Thursday, September 25, 2014

11 pusat mengundi PRK Pengkalan Kubor dibuka

BERNAMA
TUMPAT: Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.
  
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.
  
Pengundian awal pada 21 Sept lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
  
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).  
  
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
  
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
  
Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.
  
Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.
  
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
  
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
  
Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama

Monday, September 22, 2014

Surat Azmin dilantik MB Selangor

\
Azmin Ali sah dilantik sebagai MB Selangor yang baru dan akan berkuatkuasa esok. Majlis angkat sumpah juga akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.
Malaysiakini yang menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.
Berikut adalah surat perlantikan tersebut yang telah tersebar.

Azmin_MB_Surat

Diharap perlantikan Azmin Ali sebagai MB diterima semua pihak dan dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di Selangor.

sumber ekeleh com

Isu royalti isyarat kemenangan awal


ASLANI M |
TUMPAT: Pertubuhan R Kelantan menyifatkan sifat gelabah Umno terhadap isu tuntutan royalti sebagai suatu kemenangan awal pengundi di Pengkalan Kubor dan seluruh rakyat Kelantan.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, isu royalti yang digerakkan Pertubuhan R ternyata mendapat perhatian pemimpin utama negara.

“Kami bersyukur dan amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana menjadikan isu tuntutan royalti sebagai tumpuan kempen di Pengkalan Kubor.

“Pertubuhan R Kelantan memandang serius kenyataan Tan Sri Muhyidin Yassin menuduh NGO R membawa berita palsu dan fitnah,” katanya di sini.

Baru-baru ini Muhyiddin mencabar PAS menyiasat sendiri kewajaran Kelantan mendapat royalti minyak RM12 bilion.

Malah BN juga menaikkan iklan gergasi di beberapa tempat di kawasan pilihan raya Pengkalan Kubor dengan menyebut RM12 bilion fitnah besar PAS.

Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian dan surat cara yang ditandatangani Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Nasir pada 9 Mei 1975.

Mengikut perjanjian tersebut, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh dalam kawasan perairan dan luar perairan negeri tersebut.

Kata Nazri perjanjian terbabit jelas menyebut kawasan perairan dan luar perairan tanpa mengehadkan kepada jarak tiga batu nautika.

Menurutnya asas jumlah tunggakan dianggar RM12 bilion berdasar pengiraan dibuat agensi kerajaan negeri yang mempunyai autoriti dan Laporan KDNK mengikut negeri dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 16 Mac 2009.

“Jumlah RM12 bilion adalah kiraan anggaran sehingga akhir 2012, kini kami yakin jumlahnya mencecah melebihi RM13 bilion,” katanya.

Kata beliau juga menurut maklumat yang diterima sehingga 2013 terdapat lima blok medan Petroleum dan 44 telaga minyak di kawasan perairan Kelantan ditemui. – HARAKAHDAILY 22/9/2014

Saturday, September 20, 2014

Sultan Selangor 'Temuduga' Azmin, Iskandar, Ahmad Yunus Untuk MB






PETALING JAYA: Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.

Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).



Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.

Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.

Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.

Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.

Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra.

Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.

Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'.

Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah' - bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih.

Kedua-dua calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar.

Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang.-mstar

PAS tetap istiqamah

 
 
BATU PAHAT, 20 Sept - YB Dato' Presiden PAS berpesan agar para perwakilan agar tetap bertaqwa walau dalam apa keadaan sekalipun. Mati dalam Islam, bukan mati bersama pemimpin-pemimpin.
"Semua perwakilan nyatakan bahawa semua akan berdiri di belakang Presiden, tidak ada yang akan berdiri di hadapan, cuma bimbang, bila berpaling ke belakang, semua orang dah hilang" ujarnya disambut dengan gelak ketawa oleh para Perwakilan.

