Saturday, May 21, 2011

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Kawasan  permainan kanak-kanak



Kereta kuda

Kereta kuda








Deretan Kedai Makan

Pantai Batu Buruk memang sudah terkenal semenjak dahulu lagi dengan acara tahunannya iaitu  " PESTA PANTAI" . Penduduk disekitar Kuala Terengganu selepas menuai padi berkampung disini.Pondok-pondok didirikan sepanjamg empat kilometer.Mereka berkampung lebihkurang tiga atau empat hari.Mereka berkunjung diantara satu sama lain.Mereka juga menerima tetamu daripada para pengunjung juga.Pertunjukkan tradisional seperti wayang kulit,dikir barat,panggung bangsawan dan persembahan moden juga dipertontonkan

Sekarang ini tiada lagi pesta tersebut kerana generasi baru sudah tidak berminat lagi.Untuk memperingati pesta tersebut kadang-kadang diadakan expo-expo yang melibatkan agensi agensi Kerajaan dan pihak-pihak Swasta.

Walaubagaimana pun setiap hari Pantai ini terus dikunjungi kerana disini ada padang permainan kanak-kanak,perkhidmatan menaiki kereta kuda,bermain layang-layang,dan tempat bersantai.

Untuk kemudahan penginapan disini ada Resort dan Hotel. Kedai makan dan kawasan parking turut disediakan.Untuk anda yang berada di luar Terengganu,Batu Buruk terletak dalam Bandaraya Kuala Terengganu,berhampiran dengan Hospital Besar Kuala Terengganu.

Sunday, May 8, 2011

Terengganu Equestrian Resort

Club House

Lagun

Padang Litar
Padang Litar

Padang Litar
Di Lobby Club House

Pada 1hb Mei 2011,Unggul dan keluarga berkesempatan menghadiri satu program motivasi pelajar cemerlang yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khari . Program ini adalah untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR.PMR,SPM dan STP tahun 2011.Program ini diadakan di Dewan TER (Terengganu Equestrian Resort).

Terengganu Equestrian Resort terletak di Kuala Ibai,Kuala Terengganu berhampiran dengan Masjid Tengku  Tengah Zaharah (Masjid Terapung).Kedudukannya berhampiran pantai,dikelilingi oleh laut dan lagun.Pemandangannya cukup cantik.

Banyak fasiliti yang terdapat disini  seperti litar untuk sukan berkuda , menaiki bot di lagun.,tempat penginapan,clubhouse,restoran,dewan dan lain lain lagi. Sekiranya anda berminat untuk bersukan dan menikmati bayu laut,semasa cuti berkunjunglah ke Terengganu.

Untuk mendapat maklumat lanjut,layari laman  web.  http: // www.ter.my


Saturday, May 7, 2011

Lori Sayur Terbabas di Pengadang Baru Kuala Terengganu

Lori yang membawa kotak kotak sayur terbabas ke dalam longkang
Kotak-kotak sayur dibawa keluar


Pada 6hb Mei 2011 pada waktu menjelang subuh sebuah lori yang membawa bekalan sayur ke Pasar Borong Kuala Terengganu terbabas dan terus masuk ke dalam longkang.Kejadian berlaku di hadapan Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu.Khabarnya semua selamat.Kotak kotak sayur terpaksa dikeluarkan daripada lori untuk memudahkan lori malang itu di tarik naik ke atas jalanraya.Kemungkinan juga pemandu lori tersebut terlena semasa memandu.Panduan untuk keselamatan,,,,jangan memandu semasa mata mengantuk.Insyaallah selamat.