Sunday, January 31, 2016

Harga minyak turun mulai esok






















KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen, mulai tengah malam ini - 1hb februari 2016

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter.
"Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter," katanya ketika dihubungi Bernama, sebentar tadi.
Penurunan itu susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini adalah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97, manakala diesel pula pada RM1.60.

- BERNAMA

Friday, January 29, 2016

Serpihan pesawat yang dijumpai di pantai Besut di Terengganu bukan daripada MH370,

Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat
Zakaria menunjukkan objek logam dipercayai serpihan pesawat yang ditemuinya di pantai Beting Lintang. – Foto Sinar Harian
 
PUTRAJAYA - Serpihan pesawat yang dijumpai di pantai Besut di Terengganu bukan daripada MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 
Beliau berkata sebuah pasukan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines telah membuat pemeriksaan bagi menentukan asal serpihan itu. 
"Pemeriksaan mendapati bahawa serpihan tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777, dengan itu mengesahkan bahawa serpihan tersebut bukan daripada MH370," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini. 
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa berkaitan kerana membantu dalam proses pengecaman itu. 
"Kami terus komited kepada usaha mencari MH370, dan akan terus memaklumkan  kepada waris keluarga dan orang ramai mengenai apa-apa perkembangan terkini," kata beliau.
Penemuan objek dipercayai serpihan pesawat di pantai Beting Lintang di Besut pada Rabu lepas, menimbulkan spekulasi bahawa ia mungkin ada kaitan dengan MH370 yang hilang hampir dua tahun lepas.
 
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. - Bernama

Thursday, January 28, 2016

Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat


Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat
Zakaria menunjukkan objek logam dipercayai serpihan pesawat yang ditemuinya di pantai Beting Lintang. – Foto Sinar Harian
 
BESUT - Seorang tukang rumah terkejut apabila menemui satu objek disyaki serpihan bangkai pesawat di tepi pantai Beting Lintang  dekat Kampung Raja, di sini petang semalam.
Penemuan serpihan tersebut menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines  System (MAS) penerbangan MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.
Lelaki terbabit, Zakaria Muhammad, 26, berkata, dia menemui satu serpihan logam besar itu ketika berjalan di tepi pantai bersama anak perempuannya  berusia 9 tahun  kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, sebaik sahaja terpandang objek yang berada  di dalam air di tepi pantai tersebut, dia bertindak menarik objek tersebut ke pantai.
“Selepas terpandang objek tersebut, saya terus terlintas ia adalah serpihan pesawat (MH370) kerana bentuk dan warnanya.
“Apabila saya mendekati objek itu, saya bertambah yakin kerana ia adalah kepingan logam tahan karat aluminium,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Zakaria berkata lagi, sebaik menemui objek itu petang semalam dia hanya memaklumkan penemuan tersebut kepada beberapa penduduk kampung sebelum berita penemuan itu menjadi heboh selepas tersebar melalui laman sosial pagi tadi.
Menurutnya, bangkai tersebut yang dianggarkan berukuran kira-kira tiga meter panjang dan satu meter lebar mempunyai beberapa lapisan logam serta kesan telah terpisah daripada bahagian lain.
Zakaria lagi, ada beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan datang melihat serpihan ini kira-kira jam 11 pagi semalam dan mendakwa serpihan tersebut dipercayai sebahagian daripada kulit enjin sebuah pesawat.
“Penemuan ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  kampung ini semalam dan selepas itu orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat objek tersebut,” katanya yang seakan-akan bermimpi bertemu dengan serpihan sebuah pesawat itu.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat serpihan tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat itu.
Menurutnya, anggota polis telah dihantar ke lokasi tersebut untuk memeriksa dan mengawasi  objek itu sebelum  dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah.
“Polis belum dapat mengesahkan apakah serpihan logam itu  sebenarnya tetapi  dakwaan mengatakan serpihan logam itu  menyerupai kulit bahagian enjin pesawat.
“Kita akan serahkan kepada pihak berkaitan untuk membuat pemeriksaan dan  mengesahkan objek yang ditemui itu,” katanya.