Tarbiyyah atau pembelajaran adalah proses yang panjang. Kemelut yang berlaku adalah proses tarbiyyah yang semesti dilalui oleh semua yang berada dalam perjuangan.
"Perjuangan kita ada perhitungan dosa dan pahala, bukan mencari keredhaan manusia. PAS tidak mencari keredhaan manusia. PAS jelas apa yang diperjuangkan" tegas Hadi
Beliau jugamenyeru agar Perwakilan tidak membuat penilaian atas sesuatu isu dengan penilaian akal semata-mata.

Dalam dunia demokrasi, MSU tidak mempunyai kuasa mutlak dan boleh membuat keputusan dalam hal-hal berkait hukum-hukum syarak.

Hj Hadi dalam ucapan penggulungan menegaskan bahawa sekali lagi kepentingan bermesyuarat dan bila buat keputusan, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah SWT.
Beliau juga menyeru agar Perwakilan tidak hanya menggunakan akal dan logik semata-mata, dan janganlah sampai akal mengatasi hukum syariat. Perbezaan pandangan juga atas Islam bukan parti berbeza.

Sumber  http://muktamar.pas.org.my/

Tuesday, September 16, 2014

Batu neraka : Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun

 Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.





Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta)  untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Sumber anakjatimalaya93.blogspot.com

