Saturday, December 20, 2014

TARIKH BAYARAN PENCEN KAKITANGAN KERAJAAN MALAYSIA 2015





Pembunuhan Kejam Pengasas Bank Melayu Pertama

Bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur, nama Jalan Maarof bukanlah satu nama yang asing. Jalan Maarof yang terletak berdekatan Dataran Maybank Bangsar ini diambil bersempena nama seorang tokoh ekonomi melayu yang merupakan pengasas Bank Kebangsaan Melayu yang terletak di Klang Street.
Di era pra-kemerdekaan,orang melayu menghadapi kesukaran dalam urusan ekonomi terutamanya bagi urusan membuat pinjaman daripada bank.Pada waktu itu,hanya terdapat 2 buah iaitu The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.Namun,kedua-dua bank ini tidak memberi kemudahan pinjaman wang kepada orang melayu pada waktu itu.Hal ini menyebabkan ramai orang melayu terpaksa beralih angin kepada ceti-ceti haram yang memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tinggi.

maarof zakaria dibunuh
Keratan akhbar berita pembunuhan Maarof Zakaria

Maarof Zakaria(Allahyarham),seorang bekas peguam dan pegawai daerah di Perak yang hidup sezaman dengan nasionalis negara seperti Pak Sako(Ishak Haji Muhammad),melihat perkara ini sebagai satu kemelut ekonomi melayu yang perlu diselesaikan sebelum ia bertambah meruncing.
Dan hasilnya,pada bulan Julai 1947, sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh beliau di atas sebidang tanah berkeluasan 27 ekar. Bank ini telah membuka saham bernilai 2 juta khas untuk orang Melayu pada ketika itu.Pada beliau(Maarof),sebagai tuan tanah(Tanah Melayu),orang melayu perlu bijak menguasai bidang ekonomi sebelum dapat menguasai lain-lain bidang seperti politik.
Namun,langit tak selalunya cerah. Selepas 6 bulan beroperasi, Allahyarham telah ditemui mati dan mayatnya digantung di dalam hutan berdekatan Lake Garden.Hasil siasatan polis,pembunuhan tersebut tidak bermotifkan rompakan atau samun kerana jam tangan Rolex dan wangnya tidak diambil.Jelas,ini merupakan satu konspirasi pembunuhan terancang dalam usaha menghapuskan tokoh ekonomi melayu itu.
Siapa pembunuhnya?? Itu misteri yang masih belum dapat diselesaikan sehingga kini..Alfatihah untuk Allahyarham Maarof..
p/s: Seniman Mustapha Maarof merupakan anak kepada Allahyarham.

