Sunday, September 29, 2013

Perbezaan antara agama Islam dengan agama Syiah



Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya.
1. Pembawa Agama Islam adalah Muhammad Rasulullah. 

Pembawa Agama Syiah adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba ' Al Himyari . [ Majmu 'Fatawa , 4/ 435 ]

2. Rukun Islam menurut agama Islam : 1. Dua Syahadat 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji [HR Muslim no. 1 daripada Ibnu Umar ] 

Rukun Islam ala agama Syiah : 1. Solat 2 . Puasa 3 . Zakat 4. Haji 5. Wilayah / Kekuasaan [Lihat Al Kafi Fil Ushul 2 /18 karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634 ] . Kedudukan Al Kulaini di Syiah = Kedudukan Imam Bukhari di Sunni ]

3. Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara iaitu : 1. Iman Kepada Allah 2. Iman Kepada Malaikat 3. Iman Kepada Kitab- Kitab 4 . Iman Kepada Para Rasul 5. Iman Kepada hari qiamat 6. Iman Kepada Qadha Qadar. 3. 

Rukun Iman ala Agama Syiah ada 5 Perkara, yaitu: 1. Tauhid 2. Kenabian 3. Imamah 4. Keadilan 5. qiamat

4. Kitab suci umat Islam Al Quran yang berjumlah 6236 ayat 

Kitab suci Syiah Mushaf Fathimah yang berjumlah 17.000 ayat ( lebih banyak tiga kali ganda dari Al Qur'an milik kaum Muslimin) . [Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634 ] .

5. Azan menurut Agama Islam : ( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Hayya 'alash sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Allahu Akbar ) 2 kali ( lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali

Azan Ala Agama Syiah: www.youtube.com/watch?v=ffuZ8Fy9Ed0 ( Allahu Akbar ) 4 kali ( Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH ) 2 kali ( Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah ) 2 kali ( Asyhadu anna ' Aliyyan waliyullōh ) 2 kali ( Hayya ' alash sholah ) 2 kali ( Hayya' alal Falah ) 2 kali ( Hayya ' alā khoiril ' amal) 2 kali ( Allahu Akbar ) 2 kali ( Lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali

6. Islam meyakini bahawa solat diwajibkan pada 5 waktu. 

Agama Syiah meyakini bahawa solat diwajibkan hanya pada 3 waktu saja .

7. Islam meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya wajib. [QS Al Jumu'ah: 9 ] 

Agama Syiah meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya tidak wajib.

8. Islam menghormati seluruh sahabat Rasulullah dan meyakini mereka orang -orang terbaik yang digelari radhiallahu ' Anhum oleh Allah. [QS At Taubah: 100 ]  

Agama Syiah meyakini bahawa seluruh sahabat Rasulullah telah kafir ( Murtad ) kecuali Ahlul Bait ( versi mereka ) , salman Al Farisi , Al Miqdad bin Al Aswad , Abu Dzar Al Ghifari . [Ar Raudhoh Minal Kafi Karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 8/245-246 ]

9. Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah orang yang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, kemudian selepas Umar bin Al Khatthab , lalu Utsman bin ' Affan , lalu' Ali bin Abi Talib.

Agama Syiah meyakini bahawa orang terbaik setelah Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib , adapun Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab adalah dua berhala Quraisy yang terlaknat . [ Ajma'ul fadha'ih karya Al Mulla Kazhim hal. 157] .

10. Islam meyakini bahawa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah. 

Agama Syiah meyakini bahawa orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib.

11. Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama yang sah. 

Agama Syiah memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari ' Ali bin Abi Talib

12. Islam meyakini bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan , 'Amr bin Al' Ash, Abu Sufyan termasuk sahabat Rasulullah 

Agama Syiah meyakini bahawa mereka pengkhianat dan telah kafir ( Murtad ) dari Islam.