SYARIFUDDIN KHALIFAH KINI DEWASA, BAYI AJAIB NON-MUSLIM AFRIKA

SYARIFUDDIN KHALIFAH KINI DEWASA, BAYI AJAIB NON-MUSLIM AFRIKA
Kembali mengingat peristiwa tahun 90-an, dunia saat itu gempar dengan berita besar seorang bayi berumur 2 bulan dari keluarga Katholik di Afrika yang menolak dibaptis. “Mama, unisibi baptize naamini kwa Allah, na jumbe wake Muhammad” (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad).
Ayah dan ibunya, Domisia-Francis, pun bingung. Kemudian didatangkan seorang pendeta untuk berbicara kepada bayinya itu: “Are You Yesus?” (Apakah kamu Yesus?).
Kemudian dengan tenang sang bayi Syarifuddin menjawab: “No, I’m not Yesus. I’m created by God. God, The same God who created Jesus” (Tidak, aku bukan Yesus. Aku diciptakan oleh Tuhan, Tuhan yang sama dengan yang menciptakan Yesus). Saat itu ribuan umat Kristen di Tanzania dan sekitarnya dipimpin bocah ajaib itu mengucapkan dua kalimat syahadat.
Bocah Afrika kelahiran 1993 itu lahir di Tanzania Afrika, anak keturunan non Muslim. Sekarang bayi itu sudah remaja, setelah ribuan orang di Tanzania-Kenya memeluk agama Islam berkat dakhwahnya semenjak kecil. Syarifuddin Khalifah namanya, bayi ajaib yang mampu berbicara berbagai bahasa seperti Arab, Inggris, Perancis, Italia dan Swahili. Ia pun pandai berceramah dan menterjemahan al-Quran ke berbagai bahasa tersebut. Hal pertama yang sering ia ucapkan adalah: “Anda bertaubat, dan anda akan diterima oleh Allah Swt.”
Syarifuddin Khalifah hafal al-Quran 30 juz di usia 1,5 tahun dan sudah menunaikan shalat 5 waktu. Di usia 5 tahun ia mahir berbahasa Arab, Inggris, Perancis, Italia dan Swahili. Satu bukti kuasa Allah untuk menjadikan manusia bisa bicara dengan berbagai bahasa tanpa harus diajarkan.
a. Latar Belakang Syarifuddin Khalifah
Mungkin Anda terheran-heran bahkan tidak percaya, jika ada orang yang bilang bahwa di zaman modern ini ada seorang anak dari keluarga non Muslim yang hafal al-Quran dan bisa shalat pada umur 1,5 tahun, menguasai lima bahasa asing pada usia 5 tahun, dan telah mengislamkan lebih dari 1.000 orang pada usia yang sama. Tapi begitulah kenyatannya, dan karenanya ia disebut sebagai bocah ajaib; sebuah tanda kebesaran Allah Swt.
Syarifuddin Khalifah, nama bocah itu. Ia dilahirkan di kota Arusha, Tanzania. Tanzania adalah sebuah negara di Afrika Timur yang berpenduduk 36 juta jiwa. Sekitar 35 persen penduduknya beragama Islam, disusul Kristen 30 persen dan sisanya beragam kepercayaan terutama animisme. Namun, kota Arusha tempat kelahiran Syarifuddin Khalifah mayoritas penduduknya beragama Katolik. Di urutan kedua adalah Kristen Anglikan, kemudian Yahudi, baru Islam dan terakhir Hindu.
Seperti kebanyakan penduduk Ashura, orangtua Syarifuddin Khalifah juga beragama Katolik. Ibunya bernama Domisia Kimaro, sedangkan ayahnya bernama Francis Fudinkira. Suatu hari di bulan Desember 1993, tangis bayi membahagiakan keluarga itu. Sadar bahwa bayinya laki-laki, mereka lebih gembira lagi.
Sebagaimana pemeluk Katolik lainnya, Domisia dan Francis juga menyambut bayinya dengan ritual-ritual Nasrani. Mereka pun berkeinginan membawa bayi manis itu ke gereja untuk dibaptis secepatnya. Tidak ada yang aneh saat mereka melangkah ke Gereja. Namun ketika mereka hampir memasuki altar gereja, mereka dikejutkan dengan suara yang aneh. Ternyata suara itu adalah suara bayi mereka. “Mama usinibibaptize, naamini kwa Allah wa jumbe wake Muhammad!” (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, Muhammad).
Mendengar itu, Domisia dan Francis gemetar. Keringat dingin bercucuran. Setelah beradu pandang dan sedikit berbincang, mereka memutuskan untuk membawa kembali bayinya pulang. Tidak jadi membaptisnya.
Awal Maret 1994, ketika usianya melewati dua bulan, bayi itu selalu menangis ketika hendak disusui ibunya. Domisia merasa bingung dan khawatir bayinya kurang gizi jika tidak mau minum ASI. Tetapi, diagnose dokter menyatakan ia sehat. Kekhawatiran Domisia tidak terbukti. Bayinya sehat tanpa kekurangan suatu apa. Tidak ada penjelasan apapun mengapa Allah mentakdirkan Syarifuddin Khalifah tidak mau minum ASI dari ibunya setelah dua bulan.
Di tengah kebiasaan bayi-bayi belajar mengucapkan satu suku kata seperti panggilan “Ma” atau lainnya, Syarifuddin Khalifah pada usianya yang baru empat bulan mulai mengeluarkan lafal-lafal aneh. Beberapa tetangga serta keluarga Domisia dan Francis terheran-heran melihat bayi itu berbicara. Mulutnya bergerak pelan dan berbunyi: “Fatuubuu ilaa baari-ikum faqtuluu anfusakum dzaalikum khairun lakum ‘inda baari-ikum, fataaba ‘alaikum innahuu huwattawwaburrahiim.”
Orang-orang yang takjub menimbulkan kegaduhan sementara namun kemudian mereka diam dalam keheningan. Sayangnya, waktu itu mereka tidak mengetahui bahwa yang dibaca Syarifuddin Khalifah adalah QS. al-Baqarah ayat 54.
Domisia khawatir anaknya kerasukan setan. Ia pun membawa bayi itu ke pastur, namun tetap saja Syarifuddin Khalifah mengulang-ulang ayat itu. Hingga kemudian cerita bayi kerasukan setan itu terdengar oleh Abu Ayub, salah seorang Muslim yang tinggal di daerah itu. Ketika Abu Ayub datang, Syarifuddin Khalifah juga membaca ayat itu. Tak kuasa melihat tanda kebesaran Allah, Abu Ayub sujud syukur di dekat bayi itu.
