Wednesday, December 13, 2017

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 23 )

Oleh  Ram Ramuda

Di waktu-waktu malam
selepas solat isyak di masjid
kami budak-budak lelaki
budak-perempuan
bermain kejar mengejar
dekat masjid
mengejar sini mengejar sana
mengejar sana mengejar sini
dengan suara budak-budak perempuan
menjeit-jerit , bertempik-tempik
bila diusik-usik budak-budak lelaki
termasuk daku .

Budak-budak perempuan tidak menangis pun
walau diusik-usik budak-budak lelaki
cuma menjerit-jerit kecil
diselangi ketawa-ketawa memanjang
budak-budak leaki pun turut sama ketawa
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha !!!
hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi !!!
Ada satu peristiwa sungguh lucu
sungguh lucu
rakan karibku Mat Silau dengan gelagatnya
lucu sungguh , kelakar sungguh
dekat pokok rambai besar
apa itu ?
tak payah tahulah
ini hal budak-budak
he he he he he he he he !!!
kah kah kah kah kah kah !!!
Selepas hampir tengah malam
kami bersurai
dan malam besok bermain lagi
kejar mengejar
kejar mengejar
mengejar-ngejar
alangkah manisnya
alangkah seronoknya
alam kami ketika itu .
Seboleh-bolehnya kami mahu menjadi
budak-budak selama-lamanya
tapi mana boleh
adooooooi adooooooooi adooooooiiii !!!

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 22 )

Oleh Ram Ramuda

Tiap-tiap bulan Ramadhan
ada musabaqah AlQuran
disiarkan langsung diradio
seorang pak cik kampung kami
menyewa sebuah radio
diletakkan di atas pelantar
di sebatang pokok manggis
zaman itu tiada siapa
memiliki radio di kampung kami .

Lepas solat tarawih
kami ramai-ramai lelaki perempuan
tua muda , kecil besar , kanak-kanak
budak-budak
berhimpun di bawah pokok manggis itu
mendengar musabaqah AlQuran
penuh minat
penuh penghayatan .
Bila qari atau qariah
membaca dengan lagu sedap
kami ramai- ramai berkata
'toyyib , toyyib , toyyib !!! '
cukup meriah
cukup mesra .
Tiap-tiap malam lepas solat tarawih
kami berjamu bermacam kuih
dibawa ahli kariah masjid
ada tepung bungkus , baulu , puteri mandi
nikbat , belebat ubi , qasidah , tapai
dan lain-lain .
Yang paling tersohor ' tepung bungkus '
kuih ini ' wajib ' ada tiap-tiap malam
masa kini kuih ini masih laris di pasaran
oh cerianya suasana
harmoninya pergaulan
laaaaa laaaaa laaaaa laaaaa !!!!
laaaaaa laaaaaa laaaaaaa laaa !!!

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 21 )

Oleh Ram Ramuda

Dihari-hari minggu
kami bermain ' perang-perang '
dalam semak pokok-pokok senduduk
bedil-bedil diperbuat dari buluh-buluh kecil
kami panggil buluh cina
peluru-peluru dari buah-buah senduduk .

Kami tembak-menembak
tembak-menembak
penuh semangat
penuh kegarangan
kami syaratkan siapa yang kena tembak
mesti rebah dan ' mati '
hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi hi !!!
Tembak menembak berlarutan
dari mula ' berperang ' selepas solat asar
hingga lewat senja
dan ' mayat-mayat ' bergelimpangan
' bangun semula ' kerana perang telah berakhir
he he he he he he he he he he he !!!
Minggu depan kami akan ' berperang ' lagi
dengan lebih sengit
lebih dahsyat
semangat berkobar-kobar
bedil-bedil yang rosak diganti
bekalan peluru-peluru sentiasa ada
dalam belukar senduduk jua
kami bertempur
bermati-matian
berguling-gulingan
berkejar-kejaran
oh syoknya bukan kepalang
bukan kepalang
kah kah kah kah kah kah kah !!!


ZAMAN KECIL-KECILKU ( 20 )

Oleh Ram Ramuda

Waktu cuti sekolah
kami pergi ke kubang-kubang
dan parit taliair
menangkap ikan-ikan sekilau jantan
yang betina kami tak ambil .