Perhatian : Namun kemungkinan orang-orang Syiah di sekitar anda akan mengingkari tulisan ini sambil berkata: " Syiah tidak seperti ini! " Tetapi mereka tidak layak mengingkari perkataan-perkataan ulama-ulama besar mereka kerana bahan bacaan yang kami gunakan dalam penyusunan artikel ini menggunakan kitab -kitab pokok Syiah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah sebagai rujukan dan dari laman web rasmi mereka. 

Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat. [Al I'tiqadat hal 114]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber manusiasurga.wordpress.com

Ubati strok dengan al-Quran

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Dua minggu lalu ayah saya diserang angin ahmar. Doktor menerangkan berlaku pendarahan besar di dalam otak ayah. Kini ayah terlantar di hospital, lumpuh sebelah kanan badan. Ayah tidak boleh bercakap dan bergantung kepada kami untuk mengurus diri. Saya meminta tolong Tuan Haji menerangkan rawatan al-Quran untuk angin ahmar. Terima kasih.
* Khairul, Permatang Pauh
Jawapan
Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.
Kadangkala strok dipanggil ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.
Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.
Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.
Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.
Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.
Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.
Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak – cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.
Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.
Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.
Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.
Risiko tidak boleh diubah:
* Umur
* Genetik
* Jantina
* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Kencing manis
* Kolesterol
* Obesiti
Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.
Satu atau lebih simptom tiba-tiba:
1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.
2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa
meleleh tanpa kawalan.
3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,
percakapan, penglihatan, sukar menelan.
4. Rasa pening atau sakit kepala
5. Kebas di sebahagian daripada badan
6. Pengsan atau menjadi keliru
Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.
Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
1. Sebelah badan lemah.
2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.
3. Masalah menelan.
4. Masalah percakapan dan komunikasi.
5. Masalah penglihatan.
Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.
Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.
Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.
Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.
Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.
Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.
Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.
Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.
Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.
Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.
Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.
Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.
Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47
Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.
Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.
Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.
Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.
Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.
Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”
Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

Sumber albakriah wordpress.com

Thursday, September 26, 2013

Bekas MB Kedah Azizan Razak meninggal dunia


Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi ini, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bernama melaporkan Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB Dr Norzaini Morad berkata Azizan disahkan meninggal dunia pukul 11.05 pagi berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai.

Katanya keadaan Azizan yang dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke HSB bulan lepas mula kritikal sejak pagi semalam selepas mengalami serangan jantung.

azlan"Rawatan agresif telah diberikan dan antibiotik terbaik juga diberikan. Jangkitan kuman mungkin berpunca daripada keadaan pesakit yang lemah. Diabetis juga memudahkan pesakit dijangkiti (kuman), selain komplikasi buah pinggang dan 'end-stage' di peringkat rawatan dialisis," katanya pada sidang media di HSB hari ini.

Pada 6 Mei lepas, Azizan yang menghadapi masalah bengkak kaki dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP keesokan harinya.

Di HPP, Azizan yang merupakan ADUN Sungai Limau terpaksa menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis, bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP, pada 14 Ogos lalu beliau dipindahkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

Sejak pukul 3 pagi semalam, keadaan kesihatan Azizan dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Jerai Muzaini Azizan berkata, jenazah Azizan akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.00 petang ini.

"Jenazah kini dalam perjalanan ke Markaz PAS Pokok Sena. Semua urusan mandi dan mengkafan jenazah beliau dilakukan di hospital.

"Rakyat boleh mengunjungi jenazahnya di markaz tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.30 petang ini.

Muzaini berkata jenazah bekas pesuruhjaya PAS itu akan dikebumikan bersebelahan dengan bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor di muassasah tersebut.
Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Kedah meninggalkan dua orang isteri dan 14 orang anak.

Susulan kematian Azizan, kerusi DUN Sungai Limau kosong dan membolehkan pilihan raya kecil kedua diadakan selepas di DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum lalu, Azizan berdepan dengan cabaran empat penjuru termasuk sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN. Azizan mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,774 undi.

Sumber malaysiakini

Monday, September 23, 2013

Kaya Yang Tak Guna....


CATATAN SANTAI


BUKAN bertujuan menjadi kaya harta.  Itu suatu pandangan. 

