan Hati


Foto-Foto Hiasan : Masjid Terapung Kuala Terengganu


....
oleh: Muhammad Isa al-Jambuli

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w, malah sejak awal sejarah manusia, Allah menjadikan hati hamba-hamba-Nya yang menerima Islam tenang tenteram dengan menurunkan berita gembira (busyra) melalui wahyu. Sebenarnya kedatangan para rasul bersama dengan agama Allah itu membawa berita gembira, membawa kesejahateraan, kepada umat manusia.

Antara kandungan berita gembira itu ialah tentang janji (wa'ad) Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan balasan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang taat, tentang darjat kemuliaan yang tinggi dan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat dan tentang sifat-sifat kemurahan, keampunan, keluasan rahmat dan limpah kurnia Allah 'Azza wa Jall yang tidak terhingga ke atas hamba-hamba-Nya. Penyampaian berita gembira itu adalah untuk mencetuskan rasa harapan (raja`) atau rasa optimis di kalangan umat Islam.

Akan tetapi perlu diketahui, di samping berita gembira itu, disampaikan juga berita sebaliknya yang mengandungi ancaman atau amaran (indzar) tentang janji (wa'id) Allah dalam hal pembalasan azab neraka untuk mencetuskan rasa bimbang dan takut (khauf) atau rasa pesimis di hati para hamba Allah.

Dengan yang demikian, hati umat Islam akan sentiasa di dalam keseimbangan antara dua pengalaman rasa hati tersebut_rasa optimis dan pesimis. Yakni, tidak terlalu optimistik yang menyebabkan mereka lupa daratan dan tidak terlalu pesimistik yang mengakibatkan mereka kecewa atau putus asa.

Hal keseimbangan atau kesederhanaan dalam melayani kedua-dua pengalaman rasa itu amat penting untuk manusia mempertahankan ketenangan hati rohaniah mereka. Justeru, para rasul diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan amaran tersebut kepada manusia. Allah berfirman, maksudnya :

Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira (mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi : 56).Sebagai contoh, dalam ayat berikut (dan ayat-ayat lain selepasnya yang berkaitan) terdapat kedua-dua unsur berita tersebut, iaitu unsur amaran dan unsur berita gembira. Perhatikan : Katakanlah, sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuki ke jalan-Nya kepada orang-orang yang bertaubat. (al-Ra'd : 27).
Allah swt memerintah Rasul-Nya agar menyampaikan berita gembira, khususnya kepada hamba-hamba pilihan-Nya sebagai-mana yang tersebut dalam ayat berikut :
Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka; orang-orang yang sabar terhadap apa (musibat) yang menimpa mereka; orang-orang yang mendirikan shalat dan orang-orang yang menafkahkan (mengeluarkan zakat/sedekah) sebahagian daripada apa yang Kami rezekikan  kepada mereka. (al-Hajj : 35).
Berdasarkan ayat di atas, selain mendapat ketenangan hati rohaniah melalui berita gembira, hamba Allah berpeluang menempah ketenangan hati rohaniah melalui amal ibadat kepada Allah (ibadat zahir dan batin, ibadat yang wajib dan yang sunat) yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan (semata-mata kerana Allah). Antara amalan sunat untuk mendapat ketenangan jiwa (hati rohaniah) itu ialah zikrullah (menyebut dan mengingati Allah). Allah berfirman,
maksudnya:
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi aman tenteram! (al-Rad : 28).
Dan firman-Nya lagi :
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu kitab (al-Quran) yang serupa lagi berulang-ulang, bergementarlah kerananya kulit orang-orang takut kepada Tuhan mereka. Kemudian menjadi tenang kulit dan kalbu mereka sewaktu mengingati (janji) Allah. (al-Zumar : 23).
Dalam ayat di atas terdapat isyarat tentang keseimbangan antara khauf dan raja` (rajak)_dua unsur pengalaman rasa hati yang tersebut. Sebaik-baik lafaz zikir_selain zikir yang dimaksudkan dengan "mengingati Allah / janji Allah"_ialah kalimah tauhid / kalimah takwa (kalimatul-taqwa) atau kalimah syahadah. Diriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' ( ).
Ketenangan dan keteguhan hati rohaniah atau kemantapam iman, termasuk takwa dan sebagainya itu merupakan kurniaan Allah yang berkaitan dengan nikmat yang disebut petunjuk atau hidayah, iaitu satu nikmat paling besar daripada All�h "Azza wa Jall kepada hamba-hamba pilihan-Nya.
Antara manusia pilihan Allah yang diberi petunjuk ialah para rasul, anbia, aulia, orang-orang yang berilmu (ulamak), orang-orang beriman (mukminun/mukminat) dan orang-orang bertaubat. Allah berfirman, maksudnya:
Dan, sesungguhnya Allah adalah Petunjuk ke jalan yang lurus kepada orang-orang yang beriman. (al-Hajj : 54).
Dan barang siap yang beriman kepada Allah, nescaya Dia memberi petunjuk kepada hatinya. (al-Tagh�bun : 11).
Nikmat hidayah tersebut menjadi pokok atau asas utama dalam perkembangan hati rohaniah. Tanpa hidayah, hati itu menjadi kosong dan akan segera dipenuhi oleh jerbu kesesatan dan kelalaian. Allah berfirman, maksudnya :
Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau tidak dapati seorang pun pemimpin yang memberi petunjuk kepadanya. (al-Kahfi : 17)
Orang-orang yang beriman, di samping diberi petunjuk, diturunkan pula ketenteraman ke dalam kalbu mereka agar bertambah lagi keimanan mereka, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan (iman) ke dalam kalbu orang-orang yang beriman supaya mereka menamabahkan lagi keimanan di samping keimanan mereka. (al-Fath : 4).
Ternyatalah, kemantapan iman adalah menjadi asas bagi ketenangan hati rohaniah. Ketenangan hati rohaniah ini bertimbal balik pula dengan keteguhan hati rohaniah dan kemantapan iman itu.

Tahap-tahap pencapaian dalam laluan ke puncak ketenangan hati rohaniah banyak dan pernah dibincangkan dengan panjang lebar. Antara pengalaman-pengalaman lahir dan batin yang perlu ditempuh dan dikuasai terlebih dulu sebelum menakluki puncak ketenangan hati rohaniah itu ialah : Iman, ilmu, takwa, rajak, khauf, taubat, ibadat dan zikrullah. Wallahu a'lam

Thursday, December 15, 2011

5 Tahap IMAN Manusia

Oleh Zana,

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.Orang yang beriman Taqlid,pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh
.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu.Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.
Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya.
Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.
Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.
Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !
Di manakah tahap keimanan kita ?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh,iltizam dan istiqomah.Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :

Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Wednesday, December 14, 2011

Penghalang Doa



DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita.
Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.

Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan. ALLAH telah berfirman:
�Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH
dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. � AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud �Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram. � Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; �Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.
Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia(lemah-lembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan �Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.�Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat eperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain supaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal.
Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang
yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya
terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah
segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan
sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman;
�Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. �


wallahuallam