Saturday, April 30, 2016

Hempedu Bumi

·
Hempedu Bumi
Nama Botani: Andrographis paniculata
Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili: Acanthaceae
Pengenalan:
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.
Khasiat dan Kegunaan:
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Sumber: http://pokok-herba-ensiklopedia

Monday, April 25, 2016

PENAWAR GOUT


dari fb Ahmad Shuaib Ismail
gout
Saya berpengalaman 10 tahun mengidap gaut. Saya tak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan.
Saudara saya beri kapsul Gout dari Amerika..! Saya minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.
Dengan izin Allah swt saya ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.
Dia tanya saya, "Sakit apa ya..?"
Saya jawab, "Gout Pak..!"
"Cuba cari sebiji nanas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus..!" Katanya.
"Berapa kali minumnya..?" Tanya saya lagi.
"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali..!" Katanya menegaskan.
Saya buat sebagaimana yang diajarkan. Gout saya dah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah..!
Saya teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Gout saya dah ucapkan selamat tinggal.
- 1 biji Nenas yang masak
- Lobak putih 250gm
- 3 biji Buah Keras.
utk kawan2 yg ada masalah Gout

Allahyarham Al-Alim Al-Alamah TOK KENALI

Gambar rare terakhir Allahyarham Al-Alim Al-Alamah TOK KENALI قدس الله سره sebelum wafat.
Ini adalah pakaian Tok Kenali dalam safar bersiap untuk ke Pahang. Gambar asal ni hitam putih dan tidak jelas, jadi dihantar ke Hong Kong bagi dibaik pulih untuk kemaskini.
Kebiasaannya beliau tidak berbaju, baju digantung ke bahu dan berkain pelikat singkat. Ini gambar paling rare di dunia. Kita selalu tengok gambar Tok Kenali waktu tubuh beliau gempal. Doakan buat Almarhum...Al-Fatihah.
Dalam kenangan, Al-Marhum Haji Muhammad Yusof (Tok Kenali). Wafat pada hari Ahad 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352Hijrah.
*Sila perbetulkan jika ada sebarang kesilapan. Mohon ahli keluarga Arwah sahkan dan taa'kidkan.
Kredit: Ustaz Wan Asrul Al-Kelantani
Cc: Page Syeikh Wan Muhd Zainul Asri
‪#‎MengenalAllah‬
‪#‎MengenalDiri‬
‪#‎MatiSebelumMati‬
‪#‎NurAlaaNur‬
‪#‎JanganSampaiTerlihatAdanyaDiri‬
💞
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وسلم