Menurut pandangan itu, dalam Islam yang diperintahkan adalah belanjakan harta untuk kebaikan. Bukan menjadi kaya. Misalnya dalam rukun Islam tidak ada perintah jadi orang kaya. Yang ada adalah membayar zakat dan pergi berhaji, jika mampu.



Kini, ramai yang berpandangan, bahawa Islam menggalakkan umatnya jadi kaya. Dengan alasan Nabi dulu kaya dan banyak perintah Islam seperti Zakat, Haji, Sedekah mensyaratkan adanya kekayaan.
"Meski sekilas kelihatan benar, namun hal itu kurang tepat. Apalagi jika akhirnya untuk menjadi kaya semua cara dihalalkan dan berbelanja pun dengan bermewah-mewah serta memandang hina orang miskin." Kata pendapat itu lagi.
  • ”Dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’” [Al Baqarah:43]


  • ”Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (iaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.” [Al Baqarah:83]


  • ”Dan dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu buat.” [Al Baqarah:110]
Ayat-ayat Al Qur’an di atas cukup jelas membuktikan bahawa Islam memerintahkan umatnya membayar zakat, bersedekah kepada kerabat dan fakir miskin. Bukan menjadi kaya kerana berapa banyak orang kaya tapi tidak bayar zakat dan tidak bersedekah secara wajar.



Hadits Nabi 
  • ”Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah” 
.. adalah himbauan untuk 'memberi'. Ertinya orang yang memberi lebih mulia daripada orang yang meminta. Bukan orang kaya lebih mulia dari pada orang miskin. 

Berapa banyak orang yang kaya tapi dari hasil rasuah, komisyen walau gaji sudah dibayar jabatan, dan enggan bersedekah. Menjadi kaya bukanlah tujuan dalam Islam. Berapa banyak orang yang kaya, tapi dilaknat Allah dalam Al Qur’an. Contohnya orang kaya Karun. 
Korperat Keparat Karun
Kekayaan Karun sangat besar, namun kerana sombong dan enggan menolong, dia mati dibenamkan ke dalam bumi oleh Allah SWT. 
Saking kayanya Karun, kunci-kunci setor hartanya saja pun sangat berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat pada masa itu. Itu gambaran kekayaannya. Sehingga sekarang pun, orang masih sebut 'Harta Karun' pada harta yang dijumpai terpendam di bumi, seolah-olah hartanya tidak akan habis-habis.
  • ”Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri” [Al Qashash:76]

Bukan hanya Karun orang kaya yang disiksa Allah. Sebelumnya banyak orang-orang yang lebih kaya juga dibinasakan oleh Allah SWT:


  • Karun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah ia tidak mengetahui, bahawa Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat darinya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.” QS 28.78 
Ramai sangat korperat-korperat keparat zaman kini mengulangi kata-kata Karun itu dengan sombongnya, “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku”.
 


Mengharap kaya seperti Karun bukanlah ajaran Islam:
  • ”Maka keluarlah Karun menemui kaumnya dengan megah. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kita ada seperti yang diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar 'untung besar'. Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Celaka besar kamu! Pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar”.[Al Qashash:79-80]


Allah benamkan Karun dengan hartanya ke dalam bumi dan orang yang ingin kaya seperti Karun menyesal: 
  • ”Maka Kami benamkan Karun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan kedudukan Karun itu. berkata: “Aduhai. benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)”. [Al Qashash:81-82]
Ayat di atas jelas, bahawa menjadi kaya bukanlah tujuan dalam Islam. Lihat lagi ayat yang lain:

  • ”Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” [At Takatsuur:1]


Harta/kekayaan tidak ada manfaatnya jika dari yang haram atau tidak digunakan di jalan Allah:


  • ”Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.” [Al Lahab:2]