“Francis dan Domisia, sesungguhnya anak kalian tidak kerasukan setan. Apa yang dibacanya adalah ayat-ayat al-Qur’an. Intinya ia mengajak kalian bertaubat kepada Allah,” kata Abu Ayub.
Beberapa waktu setelah itu Abu Ayub datang lagi dengan membawa mushaf. Ia memperlihatkan kepada Francis dan Domisia ayat-ayat yang dibaca oleh bayinya. Mereka berdua butuh waktu dalam pergulatan batin untuk beriman. Keduanya pun akhirnya mendapatkan hidayah. Mereka masuk Islam. Sesudah masuk Islam itulah mereka memberikan nama untuk anaknya sebagai “Syarifuddin Khalifah”.
Keajaiban berikutnya muncul pada usia 1,5 tahun. Ketika itu, Syarifuddin Khalifah mampu melakukan shalat serta menghafal al-Quran dan Bible. Lalu pada usia 4-5 tahun, ia menguasai lima bahasa. Pada usia itu Syarifuddin Khalifah mulai melakukan safari dakwah ke berbagai penjuru Tanzania hingga ke luar negeri. Hasilnya, lebih dari seribu orang masuk Islam.
b. Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang
Kisah nyata ini terjadi di Distrik Pumwani, Kenya, tahun 1998. Ribuan orang telah berkumpul di lapangan untuk melihat bocah ajaib, Syarifuddin Khalifah. Usianya baru 5 tahun, tetapi namanya telah menjadi buah bibir karena pada usia itu ia telah menguasai lima bahasa. Oleh umat Islam Afrika, Syarifuddin dijuluki Miracle Kid of East Africa.
Perjalanannya ke Kenya saat itu merupakan bagian dari rangkaian safari dakwah ke luar negeri. Sebelum itu, ia telah berdakwah ke hampir seluruh kota di negaranya, Tanzania. Masyarakat Kenya mengetahui keajaiban Syarifuddin dari mulut ke mulut. Tetapi tidak sedikit juga yang telah menyaksikan bocah ajaib itu lewat Youtube.
Orang-orang agaknya tak sabar menanti. Mereka melihat-lihat dan menyelidik apakah mobil yang datang membawa Syarifuddin Khalifah. Beberapa waktu kemudian, Syaikh kecil yang mereka nantikan akhirnya tiba. Ia datang dengan pengawalan ketat layaknya seorang presiden.
Ribuan orang yang menanti Syarifuddin Khalifah rupanya bukan hanya orang Muslim. Tak sedikit orang-orang Kristen yang ikut hadir karena rasa penasaran mereka. Mungkin juga karena mereka mendengar bahwa bocah ajaib itu dilahirkan dari kelarga Katolik, tetapi hafal al-Quran pada usia 1,5 tahun. Mereka ingin melihat Syarifuddin Khalifah secara langsung.
Ditemani Haji Maroulin, Syarifuddin menuju tenda yang sudah disiapkan. Luapan kegembiraan masyarakat Kenya tampak jelas dari antusiasme mereka menyambut Syarifuddin. Wajar jika anak sekecil itu memiliki wajah yang manis. Tetapi bukan hanya manis. Ada kewibawaan dan ketenangan yang membuat orang-orang Kenya takjub dengannya. Mengalahkan kedewasaan orang dewasa.
Kinilah saatnya Syaikh cilik itu memberikan taushiyah. Tangannya yang dari tadi memainkan jari-jarinya, berhenti saat namanya disebut. Ia bangkit dari kursi menuju podium.
Setelah salam, ia memuji Allah dan bershalawat kepada Nabi. Bahasa Arabnya sangat fasih, diakui oleh para ulama yang hadir pada kesempatan itu. Hadirin benar-benar takjub. Bukan hanya kagum dengan kemampuannya berceramah, tetapi juga isi ceramahnya membuka mata hati orang-orang Kristen yang hadir pada saat itu. Ada seberkas cahaya hidayah yang masuk dan menelusup ke jantung nurani mereka.
Selain pandai menggunakan ayat al-Quran, sesekali Syarifuddin juga mengutip kitab suci agama lain. Membuat pendengarnya terbawa untuk memeriksa kembali kebenaran teks ajaran dan keyakinannya selama ini.
Begitu ceramah usai, orang-orang Kristen mengajak dialog bocah ajaib itu. Syarifuddin melayani mereka dengan baik. Mereka bertanya tentang Islam, Kristen dan kitab-kitab terdahulu. Sang Syaikh kecil mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Dan itulah momen-momen hidayah. Ratusan pemeluk Kristiani yang telah berkumpul di sekitar Syarifuddin mengucapkan syahadat. Menyalami tangan salah seorang perwakilan mereka, Syarifuddin menuntun syahadat dan mereka menirukan: “Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah.”
Syahadat agak terbata-bata. Tetapi hidayah telah membawa iman. Mata dan pipi pun menjadi saksi, air mata mulai berlinang oleh luapan kegembiraan. Menjalani hidup baru dalam Islam. Takbir dari ribuan kaum muslimin yang menyaksikan peristiwa itu terdengar membahana di bumi Kenya.
Bukan kali itu saja, orang-orang Kristen masuk Islam melalui perantaraan bocah ajaib Syarifuddin Khalifah. Di Tanzania, Libya dan negara lainnya kisah nyata itu juga terjadi. Jika dijumlah, melalui dakwah Syarifuddin Khalifah, ribuan orang telah masuk Islam. Ajaibnya, itu terjadi ketika usia Syaikh kecil itu masih lima tahun.
Para ulama dan habaib sangat mendukung dakwah Syaikh Syarifuddin Khalifah. Bahkan ulama besar seperti al-Habib ali al-Jufri pun rela meluangkan waktunya untuk bertemu anak ajaib yang kini remaja dan berjuang dalam Islam. (Dikutip dari buku Mukjizat dari Afrika, Bocah yang Mengislamkan Ribuan Orang; Syarifuddin Khalifah).
via Goresan Pena

