“Aku tidak percaya kaum yang bangsaku jajah ini pernah membina sebuah tamadun sehebat ini...”
Mungkin itu ialah ucapan yang keluar daripada seorang sejarawan barat yang bernama G.Coedes selepas melakukan penemuan yang begitu mengagumkan serta menggegar dunia. Suatu masa dahulu, pernah wujud sebuah Empayar Maritim yang pernah berkuasa di Asia Tenggara. Sebuah empayar yang pernh menundukkan banyak bangsa di dunia. Sebuah empayar yang menjadi “ruling class” di asia tenggara. Tahukah anda empayar itu dibina oleh nenek moyang bangsa Melayu..?
Suatu masa sebelum penemuan G.Coedes, sejarawan masih pening kepala cuba untuk menafsir, siapakah Sanfosi, Sibhoja, dan Sanfoqi yang diperkatakan oleh tamadun-tamadun hebat dunia? Tamadun China tidak pernah lekang menceritakan tentang satu bangsa yang menjadi tempat rujukan agama Budha, pembina universiti terkemuka untuk para sami dari India dan China belajar tentang agama Buddha...
Sesungguhnya, cerita epik bangsa Melayu masih kemas dalam dakapan bangsa luar. Mereka kenal siapa kita sehingga Israel menubuhkan satu-satunya pangkalan tentera mereka diluar negara mereka di Singapura. Tahukah anda banyak bangsa di dunia ini tidak mahu ketinggalan bercerita mengenai Empayar Melayu Srivijaya..?
PENAWANAN PALEMBANG
Sebenarnya para sejarawan berbeza pendapat mengenai asal-usul dan tarikh penubuhannya. Namun tarikh terawal penubuhan Srivijaya yang dibangkitkan oleh para pengkaji Srivijaya adalah pada 434 S.M dan menurut Adibah Sulaiman lagi, pengkaji sejarah tempatan bahawa sebenarnya Srivijaya adalah kerajaan tertua di Asia Tenggara...
Tentang asal usul Srivijaya, ia juga mengundang perdebatan para sejarawan. Umum perlu mengetahui bahawa Srivijaya adalah kerajaan paling misteri di Asia Tenggara ini dan mula di kenali oleh dunia pada awal abad ke-19 apabila G. Coades berjaya merungkai misteri. Para sejarawan sebenarnya keliru dengan lebih daripada 10 nama yang diberi oleh pelbagai bangsa di dunia pada Srivijaya. Akhirnya G.Coades berjaya memutuskan bahawa nama yang sering disebut sampai ke eropah sana adalah sebuah empayar milik bangsa Melayu yang bernama Srivijaya...
Bagaimana dengan orang Melayu? Sesungguhnya orang Melayu tidak mempunyai walau sedikit pun pengetahuan dan peringatan mengenai Srivijaya. Orang Melayu adalah orang yang paling terpinga-pinga apabila diberitahu kepada mereka bahawa merekalah pembina kerajaan agung bernama Srivijaya. Srivijaya telah lesap ditelan zaman…
Dalam Prasasti Kedukan Bukit, dicatatkan bahawa permulaan kepada empayar Srivijaya adalah di mana Dapunta Hyang, pengasas Empayar Melayu Sivijaya membawa 20 000 orang askar daripada sebuah tempat misteri bernama Minanga...
Lokasi yang bernama Minanga ini juga masih menjadi misteri dan didebatkan oleh para sejarawan. G.Coades mengatakan lokasinya terletak berdekatan dengan Palembang namun Dr Soekmono, seorang pengkaji sejarah Indonesia begitu membangkang dan mengatakan bahawa lokasinya adalah terletak di Sungai Kampar, di Kepulauan Riau. Cadangan lain pula mengatakan Minangan ini adalah Chaiya, yang terletak di Utara Semenanjung Tanah Melayu, berdekatan dengan lokasi Chih Tu sekaligus menguatkan dakwaan yang mengatakan bahawa Srivijaya adalah keturunan Raja Chih Tu yang memerintah Kelantan...
Rekod mengenai kewujudan Minanga tercatat seawal zaman Dinasti Tang dalam sebuah ensiklopedia yang ditulis oleh Wang Po. Wang Po yang menulis di dalam T’ang Hui Yao mengatakan bahawa Minanga pernah menghantar utusan ke China menjalinkan hubungan dengan kerajaan itu...
MELAYU MENJADI BANGSA PENAKLUK
Apabila Palembang berjaya ditawan oleh Dapunta Hyang, maka permulaan kepada sebuah kerajaan yang akan menjadi SANG PENAKLUK bermula. Tidak lama selepas penubuhan Palembang, maka mulalah Palembang mendapat saingan daripada sebuah lagi kerajaan yang tidak jauh daripada Palembang.