Dalam hal mencari kekayaan, orang sering lupa sehingga yang haram jadi halal, dan yang halal jadi haram.. Apalagi Malaysia sendiri dalam pendapatan negaranya tidak ambil kisah pun hal haram-halal tersebut. Itulah didikan kepada rakyatnya.
Rasulullah SAW berkata: 
  • ”Demi Allah, bukan kefakiran yang aku khawatirkan pada kamu, tetapi yang aku khawatirkan adalah jika kekayaan dunia dilimpahkan kepadamu sebagaimana telah dilimpahkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba-lumba mendapatnya sebagaimana mereka berlumba-lumba dan akhirnya dunia itu membinasakan kamu sebagaimana ia telah membinasakan mereka.” (Shahih Muslim No.5261)
Dalam surat Al Maa’uun disebut bahawa orang yang enggan menolong anak yatim dan fakir miskin dianggap sebagai pendusta agama meski dia sholat:


  • ”Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?  Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang berbuat ria. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” [Al Maa’uun:1-7] 
  • ”Dan orang-orang yang di atas A’raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu.” [Al A’raaf:48]


wanita burundi
Wanita Burundi I foto therichest.com. Antara 20 negara termiskin di dunia 2013

Akhirnya..


  • ”Tidak beriman kepadaku orang yang tidur dengan kenyang sementara tetangganya lapar padahal dia mengetahui hal itu.” (HR. Al Bazzaar)
Ingat kata-kata 'Tidak beriman' atau tidak sempurna iman itu bukan perkara main-main, bukan perkara kecil dan bukan perkara mudah!! Amaran
'Tidak beriman'itu ditujukan kepada mereka yang tidak mengutamakan rakyat, boleh tidur lena dengan kenyang di tengah-tengah jiran-jiran atau kawan yang kelaparan. 


Orang kaya masih boleh bersenang-senang dan reda, walau rakyat dalam kebuluran. Itulah kaya yang tak guna. Apalagi, kalau dia pemimpin-pemimpin rakyat! (Lihat, Rakyat Diutamakan, Jual Pesawat Presiden & Kereta ...)

Ada ulama menyebutkan, 
  • "Biar aku bersama-sama rakyat ke neraka, daripada seorang diri ke syurga." 
Itu yang sepatutnya bermastautin dalam kepala hartawan dan pemimpin rakyat! 

Allahu 'akalm.

Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     

23 Sept 2013

Egypt court bans all Muslim Brotherhood activities

September 23, 2013
AFP picAFP picAn Egyptian court today banned the Muslim Brotherhood from operating and ordered its assets seized, in the latest blow to the Islamist movement of deposed president Mohamed Morsi.
The court also banned "any institution branching out from or belonging to the Brotherhood," the official MENA news agency reported, possibly restricting the movement's political arm the Freedom and Justice Party.
The ruling comes amid a crackdown on the Brotherhood and more than a month after hundreds of Islamist protesters died in a police operation to disperse their Cairo sit-ins, sparking a wave of nationwide violence.
A judicial source told AFP the court ruled that a government committee should be created to manage the Brotherhood's seized assets.
The Cairo court "ruled to ban all activities by the Muslim Brotherhood organisation, the group emanating from it and its non-governmental organisation," MENA reported.
The ruling may be appealed and overturned by a higher court.
Formed in 1928, the Muslim Brotherhood was banned for decades before a popular uprising overthrew its arch foe president Hosni Mubarak in 2011.
It dominated subsequent parliamentary elections and won the presidential election in June 2012 through its candidate Morsi, who himself was overthrown by the military on July 3.
The new military-installed government now accuses the Islamist movement of "terrorism", and police have arrested at least 2,000 members including most of senior Brotherhood leaders.
In the past three years, the movement set up headquarters in a multi-storey building in Cairo and opened offices across the country for its Freedom and Justice Party.
All these buildings are likely to be seized under the court order, which can also, if upheld, criminalise membership with the movement. - AFP, September 23, 2013.

Petani Tulis “Al Sisi” Pada Keldainya Ditangkap


image

Polis Mesir telah menangkap seorang petani di muhafazah(negeri) Qina atas tuduhan memburukkan nama baik pimpinan tentera dan menghina tentera serta pakaian seragam tentera Mesir Jumaat lepas

Ketua polis Qina Jen Mohd Kamal mendapat arahan untuk menangkap pertani muda berumur 31 tahun Omar Abu Majdi Ali Assorighr.