Sumber sinarharian

Wednesday, January 27, 2016

‘Negara Besut’ Dalam Lipatan Sejarah

By Terengganu Daily TD - istana besut 
 
Istana Tengku Long milik pemerintahan Raja Besut dibina sekitar tahun 1888 kini masih berdiri kukuh setelah ia dipindahkan ke Muzium Terengganu di Losong, Kuala Terengganu





Melalui cerita lisan yang saya peroleh daripada penduduk-penduduk di Besut sekitar tahun 1972, Besut pernah dikuasai oleh seorang ketua lanun yang bernama Sang Nyana.
Menurut Misbaha dalam buku Detik-Detik Sejarah Terengganu, Raja Sang Nyana yang membuka Besut menyerahkan pula Besut kepada seorang lagi ketua masyarakat orang Asli bernama Pak Wong.
Waktu Pak Wong menjadi ketua orang Asli di Besut inilah sekumpulan orang Melayu dari Palembang yang diketuai oleh Wan datang ke Besut.
Wan memujuk Pak Wong supaya berpindah ke tempat kain kerana Besut hendak dijadikan sebuah perkampungan bagi masyarakat Melayu dari Palembang itu.
Mereka bercita-cita hendak membuat kawasan sawah padi dan juga sebuah pelabuhan untuk persinggahan nelayan-nelayan yang menggunakan sungai Besut dan Laut China Selatan.
Pak Wong akhirnya bersetuju untuk berpindah jauh ke darat iaitu ke arah hulu Sungai Besut.
Kononnya puak-puak orang Asli yang masih ada di hulu sungai Besut sekarang ini adalah berasal daripada keturunan Pak Wong.
Ketua masyarakat orang Melayu Palembang yang dipanggil Wan itu lalu menamakan tempat tersebut sebagai Palembang, sempena nama tempat asal mereka di selatan Pulau Sumatera.
Namun nama Besut masih juga kekal.
Nama Palembang digunakan di sekitar tapak rumah ketua masyarakat Melayu Palembang sahaja dan di situlah didirikan kota juga istana sebagai pusat pemerintahan seluruh Besut.
Ini berlaku kira-kira pada pertengahan abad ke-19.
Tidak lama selepas Wan membuka Palembang dan Besut, lanun-lanun dari laut Selat Melaka mula mengganas. Mereka mula mengganas dan menyerang Palembang.
Banyak harta benda yang dirampas. Oleh itu Wan terpaksa meminta bantuan daripada Sultan Mansur Syah Pertama (1733-1793).
Sultan Mansur Syah telah menghantar angkatan tenteranya yang dikepalai oleh putera baginda, Tengku Abdul Kadir, untuk memusnahkan kegiatan lanun tersebut.
Akhirnya putera Sultan Mansur Syah itu dilantik menjadi pemerintah di Besut menggantikan ketua masyarakat Melayu Palembang iaitu Wan Namat.
Tengku Abdul Kadir adalah dianggap pemerintah Besut pertama yang bergelar Raja Palembang Pertama.
Ini berlaku pada kira-kira pertengahan abad ke-19, manakala Wan Namat pula dilantik menjadi seorang pembesar Besut.
Tengku Abdul Kadir lalu mendirikan pusat pemerintahan di sebuah kawasan yang hampir dengan tebing kiri mudik sungai Besut dan tempat itu disebut Kampung Raja.
Manakala Kota Palembang yang sedikit jauh dari Kampung Raja menjadi tempat tinggal Wan Namat.
Selepas kemangkatan Tengku Abdul Kadir, putera baginda yang bernama Tengku Ali dilantik menjadi Raja Palembang (Raja Besut) ke-2 (1861-1876).
Tengku Ali cuba memisahkan Besut daripada jajahan Terengganu yang ketika itu diperintah oleh Sultan Umar (1838-1876).
Sultan Umar lalu menghantar angkatan tenteranya yang berjumlah 8,000 orang untuk menyerang Besut.
Setelah dibedil dari laut dengan begitu hebat, orang-orang Tengku Ali terpaksa menyerah kalah dan Tengku Ali sempat melarikan diri ke Kelantan dan meninggal di sana.
Sultan Umar lalu melantik Tengku Ngah sebagai pemangku raja pemerintah Besut.
Namun tidak lama kemudian Besut diserah semula kepada pemerintah Tengku Cik Haji iaitu putera Tengku Abdul Kadir.
Namun tidak lama kemudian Besut diletakkan di bawah pemerintahan Terengganu.
Pada masa pemerintahan Tengku Cik inilah sebuah istana kayu yang indah telah didirikan.
Istana tersebut didirikan kira-kira tahun 1888 dan selepas itu baginda pun mangkat.
Kerana baginda tidak mempunyai putera, lalu dilantik Tengku Long (Tengku Seri Aria Raya) menjadi Raja di Besut.
Pada masa pemerintahan bagindalah beberapa buah istana didirikan termasuklah istana peninggalan Tengku Cik.
Oleh kerana baginda lama tinggal di situ lalu istana itu disebut Istana Tengku Long.
Tengku Long mempunyai beberapa orang putera dan puteri.
Salah seorang ialah Tengku Nik. Putera Tengku Nik yang bernama Tengku Putera Zainal Abidin Mahmud yang bergelar Tengku Seri Aria Raja berkenaan menyerahkan istana Tengku Long kepada badan Warisan Negara.
Tan Sri Mubin Sheppard merupakan orang yang bertanggungjawab memindahkan istana bersejarah itu ke tapak baru di kawasan Muzium Terengganu di Losong dekat Pulau Sekati, di daerah Kuala Terengganu.
Terdapat sebuah lagi istana yang masih kekal di Kampung Raja.
Di bekas istana itulah saya pernah bertemu bual dengan Tengku Sulaiman yang tinggal di istana tersebut pada tahun 1970-an.