sumber waszap.com

Sunday, December 14, 2014

Perbicaraan Mat Sabu: Saksi kata Saidi orang Umno

HARAKAHDAILY | .
KUALA TERENGGANU: Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyaksikan saksi pendakwa mengaku beliau tidak membuat laporan polis meskipun laporan polis kononnya atas nama beliau wujud dan dikemukakan di mahkamah.
Saksi pendakwa tersebut berkata demikian ketika beliau disoal balas oleh peguambela Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini.
Saksi tersebut adalah Puan Azlas Jaafar, 65, merupakan saksi ke-10 pihak pendakwa dalam kes pendakwaan ke atas Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.
Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa kononnya menfitnah anggota anggota polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka semasa menyampaikan ceramah di Kg Jarak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada bulan 21 Ogos 2011.
Di dalam keterangan semasa disoal oleh pihak pendakwa, Yusaini Amir, saksi tersebut menyatakan beliau tidak pernah membuat laporan polis ke atas ucapan Mat Sabu tersebut apabila ditanya soalan adakah beliau ada membuat laporan polis.
Saksi tersebut juga menyatakan dia tidak boleh menulis dan membaca dan dia juga tidak pernah mendengar ucapan Mat Sabu malahan tidak mengenali pemimpin PAS tersebut.
Saksi menyatakan ada orang beritahu beliau Mat Sabu telah menghina bapa beliau yang menurut beliau telah meninggal dunia pada tahun 1950 kerana diserang komunis di Bukit Kepong.
Peristiwa Bukit Kepong bagaimanapun berlaku pada bulan Februari tahun 1951.
Semasa disoal balas oleh Hanipa Maidin, saksi mengaku dia tidak membuat laporan polis namun apabila Hanipa menunjukkan laporan polis yang mengandungi nama beliau, saksi menyatakan itu bukan laporan beliau kerana beliau tidak buat laporan polis dalam sebarang masa.
Hanipa kemudian menyoal seperti berikut:
Hanipa: Mak cik Azliza, mak cik kata tidak pernah buat laporan polis, boleh terangkan bagaimana boleh wujud laporan polis atas nama mak cik ya?
Saksi: Saya tak tahu...mungkin jiran saya yang buat laporan itu.
Hanipa: Siapa nama jiran mak cik itu ya?
Saksi: Nama dia Saidi.
Hanipa: Saidi ni orang Umno kan mak cik?
Saksi: Ya, dia orang Umno.
Hanipa: Jadi Saidi Umno ni lah yang mak cik kata mungkin membuat laporan polis guna nama mak cik tanpa pengetahuan mak cik.
Saksi: Ya.
Hanipa: Mak cik pernah ke mendengar ucapan Mat Sabu dalam sebarang masa?
Saksi: Tak pernah.
Hanipa: Apabila tak pernah dengar, maka mak cik sendiri tak tahu lah apa sebenarnya yang Mat Sabu cakap kan... betul atau tidak mak cik?
Saksi: Betul.
Hanipa: Maknanya juga apa yang mak cik kata tadi bahawa Mat Sabu hina ayah mak cik juga pun tak betul lah mak cik sebab mak cik sendiri pun tak pernah dengar ucapan Mat Sabu.
Saksi: (Angguk kepala)
Apabila disoal semula oleh pendakwa tentang wujudnya tandatangan dalam laporan polis yang mengandungi nama saksi tersebut, saksi menjawab bahawa tandatangan tersebut bukan tandatangan beliau.
Selepas mendengar jawapan tersebut pendakwa menyatakan kepada mahkamah bahawa mereka tidak ada soalan lain kepada saksi tersebut.
Untuk rekod sebelum ini beberapa orang saksi pendakwa juga memberi keterangan yang dilihat begitu pelik.
Antaranya saksi Nazir Bin Yusuf telah memberi keterangan yang menyatakan dalam laporan polis beliau bahawa beliau menonton sedutan ucapan Mat Sabu yang disiarkan oleh TV3 dalam berita jam 8 malam pada 21 Ogos 2011 yang beliau dakwa memfitnah ayah beliau.
Bagaimanapun apabila disoal oleh Hanipa macam manakah TV3 boleh menyiarkan ucapan Mat Sabu pada jam 8 malam 21 Ogos 2011 sedangkan Mat Sabu hanya mula berceramah jam 11 malam pada tarikh 21 Ogos 2011 tersebut, saksi dilihat terkapai-kapai nak menjawab.
Begitu juga saksi pendakwa yang lain juga mengakui bukan Mat Sabu yang memfitnah polis Bukit Kepong sebaliknya menurut saksi tersebut, pembaca berita iaitu seorang singh yang fitnah polis.
Saksi pertama pendakwa, bekas anggota polis berbangsa India yang tinggal di Raub, Pahang pula mengakui bukan Mat Sabu yang fitnah polis tetapi dialah yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis beliau.
Malahan saksi itu minta maaf kepada Mat Sabu dan juga meminta Hakim tarik balik pendakwaan dan bebaskan Mat Sabu.
Saksi tersebut juga menyatakan dalam mahkamah "Mat Sabu is my brother now!".
Perbicaraan kes di hadapan Hakim Tuan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi akan disambung semula pada 16 Jan depan di Mahkamah Sesyen Butterworth di mana pendakwa memaklumkan kepada mahkamah mereka bercadang memanggil saksi terakhir mereka iaitu Prof Khoo Kay Kim.
Mat Sabu diwakili oleh tiga orang peguambela iaitu Nasar Khan, Aminuddin Zulkifli dan Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 14/12/2014

Saturday, December 13, 2014

Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu

LAN JUSOH | .
KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy (gambar) apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Tokoh PAS  itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato’ Abdul Rahman Yassin, Dato’ Abu Samah Ali dan Dato’ Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada  17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.

"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.  Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.

"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam  perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon,” kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.

Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.

Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.

Perasmian penutup seminar tersebut disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Muhamed Fadzli Hassan.

Subky berkata, Dr Burhanuddin dan Ibrahim Yaakub tidak sempat memproklamirkan kemerdekaan Tanah Melayu, biar pun pada masa yang sama Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia.

"Dasar berlembut Jepun digunakan peluang oleh Dr Burhanuddin bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

"Beliau bersama Ustaz Abu Bakar Bakir mengadakan pertemuan sulit di Gunung Semanggol bagi mendesak Jepun menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu,” katanya.

Menurutnya juga, Dr Burhanuddin pernah terlibat dengan penerbitan akhbar Warta Malaya yang diketuai Dato’ Onn Jaafar.

Dr Mohamad Muzammil pula berkata, Dr Burhanuddin menggunakan peluang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu bagi mencapai kemerdekaan bersama Indonesia.

Sementara itu ketika memberikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Nassuruddin Daud berkata, PAS sejak sebelum  merdeka lagi sudah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menuntut kemerdekaan negara.

"Dr Burhanuddin mempelopori kerjasama PAS dengan mana-mana parti termasuk bukan Islam dan badan-badan bukan kerajaan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu," katanya. - HARAKAHDAILY, 12/12/2014


Thursday, December 4, 2014

Mahkamah Persekutuan sedang siapkan penghakiman kes Anwar


SURIATI SIDEK AHMAD | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.
  
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih  menyiapkan penghakiman mereka.
  
"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.
  
Arifin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.
  
Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiaga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
  
Arifin menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.
  
"Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu," katanya.
  
Pada 7 Nov, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan kes itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam termasuk tiga anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo serta peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
  
Pendengaran rayuan itu yang pada awalnya ditetapkan dua hari mulai 28 Okt telah berlarutan selama lapan hari berikutan pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan panjang lebar dan mengemukakan banyak rujukan kes undang-undang dalam rayuan itu.
  
Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, akan akan membuat keputusan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya. - Bernama