Beliau memakaikan topi dan pakaian tentera mesir serta menulis perkataan AL SISI di belakang Keldai.

Keldai bagi orang mesir merujuk kepada BODOH.


 As syabu net.

Friday, September 20, 2013

Pengalaman Masuk Dalam Kaabah - oleh Ustaz Haron Din

Sumber wasukalu com


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila Mana pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

v

Catatan 017: Ayat Kursi Menjelang Tidur




Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.


Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Sumber tranungkite

Menahan Air Kencing



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.


"Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing," kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

"Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip," ujarnya

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

"Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif," katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

"Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk," kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Sumber tranungkite

Thursday, September 19, 2013

People want Barisan and Pakatan to talk, UM survey shows

BY V. ANBALAGAN, ASSISTANT NEWS EDITOR
The majority of Malays and Chinese want the Barisan Nasional government to reconcile with Pakatan Rakyat in the aftermath of the general election, according to a survey.
Universiti Malaya Centre for Democracy and Election (UMCEDEL) revealed that more than two-thirds of respondents were tired of politics after two years of election campaigning.
"They want political leaders from both sides to develop the country," the centre's director Datuk Mohamad Redzuan Othman (pic) said.
The survey, conducted between August 15 and September 10, involved 1,546 people of all races.
Redzuan said 70% of the Malays and 67% of the Chinese polled wanted reconciliation.
The study also showed that rural Malays voted for the BN while the Chinese supported PR.
"The sentiment of voters has remained despite the election having been over three months ago," he told a press conference.
The respondents also felt that all parties in the government and opposition had reached a stalemate.
Redzuan said he left it to politicians who knew better to handle the current situation "as they have the solution to the problem".
"In politics there are no permanent enemies and friends," he added.
He said the people wanted the leaders from both sides of the divide to sit down and discuss issues for the benefit of the country and for a calm environment to prevail after more than two years of intense politicking.
However, he said BN had to work with PKR, DAP and PAS, not one or two of them.
"There is no Chinese representation in the BN government. The Chinese dominate the economy and it is unthinkable what will happen over the next four years," he said.
In the May 5 general election, the BN won 133 parliamentary seats while PR secured 89, seven more than in 2008.
However, the opposition secured 53% (5,035,611) of popular votes compared with BN which garnered 46% (4,322,139).
On the respondents' view of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Redzuan said the findings revealed that  the people had expected Najib to deliver a two-thirds majority in the Dewan Rakyat.
"He spent a lot of time and resources but he failed," he said.
Former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi had to resign from office after the BN poor performance in the 2008 polls.
The UMCEDEL survey also found that respondents want opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to lead Pakatan at the 14th general election.
"About 55% of them want him to continue with the struggle and lead Pakatan while another 28% were unsure," Redzuan said. – September 19, 2013.

“Eating, drinking and moving around in the next 50 years”