Sumber Terengganu Daily

Tuesday, January 26, 2016

SIMPANAN DI TABUNG HAJI SELAMAT

Image result for bangunan tabung haji


SIARAN MEDIA
SIMPANAN DI TABUNG HAJI SELAMAT
KUALA LUMPUR, 26 Januari 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para pendeposit-nya bahawa simpanan mereka di TH adalah selamat.
TH telah menjadi sasaran pelbagai spekulasi di dalam laman-laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) .
Seperti yang telah dinyatakan oleh TH, tarikh pengumuman dan pembayaran Bonus TH adalah kebiasaannya pada suku pertama setiap tahun (Jan – Mac). TH ingin memberi jaminan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan dalam mengumumkan bonus kepada para pendeposit. Sebelum pengumuman dibuat, TH perlu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, memastikan semua proses auditan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebagai sebahagian daripada proses urus tadbir yang baik.
Tahun 2015 adalah mencabar dan hasil daripada Strategi Alokasi Aset dan Pengurusan Risikonya ia telah dapat menjana pulangan pendapatan yang baik. Walaubagaimanapun TH juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi cabaran ekonomi 2016 dan masa hadapan agar ia lebih berdaya saing untuk menghadapi situasi tersebut. Oleh yang demikian dalam menetapkan kadar bonus TH mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa termasuk pasaran saham, harga minyak dan kadar pertukaran mata wang yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
Prestasi Kewangan TH berada dalam keadaan baik disokong oleh aset-asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi. Contohnya aset tunai sahaja pada 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM10.7 bilion.
Di samping itu, pendeposit tidak perlu risau kerana simpanan mereka di TH dijamin oleh Kerajaan, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji. TH juga tidak pernah lari dari tujuan asal penubuhannya dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke 5.
Merujuk kepada surat BNM yang menyatakan nilai aset TH lebih rendah dari liabiliti, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang mencabar dan kelembapan pasaran saham. Untuk mengukuhkan kedudukan TH, BNM memberi cadangan agar mengkaji semula polisi rizab TH.
Sebagai sebuah institusi kewangan Islam berkaitan kerajaan, TH sentiasa bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan langkah dan keperluan risiko dipatuhi. TH mengambil maklum saranan BNM untuk mengkaji semula polisi rizabnya sebagai langkah penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan.
Untuk makluman pendeposit, nilai Aset TH mestilah mengambil kira keseluruhan nilai saksama potfolio pelaburan TH. Ini adalah kerana nilai aset yang dinyatakan tidak mengambil kira potfolio pelaburan seperti saham anak-anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki TH.
Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset TH adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti TH, dimana ia mengambil kira kesemua nilai saksama potfolio pelaburan TH.
Ingin saya sarankan agar para pendeposit lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui media sosial. Oleh yang demikian saya ingin menegaskan bahawa TH tidak menghadapi masalah kewangan.
Tabung Haji juga tidak pernah lupa objektif penubuhannya dalam membantu rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. Prestasi cemerlang TH serta pemberian subsidi haji dan bonus kepada pendeposit saban tahun membuktikan kedudukan Kewangan TH adalah kukuh.
Insyallah, TH akan mengumumkan bonus pada awal bulan Februari 2016 setelah melalui proses-proses dalaman dan auditan interim seperti lazimnya setiap tahun.