Kerajaan Moloyu, yang memang terkenal dengan penghasilan emas yang bukan kepalang banyaknya sehingga mengganggu perkembangan pelabuhan Srivijaya di Palembang ketika itu. Maka pada 682 A.D dicatatkan oleh I-Tsing sendiri, seorang sami dari China yang tinggal di Srivijaya bahawa Moloyu mulalah ditawan oleh Srivijaya...
Tidak cukup dengan itu sebenarnya apabila selepas penawanan Moloyu, sebuah kerajaan di utara Palembang, Srivijaya terus merencanakan rancangan untuk menakluk wilayah yang berdekatan dengannya. Antara yang menjadi mangsa adalah Bangka, Sunda dan Jawa. Banyak kerajaan di Pulau Jawa terpaksa tunduk pada kekuasaan Srivijaya. Pada penghujung abad ke-7, semua rekod mengenai kerajaan-kerajaan di Pulau Jawa semuanya lenyap dan digantikan dengan kekuasaan Srivijaya melalui proksinya iaitu keluarga melayu Sailendra di Pulau Jawa...
Kemudian, pada 685- 689 A.D, terdapat rekod sejarah di mana Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya ke atas Langkasuka atau Kedah Tua. Pernah suatu masa dalam jangka masa pemerintahan Srivijaya, Kedah Tua menjadi pusat pemerintahan Srivijaya yang berpindah daripada Palembang. Tidak ketinggalan juga di mana negara kota Melayu seperti Pan-Pan dan Tambralingga yang akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasaan Srivijaya pada penghujung abad ketujuh...
EKPEDISI SRIVIJAYA KE ATAS INDO-CHINA
Champa, adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang masyur di IndoChina. Kekayaan Champa berjaya menarik perhatian pedagang China dan pada penghujung abad kelapan, terdapat rekod yang mengatakan bahawa pelabuhan-pelabuhan Srivijaya mula kurang mendapat sambutan apabila kebanyakkan pedagang mula beralih arah ke Champa yang sedang mula meningngkat naik...
Beberapa siri peperangan mula direkodkan di mana armada kapal Srivijaya mula mendarat di Pelabuhan Champa. Pada tahun 767 A.D, Bandar Tongkin bangsa Viet akhirnya berjaya ditawan oleh Srivijaya, dan seterusnya beberapa siri Bandar di IndoChina seperti Kuil Po Nagar. Kemudian, Aya Tran pula dibakar dan segala kekayaaan seperti emas dirampas oleh Srivijaya. Nha Trang (774), Phan Rang (787) antara Bandar-bandar besar yang berjaya ditundukkan oleh Srivijaya...
Kemuncak ekspedisi Srivijaya apabila sebuah kota Kerajaan Khmer, Indrapura. Ada sebuah kisah yang dicatatkan Abu Zayd Hassan, seorang pengkaji sejarah MENGENAI KONFLIK MELAYU-KHMER yang harus dikenang oleh kita bangsa Melayu...
PERANG KHMER-MELAYU
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua buah empayar yang memerintah Asia Tenggara ini. Di Indochina, sebuah kerajaan bernama Khmer sedang meningkat naik. Apabila berjaya menewaskan kerajaan-kerajaan Melayu, Mon dan kaum-kaum pribumi Indochina, raja Khmer ini mula besar kepala...
Dia mengintai sebuah Empayar Melayu yang merupakan ‘rulling class’ di Asia Tenggara seperti Empayar Rom di Eropah, Empayar Islam di Timur Tengah. Dia mula berasa ego dengan kejayaannya. Lalu, ketika di satu majlis makan malam, Raja Khmer ini pun dengan megahnya berkata di hadapan para menterinya...
“Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Srivijaya di dalam sebuah dulang...”
Gempar satu istana apabila Raja Khmer berkata demikian. Para menteri sudah susah hati mendengarkan apa yang keluar dari mulut Raja Khmer itu. Mereka berkali-kali menasihati Raja Khmer itu supaya berfikir kembali dengan apa yang dikatakan olehnya...
Khmer menurut pandangan mereka belum mampu memenangi peperangan dengan Srivijaya. Namun, Raja Khmer tetap berkeras. Berita mengenai kebiadapan Raja Khmer mula hinggap di telinga Maharaja Srivijaya yang memerintah pada waktu itu...