BY SHERIDAN MAHAVERA
Better communal relations and cheaper, better goods. These are always mentioned in interviews with the Merdeka generation whenever the media runs Malaysia Day-Merdeka specials.
While the former always hogs our attentions, the latter is taken as a matter of fact and seldom is made much of it.
But this year has been different. The weeks and days before and after August 31, and as Malaysia turns 50, everyone was hit in their wallets and their bellies.
The series of mini-crisis in goods made headlines just as did the bak kut teh Ramadan message, the surau in Kota Tinggi, Johor, and the screenings of Tanda Putera.
During the July-August Ramadan season chicken prices went through the roof. Since chicken is now the main source of protein for Malaysian families, the government was forced to step in and put a ceiling on prices.
One day before Merdeka, the water supply to more than a million homes in Selangor and Kuala Lumpur were cut after a workshop spilled diesel into a river that supplied raw water to four treatment plants.
A few days later, the government decided to reduce fuel subsidies leading to a rise in the price of diesel and RON95 petrol by 20 sen.
So as Malaysia turns 50, it would be worth to ponder not just the nation’s multi-racial future, but whether we will have enough food, water or fuel, at prices that we can afford, for the next 50 years.
Inter-connectivity
Land previously used to grow food is being converted to produce bio-fuel. - September 16, 2013.Land previously used to grow food is being converted to produce bio-fuel. - September 16, 2013.What consumers have to realise first is that each component, food, water and fuel is so inter-connected with each other that changes in one will also affect the other.
This was seen in the food price crisis of 2007 and its consequences, which Datin Paduka Professor Dr Fatimah Arshad of Universiti Putra Malaysia says was the first in world history.
For the first time she says, the world faced a conflict over which it needs more - fuel or food?
It is not just about fuel to transport food from the farm to the supermarket. These days, land that was traditionally used to plant crops for food is being used to plant crops for bio-fuel.
“When farmers in the United States are given subsidies to plant corn for bio-fuel, they stop planting wheat. As a result the price of wheat in the world goes up,” says Dr Fatimah, who is UPM’s Food and Agricultural Policy director. 
Closer to home, 83% of Malaysia’s agricultural land is used for industrial crops, rubber, pineapples, cocoa and oil palm. The rest is for food farms.    

Although there has not been a noticeable drop in farm productivity, the level at which those farms produce food is unable to meet demand which increases everyday.
This is why when it comes to rice, Malaysia is only able to produce enough to feed 70% of the population. The rest has to be imported.
Malaysia produces enough poultry for its consumers but has to import beef, mutton and dairy products.
The appetite for seafood in Malaysia has overtaken the local fishing industry's ability to supply the required demand.  September 16, 2013.The appetite for seafood in Malaysia has overtaken the local fishing industry's ability to supply the required demand. September 16, 2013.And for the first time in Malaysian history, says Dr Fatimah, last year the demand for fish and seafood has outstripped our local fishing industry’s ability to provide enough of it.
In fact there have been cases in Klang valley supermarkets where salmon imported all the way from Norway was cheaper than local kembong or bawal.
True prices
One resource that on paper, Malaysia seems never to run out of, is raw water.
According to Universiti Teknologi Malaysia’s Prof Dr Zulkifli Yusop, surface run-off per year or roughly speaking, the amount of water in lakes and rivers, is 560 billion cubic metres while consumers, industries and agriculture only use 20 billion.
The problem is, all that water is not evenly distributed. Places like Sarawak, which is sparsely populated has more raw water sources compared with metropolitan Selangor and Kuala Lumpur.
As last month’s water crisis showed, our raw water is only as good as our capacity to treat it. And storage, treatment and distribution capacity says Dr Zulkifli, is expensive.
“What we pay for our water does not reflect the costs to bring it to us. The consumer effectively pays only for treatment and distribution. The cost of building dams and reservoirs are not factored in,” says Dr Zulkifli, dean of UTM’s water research alliance.
More importantly says Dr Zulkifli, Malaysia has to invest more in curbing pollution, which he claims is the primary issue threatening our water supply.
This is not just in terms of cleaning up spills but in thoroughly educating the public on the importance of keeping our rivers clean.
This is since, as the oil spill showed, the cost to clean up pollution and the hardship it causes consumers is more expensive than preventing it from happening.
“I cannot imagine how a factory (in last month’s spill) was allowed to set up shop on the banks of an important river. And if it had already been operating, why was nothing done to shut it down?”
The dream has ended
Which brings us to the question of attitude - has the last 50 years of cheap plenty, nurtured an attitude that unlike Indonesians, Thais and Singaporeans, Malaysians do not have to pay the true costs of these necessities?
After all, an oft-repeated belief is that “Malaysia is a rich country”. So why not use all that wealth to keep prices low?
As the two above experts showed and as Wan Saiful Wan Jan of the think tank IDEAS argues with regard to fuel, that attitude is unsustainable.
In the case of subsidies for fuel, Wan Saiful gives an analogy of a father who uses his credit card to pretend to be generous with his relatives.
“But this father knows he will soon die and he will not have to foot the bill. So he simply forces his children to inherit his debt.”
“Prices will definitely have to go up because we cannot subsidise prices forever. But we must not see it as a price "increase".
“Instead, it is the reduction of irresponsible and unsustainable subsidies which is causing a 'correction' in prices. This is not prices going up but it is actually prices going back to the correct and proper level.”
Regardless of whether any administration manages to run the country’s finances more prudently, Wan Saiful says, paying the actual cost for fuel is inevitable.
It is not so much a matter of political will says Wan Saiful but of economics and science.
“What we have seen for the last few decades is a fallacy that fuel is cheap. We have been cheated into believing that fuel can be cheap. This is a lie and even though it may be painful, the sooner we stop the lie, the better,” he said.
Living in the next 50 years
The rice crop in Malaysia is only able to feed 70% of the local demand. - September 16, 2013.The rice crop in Malaysia is only able to feed 70% of the local demand. - September 16, 2013.That tough process of waking up also involves how Malaysians treat their food, water and even electricity.
At its core, it is about rethinking our cherished beliefs about how we relate to the environment and how we have structured our economy.
For instance, as demand for food increases and local farms cannot produce enough, and imports become more expensive, we would have to stop planting oil palm and plant more rice.
As UPM’s Dr Fatimah says: “Malaysians have to realise that the era of cheap food is over.”
At the same time says UTM’s Dr Zulkifli, Malaysian consumers and industries must start to use water more efficiently and be actually serious about preventing pollution.
During a special interview with The Malaysian Insider, Umno veteran Datuk Seri Nazri Aziz, said that as Malaysia turns 50, it is unreasonable for us to continue to just tolerate each other’s ethnic and religious differences.
Nazri argued that moving forward in the next 50 years, Malaysians have to just accept that we are a country of different people and share it.
The alternative to that path he said, ends only in disaster.
Taking his cue, perhaps Malaysians must stop believing that the last 50 years of living cheaply and wastefully could last forever.   
We will have to rethink how we use our land, take better care of the environment and find better ways to move people and goods around, if we are to have enough to eat and drink, and enough fuel to go about our daily lives for the next 50 years.  - September 16, 2013.
Source themalaysianinsider