Tan Sri Ismee Ismail
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Kemelut Tabung Haji

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Governor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan:

1. Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2. Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya – dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3. Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4. Sekiranya semua di atas benar - apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5. Dan sekiranya di atas benar – mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6. Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Januari 2016

💻 Sumber : http://www.pas.org.my/arkib/timbpresiden/7435-tabung-haji

USTAZ CHE ENGKU - APA ITU PYRAMID ??

By Unggul Gongkiat

USTAZ CHE ENGKU - MENAFAAT MASA KAMU

By Unggul Gongkiat

Wednesday, January 20, 2016

Kenyataan Media Datuk Seri Mukhriz Mahathir Selepas Hilang Kepercayaan UMNO Kedah


Alor Star: UMNO Kedah hari ini yang mengadakan perjumpaan tertutup di Hotel Grand Alora di sini dan sepakat mengumumkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri.

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Mukriz untuk menjawab segala persoalan yang sedang bermain difikiran rakyat Kedah ketika ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, dia sudah mengetahui kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

"Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri."

"Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13," katanya.

Menurut Mukhriz lagi, seperti yang beliau nyatakan sebelum ini, dia memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya," katanya mengakhiri kenyataa media tersebut.

Sementara itu, ketika ini diperkarangan Bagunan Tunkun yang merupakan ibu pejabat UMNO Kedah telah dipenuhi rakyat Kedah yang menyatakan sokongan kepada Mukhriz untuk terus menjadi Menteri Besar. -
Sumber : Siakapkeli.my

MENU 6 PERKARA WANITA BERTUDUNG SELALU ABAIKAN DALAM PENJAGAAN AURAT..!

 BY OSCAR / INFO, ISLAM, SEMASA / 19 JAN 2016

 6 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Dalam Penjagaan AURAT..! Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh. Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat. Ada juga yang merasa cukup dengan memakai tudung sahaja, akan tetapi perkara lain tidak diambil kira. Sekarang ini ramai yang dilihat dah mula bertudung, tapi banyak juga kesalahan dalam memakai tudung kerana ramai yang ingin berfesyen bukan kerana tuntutan arahan Allah SWT. Fesyen dibenarkan di dalam Islam selama mana tidak melampau-lampau atau berlebihan serta hendaklah menepati semua syarat yang ditetapkan di dalam etika berpakaian. Jika cukup syaratnya maka tidak ada masalah untuk berfesyen. Namun, perlulah diperjelaskan beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat diperbaikinya segera. Terdapat beberapa kesilapan wanita bertudung selalu abaikan tentang penjagaan aurat.
 Antaranya ialah; 

1- BERTUDUNG, TAPI ADA RAMBUT TERJUIH KELUAR 
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari lebih-lebih lagi bila anda upload gambar di facebook.

 2- BERTUDUNG, TAPI SINGKAT, NIPIS SEHINGGA BOLEH DILIHAT SANGGUL, LEHER, TENGKUK DAN DADANYA.
 Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang dan terbelit-belit di leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. Kerana terikutkan fesyen yang mahu kelihatan bergaya, aurat ditolak tepi. Hakikat trend tudung, gadis-gadis di luar sana, ada beberapa hakikat yang anda perlu terima. Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa. Jangan tertipu dengan model tudung. Dia pakai nampak cantik sebab muka dia memang cantik. Pakai tudung dia takkan membuatkan muka anda jadi cantik secara magic. Pemakaian hijab, mesti menutup dada!

 3- BERTUDUNG TAPI MENAMPAKKAN BENTUK BADAN (BERPAKAIAN KETAT)
 Gaya ini paling ramai gadis-gadis bertudung suka pakai. Bertudung tapi bertelanjang. Tidak ada bezanya dengan perempuan FreeHair. Hanya bertudung tapi menampakkan seluruh susuk tubuhnya dengan mengenakan pakaian ketat, bajunya sendat, sempit dan nipis. Badan saiz XL tetapi pakai baju saiz S. Banyak sangat sekarang ini, atas dah elok, tapi pakai baju sendat dan berseluar ketat menampak bentuk peha serta betisnya. Apa gunanya BERTUDUNG? Ini masalahnya apabila diri kurang mendengar kuliah @ ceramah agama tentang pedihnya azab di akhirat nanti buat mereka yang mengabaikan aurat. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

4- BERTUDUNG TAPI MENAMPAKKAN LENGAN 
Mutaakhir,dilihat banyak gambar atau secara nyata, wanita Islam (Muslimah) menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’. 