Monday, September 15, 2014

Masa depan Pakatan, PAS dan DAP


SUBKY LATIF 

TELAH saya berfikir untuk menyatakan masa depan Pakatan Rakyat atau lebih jelasnya pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP. Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR terutama Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya.
  
Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi.
  
Lama sebelum wujudnya Langkah Kajang, saya sudah mendengar PKR tidak senang dengan Khalid Ibrahim. Saya dapatkan pandangan akar umbi DAP kemungkin giliran PAS pula sebagai Menteri Besar. Maklum balasnya, ia boleh terima jika ganti itu Dr. Rani, ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
  
Saya pernah bayangkan hal itu dalam tulisan saya. Kemudian Langkah Kajang pun meledak dan Pakatan Rakyat bergelora, DAP solid bersama PKR untuk membuang PAS. Saya tidak tahu politik apa yang DAP guna, tidak mengambil apa-apa langkah bagi mengendurkan ketegangan antara PAS dan PKR.
  
Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR. PAS sekarang huduh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri.
  
Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi oleh Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP. PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya.
   
Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
   
Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada  Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?
   
Jawapannya ialah DAP bukan saja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian. PAS dan DAP telah ada sejarah dan pengalaman baik di Perak. DAP amat senang dengan Menteri Besar PAS, Nizar Jamaluddin. PAS tidak pernah mengira apa yang dicapainya di Perak adakah hak dan kepintarannya. Tapi yang terjadi itu adalah atas kerjasama dan kerelaan DAP. Orang PAS terus mahu perlu memerlu antara satu dengan lain seperti di Perak itu perlu disambung.
   
Ramai di luar Pakatan mahu PAS menggantikan Khalid, tetapi PAS suka ia dikekalkan untuk PKR kerana ia menjaga hati PKR dan hati DAP. Sekalipun Sultan menerima PAS jadi Menteri Besar tidak banyak PAS bertahan kalau DAP tidak bersedia jadi seperti Perak dulu. PAS tentu tidak mahu mengambil kesempatan daripada sokongan DAP saja kerana ia akan dikira tidak berlaku adil kepada PKR.
   
Kalau DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka daripada istana, ia mesti membuat keputusan untuk menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS. Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP adalah lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting. – HARAKAHDAILY 15/9/2014