Hujan rahmat membasahi Kota Makkah


Setelah berbulan-bulan cuaca kering dan panas terik sehingga mencapai suhu 45 darjah celsius, umat Islam dari seluruh dunia yang berhimpun di Tanah Suci, semalam menadah tangan berdoa dan bersyukur apabila hujan turun selama kira-kira 10 minit pada waktu Maghrib.

Hujan renyai itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan debu di sekitar kawasan Masjidil Haram yang kini melalui kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.
  
Seorang penduduk Makkah yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata hujan renyai itu kali kedua turun sejak enam bulan Makkah dilanda cuaca panas dan kering.
  
Jutaan umat Islam kini mula membanjiri Makkah sebagai persiapan menunaikan ibadah haji yang dijadual bermula 14 Oktober.
  
Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji (TH) Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 9,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Makkah dan Madinah.
  
Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara

berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 September.
  
Mulai 21 September pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah pada 9 Oktober.
  
- Bernama

Monday, September 16, 2013

Lelaki separuh bogel mengganas cari anak dara










MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

(Gambar : Gambar seorang lelaki tanpa seluar dipercayai suspek diedarkan kepada orang ramai di sekitar Bukit Payung dan Alor Limbat melalui pelbagai media baru termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di Marang)
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.
Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya.



Chin Peng tetap ketua pengganas, kata Zahid Hamidi


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan mengatakan anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).
Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
“Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu,” kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.
Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang. - 16 September, 2013.
Sumber themalaysianinsider

“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan,” kata bekas ketua pengarang Utusan

OLEH DIYANA IBRAHIM















 Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).
Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.
"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.
"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.
"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.

Sumber themalaysianinsider

Bekas pemimpin PKM Chin Peng meninggal dunia hari ini ketika Malaysia berumur 50




Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai Parti Komunis Malaya melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.

Sumber themalaysianinsider