 5- BERTUDUNG TAPI NAMPAK KAKI 
Kaki adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stokin kaki, tetapi wajib tutup kaki. Terpulang nak pakai kasut Phua Chu Kang ke.. janji tutup aurat (kaki). Dengan mudah fahamnya, seperti mana aurat di dalam Solat, seperti itulah Aurat di luar solat. Maka, kaki, lengan, rambut, tubuh adalah AURAT. 

6- BERTUDUNG DENGAN STYLE BONGGOL
 Fesyen Tudung sanggul bonggol unta ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai. Dalam hadis yang mengatakan : Daripada Abu Hurairah r.a : Bersabda Rasulullah s.a.w: “Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian. (H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).
 Jadi ini menunjukkan bahawa pada asalnya mereka memakai dan menutup, tetapi kaedah cara memakai itu tidak kena. Sanggulnya sepatutnya boleh diikat kecil tetapi dia sengaja membuat sanggulnya tinggi seperti thailand punya pagoda. Ini tidak dibolehkan. Apatah lagi pada hari ini mereka menjual sanggul yang sudah siap (sanggul tiruan). Kita memahami bahawasanya sekiranya rambut seseorang itu panjang maka ia perlu diikat, tetapi bukanlah mengikat secara melampau sehingga naik menonjol. Bonggol unta maksudnya ia menonjol naik. Apatah lagi bagi yang tiada rambut sangat tetapi dia sengaja pergi tambah, itu lebih kacau! 
Tambahan. ada juga yang bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Mampu menaikkan syahwat para lelaki bukan mahram adalah HARAM!
 Menjaga batasan aurat ini akan menjadi mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat ALLAH SWT. Sekiranya diikuti, pelbagai ganjaran dan pahala akan diperoleh. Namun jika batasan itu dilanggar, maka seolah-olah menempah kemurkaan ALLAH SWT. Jadi berhati-hatilah, perbetulkan perkara ini. HAWA…
 Apakah hadiah terbaik buat seseorang ayah atau suami..? “Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna”..

Sunday, January 17, 2016

AZIZAN OSMAN - TIP UNTUK TURUNKAN KOS SARA HIDUP

Minggu lepas saya ditanya tentang apa agaknya benda yang boleh dilakukan untuk turunkan kos bagi sesetengah orang di luar sana yang terasa dengan kos sara hidup yang meningkat, saya cuba fikirkan beberapa perkara dibawah ini. cuma mungkin ia boleh menaikkan darah serta susah gila nak buat dan boleh bawa gaduh untuk sesetengah orang, tapi terpulang. Ini list yang saya fikirkan. Ada sesiapa nak tambah cadangan, silakan:-
1/ Jangan guna internet selalu - banyakkan baca buku atau ngaji.
2/ Jangan hisap rokok - Saya dah lama berhenti.
3/ Jangan tengok TV - Pun saya tak tengok.
4/ Jangan buka lampu banyak sangat
5/ Jangan beli diapers tapi guna lampin macam zaman dulu - sure gaduh ni!
6/ Jangan beli susu bayi tapi beri susu badan dan pam susu xxx simpan dalam bekas yang boleh preserve susu.
7/ Jangan makan di luar. - masak dan tapau dari rumah serta bawa botol air dari rumah untuk seisi keluarga. Mulakanlah tanam cili dalam pasu atau sayur-sayur atau ulam-ulam untuk makan sendiri, nak lagi power jual kat jiran. Terangkan kepada seluruh keluarga tentang misi kurangkan kos dan perbelanjaan.
8/ Jangan berjalan di pasaraya tapi berjalan di taman bunga supaya elakkan nafsu nak membeli. Jika nak berbelanja, pastikan buat senarai dan buat perbandingan harga serta rancang bila nak berbelanja serta di mana.
9/ Jangan naik kenderaan untuk tempat yang dekat dan boleh jalan kaki atau naik motor jika ada.
10/ Jangan drive kereta laju kerana ia akan meningkatkan consumption minyak
11/ Jangan beli barang2 atau perabot baru, try kedai barang terpakai jika perlu, not bad juga barangnya.
12/ Jangan beli kereta baru kerana serta merta harga kereta tersebut akan jatuh 30% lepas kita beli. Actually, jika tidak ada keperluan atau dah ada kereta, tak yah beli kereta, bertahan dengan apa yang ada.
13/ Jangan beli buku sekolah baru. Ini saya buat masa sekolah dulu. Beli buku second hand dari senior atau pinjam jer.
14/ Jangan harap satu sumber pendapatan atau wang. Masa belajar dulu sebab mak ayah orang susah, tak adalah saya kebuluran, sebab saya ambil upah basuh baju, urut tapak kaki, tolong jual nasi goreng hostel ke hostel. Ajar tuisyen kepada junior. Tolong ambil upah gosok baju. Ramai orang malas, kita hanya perlu rajin. Nak tak nak jer!Jangan tunggu jadi Rashid baru nak mulakan berniaga. Mulakan berniaga sampingan dan dengan modal yang kecil atau mampu. Ambil upah gosok baju pun boleh jadi bisnes der.
15/ Jangan tambah hutang atau belanja "benda" yang tidak memberikan pulangan. Kurangkan berbelanja beli "benda". Banyak "benda" yang dah ada dan tidak perlu sebenarnya.
Ini 2 tambahan kemudian cadangan dari anda yang komen:-
16.. Jangan mudah terpengaruh dgn kehidupan mewah org lain. Berbelanja ikut kemampuan, bukan kemahuan....
17 Jangan ambil kad kredit...krn ia ada kemungkinan tinggi untu berbelanja pada sesuatu yg tidak perlu... duit yg xnampak ni yg mudah larut..
Ini cadangan jer. Terpulanglah nak ikut atau tidak. Walau banyak duit pun tak salah berjimat cermat.
P/S Sebenarnya, jika anda ada ilmu berniaga, lebih mudah fokus tambah pendapatan dari kurangkan kos. Sebab berapa rendahlah kos kita boleh turunkan. Tengok rakaman penuh Klinik Usahawan yang sedang kami berikan percuma di www.KlinikUsahawan.com/online