Apa itu ikan sekilau ?
itu ikan pelaga
untuk buat berlaga .
Ikan-ikan sekilau mengeluarkan buih-buih
di permukaan air
jika ada buih-buih
di situ pasti ada ikan-ikan sekilau
kami gunakan tangguk menangkapnya
apa itu tangguk ?
iaitu alat menangkap ikan
diperbuat daripada buluh .
Bila kami dapat empat atau lima ekor
yang jantan-jantan
kami bawa pulang ke rumah
bubuh dalam botol cerah bersih .
Kami beri makan ikan-ikan sekilau itu ogat-ogat ogat-ogat ogat-ogat
apa itu ogat-ogat ?
itulah jentik-jentik
kami cari di sekeliling rumah
di bawah pokok-pokok kelapa
ogat-ogat membiak dalam tempurung kelapa .
Tiga hari kemudian
kami adakan pertandingan berlaga ikan sekilau
di rumah-rumah kami
tiada hadiah
untuk suka-suka sahaja .
Kami lepaskan dua ekor ikan sekilau jantan
ke dalam satu botol besar
kami pun menonton penuh debaran
dua ekor ikan sekilau itu bertarung
bermati-matian .
Ikan-ikan itu mengembangkan kepak , sirip
dan ekor
warna badannya bertukar kemerah-merahan
ada jua merah kehitaman
sungguh indah pemandangan ini
sungguh cantik warna ikan-ikan itu .
Berlakulah pertarungan sengit
sondol mrnyondol
serang menyerang
gigit menggigit
kejar mengejar
ekor masing-masing koyak -rabak
sisik-sisik ada yang tertanggal
akhirnya kedua-dua ikan itu
bertangkap mulut me mulut
menjunam ke bawah
naik ke atas
menjunam ke bawah
naik ke at as
berulang-ulang .
Akhirnya salah seekor daripadanya
melarikan diri
lalu dikejar lawannya
maka tewaslah yang seekor itu
maka tamatlah episod pertarungan
yang sengit itu .
Ikan sekilau yang tewas itu
dipelihara semula tuan empunyanya
dibubuh semula dalam botol
yang menang pun begitu jua
dipelihara semula tuan empunyanya .
Oh girangnya hati tiada terkira
dapat berhibur dengan ikan-ikan sekilau
yang comel-comel
seperti kami jua yang comel-comel
waaaa waaaaaaa waaaa!!!!!!

Sunday, December 3, 2017

ZAMAN KECIL-KECILKU ( 19 )

Oleh Ram Ramuda

Kami orang-orang kampung
kerja menoreh getah
berkebun sayur
menanam ubi pelbagai ubi
ubi keledek , ubi kayu ,
, ubi keladi ,
ubi tempayan , ubi torok , ubi gadung
dan lain-lain
jua menanam padi
padi huma padi sawah .

Aku Ramli Ketopi menolong bapa dan nenekku
pada hari-hari minggu dan cuti sekolah
menanam ubi dan padi huma di seberang sungai
mencedung padi sawah di pinggir desa .
Ibu bapaku telah berpisah
semenjak aku masih kecil
daku tak ingat apa-apa kisah itu
daku tinggal bersama nenek dan bapaku .
Rakan karibku Mat Silau
menolong jua neneknya menanam ubi
dan pelbagai tanaman
penuh kesungguhan
sepenuh tenaga .
Setiap malam dimusim buah-buahan
daku dan bapaku
menunggu buah-buah durian gugur
di kebun bapaku di seberang sungai
dari waktu selepas isyak
hingga hampir waktu subuh
baru kami pulang .
Kalau tidak ditunggu
buah-buah durian itu akan diambil orang .
Waktu siang bapaku menunggu
buah-buah durian itu
daku pergi ke sekolah .
Semua orang-orang kampungku
menunggu buah-buah durian mereka
di kebun masing-masing
diwaktu siang diwaktu malam .
Amat seronok
bila buah durian gugur
kami menjamu selera
dengan buah durian yang segar
kami makan hingga terbahak-bahak
adooi sedanya , lazatnya tak terhingga
aduuuuh duuuuh aduuuuuh aduuuuh !!!
nak lagi ?
makan lagi ...... !!!