Maka, murkalah Maharaja Srivijaya. Dipimpinnya ratusan kapal besar dan ratusan ribu tentera berserta senjata peperangan yang canggih pada waktu itu untuk menyerang Khmer. Namun, hebatnya Maharaja Srivijaya ini ialah baginda mampu memimpin pasukan tentera yang begitu besar tanpa pengetahuan Raja Khmer...
Apabila sudah dekat dengan Kerajaan Khmer, maka gegak gempitalah satu negara apabila sebuah pasukan tentera yang sangat besar sedang menghampiri Kerajaan Khmer. Askar-askar Khmer cuba melawan namun mereka bukanlah tandingan pasukan tentera Srivijaya...
Dalam masa yang singkat, Khmer kalah teruk dan Maharaja Srivijaya memimpin tentera menawan istana Khmer. Raja yang sombong itu menggeletar lututnya ketika berdepan dengan Maharaja Srivijaya. Tanpa belas kasihan, kepala raja Khmer itu dipancung oleh Maharaja Srivijaya...
Sejak hari itu, segala urusan dalaman Kerajaan Khmer dikuasai oleh Empayar Melayu Srivijaya. Lalu, berangkatlah Maharaja Srivijaya itu dengan armada askarnya kembali ke Srivijaya setelah meninggalkan proksinya dalam Istana Khmer...
SRI LANKA DAN MADAGASCAR DALAM KENANGAN
Terdapat bukti di mana rekod dari Sri Lanka yang mengatakan bahawa Sri Lanka pernah ditawan dan dijajah oleh seorang raja dari Tambralingga yang mengatakan bahawa dialah keturunan Empayar Javaka...
Selepas dikaji siapakah Javaka yang diceritakan, maka para pengkaji bersetuju bahawa Javaka itu adalah nama lain yang digunakan atau dipanggil untuk menggambarkan Empayar Melayu Srivijaya...
Pada kemuncak Empayar Srivijaya, NEHRU melukis PETA Empayar Melayu merangkumi daripada Nusantara sheingga ke Selatan Taiwan dan Filipina...
Bahkan ketika zaman kemuncak Srivijaya juga, pelayar-pelayar Melayu daripada Srivijaya berlepas sampai ke Madagasacar, mengharungi laut yang umpama mainan bangsa kita sahaja ketika waktu itu...
Menurut pendapat pengkaji, Madagascar juga pernah menjadi sebahagian daripada wilayah jajahan Empayar Melayu Srivijaya. 1200 tahun yang lepas, terdapat rekod di mana Empayar Srivijaya meluaskan penggaruhnya kira-kira 8000 Kilometers ke arah barat empayar mereka...
Bahkan, kajian DNA yang dilakukan kepada pemerintah Madagascar pada hari ini sebenarnya membawa kepada rekod bahawa 1200 tahun dahulu, mereka asal datang daripada sebuah tempat di Sumatera, Indonesia sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa Madagascar adalah satu lagi wilayah yang berada di dalam Empayar Srivijaya dan merupakan saudara MELAYU YANG HILANG DI BARAT JAUH…
KESIMPULAN
Empayar Melayu bukan calang-calang empayar. Siapa sangka sampai jauh 8000 kilometer empayar ini terbentang sehingga mencecah wilayah Madagscar yang kini dibuat filem oleh Hollywood...
Kalaulah kita mampu mengembalikan kegemilangan nenek moyang kita, ianya hanya melalui beberapa perkara. Antaranya ialah
1. PENYATUAN
2. ILMU
3. TAQWA.
Sesungguhnya bangsa Melayu kita bukanlah bangsa bercawat yang duduk di dalam hutan seperti mana yang didakwa oleh mereka di luar sana...
Kita bangsa yang hebat… bangsa penakluk yang punyai 1001 kisah hebat.
RUJUKAN:
1. Adibah Sulaiman. Sejarah Kertas Teks & Rujukan Lengkap. Pg 65.
2. Prasasti Kedukan Bukit yang dijumpai oleh M.Batenburg pada tahun 1920.
3. Drs. R. Soekmono, (1988). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 2. p. 38.
4. Slamet Muljana, 2006, Sriwijaya, Yogyakarta: LKIS
5. Catatan I-Tsing.
6. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 131
7. Inskripsi Tanjore mencatatkan bahawa Kadaram (Kedah Tua) pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Melayu Srivijaya.
8. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 129
9. Paul Michel Munoz. Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago And The Malay Peninsula. (2006). pg. 136
10.http://rspb.royalsocietypublishing.org/…/rspb.2012.0012.full
11. http://news.discovery.com/…/arc…/madagascar-women-120320.htm