Saturday, January 16, 2016

MEREKA MUNCUL DI CELAH ORANG RAMAI LALU MENEMBAK MEREKA YANG TIDAK BERDOSA...MASUK SYURGA?

Unggul Gongkiat  shared Syahril A. Kadir's post.


Mereka mengaku berjuang demi Islam, tetapi bukan ke Tel Aviv. Mereka mengaku mahu membantu rakyat Syria, tetapi memilih Jakarta. Mereka mengaku mahu menegakkan Islam, tetapi membunuh mereka yang tidak berdosa. Mereka mahu masuk ke syurga, tetapi membunuh sesama agama.
Mereka kata mereka berani, tetapi memilih menembak curi. Mereka mengaku untuk berjihad, tetapi membunuh diri. Mereka mahu Islam dipandang tinggi, tetapi hanya mengundang benci!
Agama Islam tidak menyuruh kita menganiaya. Agama Islam tidak suruh kita menzalimi. Agama Islam tidak suruh kita berbuat apa saja hanya kerana hendak mendiami firdausi. Agama Islam tidak suruh kita mencipta huru-hara demi mencapai darjat keimanan dan ketinggian budi!
PERCAYALAH. Mereka ini hanya menggunakan agama. Mereka ini hanya bertopengkan agama. Mereka ini syaitan yang berwajah manusia.
Ancaman pengganas IS itu benar. Ancaman Syiah itu benar. Ancaman Zionis itu benar.
Jangan tertipu dengan dakyah mereka, sebab itu PDRM walau dihina, dikeji, dikutuk dan dibenci TETAP memburu mereka yang terlibat dalam aktiviti pengganas ini hingga ke lubang cacing. Jangan ingat kita boleh bebas daripada ancaman ini. Kenal Dr. Azahari? Kenal Noordin Mat Top? Mereka ini terbunuh setelah mengetuai dan melakukan pembunuhan serta pengeboman di rantau ini atas nama jihad. Dari mana asal mereka - MALAYSIA.
Kita makin 'hampir'...apa yang berlaku di Bali, di Jakarta LANGSUNG TIDAK MUSTAHIL berlaku di Kuala Lumpur. Bantulah badan perisikan negara, bantulah Angkatan Tentera Malaysia, bantulah Polis Diraja Malaysia. Bantulah mereka untuk membantu kita. Jangan hanya bila berlaku di depan mata - baru kita tersedar yang kita telah alpa!
.
SAK: Gambar bagaimana dua terorist yang muncul di celah-celah orang ramai sebelum melepaskan tembakan dan membunuh anggota polis di Jakarta semalam. (pix by TEMPO.CO)
‪#‎prayforjakarta‬ ‪#‎jakarta‬

Wednesday, January 13, 2016

AMALAN REZEKI MELIMPAH

Unggul Gongkiat  shared Incik Kimi's post.
·
Suatu masa dulu dalam poket den hanya ada RM 10, kadang takda langsung.
Kawan ajak holiday den tolak, bukan taknak pergi. Duit takda
Orang ajak pergi kenduri kahwin, den tolak bukan taknak pergi. Duit takda
Kawan ajak melepak pun den tolak pasal duit takda
Orang beraye den lari duk umah hahaha pasal takda mood nak beraye
Kemudian den doa satu perkara yang mustahil, doa den cukuplah diberikan rezeki yang mencukupi buat masa sekarang, jadikanlah dia tak habis habis walaupun sedikit......
Alhamdulillah, sehari collect dlm purata RM 300 - RM 600 thorsyukur lah sangat sangat.
Usaha ???
Siyes den baru usaha takat 30% - 40% je, belum all out lagi. Walaupun kadang takda masuk, tapi alhamdulillah sikit rasa banyak grin emoticon
‪#‎PowerOfDoa‬

Tuesday, January 12, 2016

PEDIHNYA SAJAK A.SAMAD SAID... HAI MELAYU..

Unggul Gongkiat  shared Mat Datar's photo.



PEDIHNYA SAJAK A.SAMAD SAID...
HAI MELAYU..
berubah lah sempena tahun baru..
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
Orang bangla pula menjadi Jaga,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung jaja karpet merata,
Lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik dada?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang,
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang di cabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar,
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus di guris,
Bersatulah melayu! kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita...
*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI

Asal usul Dato Seri Vida

Unggul Gongkiat  shared Ratu Naga's post.


Ratu Naga
Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
"Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.
"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
"Ini kerana saya selalu fikir sampai bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.
Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
"Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.
"Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.
"Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.
Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
"Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh," katanya rancak bercerita.
Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.
Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.
Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.
Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.
"Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.
"Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
"Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota," katanya serius.
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.
Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
"Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
"Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.
Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.
Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
"Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.
"Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti," katanya sayu.katanya sayu.
Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.
Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.
Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.
Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.
Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.
Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.
"Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.
"Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya. - MalaysiaGazette

Saturday, January 9, 2016

RISIKO MEMAKAN MAKANAN KELMARIN

Mami Cynthia added 2 new photos.
"SHARING
Mama dari wanita 19 tahun ini mengidap kanker
lambung akibat terlalu sering makan makanan
sisa kemarin. Berat badannya dari 60 kg turun
menjadi 28 kg dalam 1 tahun. Akhirnya
meninggal. Karena itulah dia dengan sangat
serius memperingati semua orang untuk tidak
melakukan hal yang sama lagi.
Dalam komennya dia berkata :
Setiap kali kamu memanaskan sayur lauk sisa
kemarin, itu akan menyebabkan nitrite bertambah.
Nitrite yang terkandung di dalam makanan jika
dikonsumsi dalam jangka waktu yang lama, akan
menjadikan itu sebagai racun dan menyebabkan
kanker. Semoga setiap keluarga tahu akan hal ini,
jangan lagi makan makanan sisa. Dalam kondisi
sekarang, makanan sisa sering dianggap sepele
dan masih dikonsumsi. Mama dari wanita ini mengindap kanker lambung,
kemoterapi juga sudah dijalankan 8 kali dan
mengikuti program pemulihan, namun karena
terlalu ganas kanker yang ada dalam tubuhnya
membuat beliau meninggal.
Meskipun mama dari wanita ini meninggal akibat
kanker lambung, tetapi soal sebab akibat oleh
makanan sisa kemarin masih dilakukan
konfirmasi. Dalam segi gizi dan nutrisi, memang
benar makan makanan sisa akan menghasilkan
racun dan membuat lambung usus kita sakit.
Share cerita ini untuk memperingati teman –
teman yang lain untuk tidak makan makanan sisa
lagi ya.
sumber Aduii cry emoticon Amen :

Tuesday, January 5, 2016

Monday, January 4, 2016

4 Makanan Ini Bersihkan Paru-Paru Dalam 72 Jam, Perokok Wajib Baca!


Bahkan para perokok pun tahu bahaya merokok bagi kesehatan tapi tidak semua dari mereka mampu berhenti terutama jika telah menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun. Di artikel pengensehat.com kali ini kita akan membahas empat jenis makanan yang terbukti dapat membersihkan paru-paru secara instan. Semua perokok wajib membaca artikel ini.

Salah satu dampak paling merugikan dari rokok adalah efek candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah nikotin yang merupakan zat adiktif yang menimbulkan perasaan candu dalam diri perokok. Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimiawi dalam otak terutama hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan bahagia.



Makanan untuk membersihkan paru-paru

Jika seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk memproduksi sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sadar kemudian terus menerus meminta agar dopamin diproduksi lebih banyak, caranya dengan terus menambah asupan rokok.

Sayangnya kebiasaan merokok ini berdampak pada organ tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandung ratusan zat kimia berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, timbal, dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan meracuni tubuh sendiri.

Sebuah penelitian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok. Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko mengalami kanker paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok, dimana sebagian besar kasus kanker paru-paru baru muncul ketika perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.

Selain kanker, perokok juga berisiko mengalami infeksi paru-paru yang ditandai dengan gejala batuk menahun dan sering bercampur darah. Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru jadi rusak sehingga tidak dapat berfungsi normal dan akhirnya akan menimbulkan komplikasi pada jantung.

Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas selain berhenti merokok secara total dan mulai menjalani gaya hidup yang sehat. Tapi bagi anda yang masih sangat sulit berhenti merokok, di bawah ini beberapa jenis makanan yang bisa anda konsumsi untuk membersihkan paru-paru anda dari racun dan zat kimia berbahaya.

4 Makanan Untuk Membersihkan Paru-Paru

Kabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan beberapa jenis makanan yang terdiri dari buah dan sayuran yang mengandung zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimiawi dari rokok secara instan. Berikut ini daftarnya:

1. Jahe

Jahe memiliki sifat antiseptik dan antibakteri dan juga membantu saluran bronkial untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dari paru-paru. Manfaat yang umumnya langsung terasa oleh perokok setelah mengonsumsi jahe adalah pernafasan jadi lega dan plong. Cara terbaik untuk mengonsumsinya adalah dengan mengunyah sepotong jahe segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.

2. Jeruk bali

Jeruk bali memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesehatan terutama untuk melawan kanker paru-paru. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan yang dapat membantu tubuh mencegah sel kanker tumbuh tak terkendali.

Menurut seorang peneliti bernama Dr. Corrine Hanson, grapefruit atau jeruk bali juga kaya vitamin C yang menyebabkan buah ini memiliki kemampuan menghambat kerja enzim yang dapat mengaktifkan sel kanker paru-paru. Perbanyaklah mengonsumsi jeruk bali jika anda seorang perokok aktif.

3. Selenium

Selenium adalah mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam memperkuat membran paru-paru. Hasil penelitian menyebutkan kadar selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel kanker. Artinya jika selenium banyak maka sel kanker akan menurun atau bahkan hilang, begitu pula sebaliknya.

Mineral Selenium banyak ditemukan dalam semangka, jamur, tiram, bayam dan ubi jalar. Jika anda seorang perokok, anda wajib mengonsumsi makanan-makanan tersebut untukmeningkatkan daya tahan tubuh dan membersihkan paru-paru anda dari racun.

4. Bawang Putih

Sebuah penelitian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention di China. Hasil riset menyebutkan rajin mengonsumsi bawang putih minimal dua kali seminggu dapat menurunkan akan menurunkan risiko kanker paru sampai 44%.

Bawang putih diketahui mengandung antioksidan yang dapat mengurangi radikal bebas dalam tubuh dan mengandung senyawa allicin yang berfungsi untuk menghilangkan inflamasi dalam tubuh.

Demikian empat buah makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari racun akibat merokok. Selain keempat makanan tersebut, anda juga bisa mengonsumsi sirsak sebagai pengobatan penyakit kanker. Semoga bermanfaat, jangan lupa klik like dan sebarkan artikel ini ke teman anda yang perokok aktif. 
 
Sumber : easykliks.blogspot.my

Honda Malaysia hikes prices from January 1, 2016

Honda models in Malaysia are going to cost buyers more from January 1, 2016 - find out by just how much here.




source :paultan.org

USTAZ DR RIDUAN MOHD NOR - SUASANA PELARIAN SYRIA

By Unggul Gongkiat


Ustaz Riduan Mohd Nor dalam forum di Masjid Jamek Pengadang Baru menceritakan suasana pelarian Syria.