Thursday, November 13, 2014

RAMAINYA WIRA WIRA YANG TAK DIDENDANG BERKUBUR TANPA 'NESAN' ... SARJAN HASSAN - LAST POST ~ SALUTE



RAMAINYA WIRA WIRA YANG TAK DIDENDANG BERKUBUR TANPA 'NESAN' ... SARJAN HASSAN - LAST POST ~ SALUTE
Anak kelahiran Kampung Pantai dianugerah Military Medal pada 1953
UMUM mengenali Sarjan Hassan sebagai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang digarap berdasarkan kisah seorang anggota Askar Melayu yang tidak mengenal erti gentar ketika menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.
Filem perang itu begitu popular pada awal 60-an, tetapi kisah yang dipaparkan itu agak menyimpang jauh daripada kisah sebenar liku hidup Sarjan Hassan Othman yang dipaparkan kali ini.
Sarjan Hassan dianggap patriot terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953.
Beliau dilahirkan pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, tidak jauh dari Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan darjah lima Sekolah Melayu. Allahyarham Sarjan Hassan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan tentera pada 21 Disember 1946 sebagai rekrut Askar Melayu dan menjalani latihan di Port Dickson selepas berlaku satu peristiwa ngeri yang mengorbankan isteri dan keluarganya.
Usaha menjejak sejarah perjuangan dan susur galur patriot ini bukan tugas mudah sehingga penulis mengambil masa hampir sebulan membuat rujukan di pusat sumber serta merisik di kawasan perkampungan asal Allahyarham.
Penulis juga berusaha mengesan saudara mara Allahyarham di Kampung Pantai dan Rasah yang dikatakan tempat tinggal terakhirnya.
Bagaimanapun, seorang penduduk asal Kampung Pantai, Ishak Harun, 72, ketika ditemui berkata, melalui cerita orang lama yang didengarnya, Allahyarham begitu bersemangat untuk memburu pengganas selepas beberapa ahli keluarganya, termasuk isterinya dibunuh dengan kejam oleh komunis.
"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada Allahyarham yang berasal dari kampung ini adalah Sarjan Hassan yang kisahnya difilemkan itu atau Hassan lain," katanya.
Katanya, sepanjang pengetahuannya, tiada juga sebarang peninggalan seperti rumah atau tinggalan lain milik keluarga Sarjan Hassan untuk menyokong bukti yang Allahyarham dilahirkan dan pernah menetap di kampung berkenaan.
Rujukan di Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson berjaya menyingkap sedikit kisah latar belakang Sarjan Hassan yang memang menunjukkan Allahyarham berasal dari Kampung Pantai.
Sebaik menamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, Hassan menyertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik menjadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat Koperal pada 24 Oktober 1950.
Kesungguhannya yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan membolehkan pejuang itu dinaikkan pangkat Sarjan mulai 1 September 1952 dan terus mencurahkan bakti kepada Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.
Kompeninya ditugaskan beroperasi di kawasan Triang, Pahang, bermula pada 16 November 1953 dengan Allahyarham dilantik mengetuai pasukan rondaan mengandungi sembilan anggota selepas menerima arahan daripada Pegawai Memerintah.
Satu daripada kisah keberaniannya adalah ketika diarahkan mengetuai pasukannya menyiasat bunyi tembakan yang didengar dari arah barat daya satu kawasan hutan di Triang
Selepas satu jam meninggalkan pangkalan, peninjau kumpulan ronda mendengar bunyi pokok ditebang, lantas Sarjan Hassan memerintahkan pasukannya merangkak ke hadapan dalam barisan menghala ke arah bunyi potongan pokok berkenaan.
Dalam jarak kira-kira 150 meter dari bunyi potongan itu, Allahyarham menghentikan pergerakan anggota ronda dan memerintahkan seorang pegawai tidak bertauliah dalam platunnya membentuk satu kedudukan serang hendap.
Sarjan Hassan membawa seorang anggota berpangkat prebet mengikuti di sebelah kanan sasaran bagi membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan mendapati beberapa pengganas komunis sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan khemah.
Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menyerang pasukan pengganas berkenaan bersama anggota prebet terbabit dari arah strategik, yang akan membolehkan pengganas ditawan atau ditembak oleh anggota pasukannya yang lain jika melarikan diri.
Bagaimanapun, kehadiran beliau bersama prebet berkenaan disedari seorang pengganas yang terus mensasarkan laras senapangnya ke arah mereka, tetapi Allahyarham lebih pantas melepaskan tembakan yang berjaya membunuh pengganas terbabit.
Seorang lagi pengganas juga berjaya dibunuh Sarjan Hassan, manakala dua rakan mereka melarikan diri ke arah kedudukan kumpulan serang hendap dan menerima nasib yang sama di tangan anggota kumpulan platun pimpinan Allahyarham.
Sarjan Hassan menunjukkan keberanian yang tinggi dalam membuat keputusan menyerang perkhemahan pengganas walaupun hanya disertai seorang anggotanya.
Kemahiran menggunakan senjata dengan baik memberikan kelebihan kepada beliau ketika berdepan saat cemas dan kecekapan itu berjaya menyelamatkan nyawa seorang anggota lain.
Kejayaan berkenaan dicapai melalui ketenangan dan kepantasan bertindak serta perhitungan muslihat yang tepat dan bijak di samping kemahirannya menguasai suasana hutan tebal yang cukup tinggi.
Kelebihan itu membolehkan Sarjan Hassan mendedahkan semua empat pengganas yang ditemuinya dan menentukan mereka tidak terlepas daripada kumpulan rondaannya.
Dinaikkan pangkat Leftenan Muda pada 1957
MAKLUMAT dari Muzium Negeri Sembilan dan Muzium Tentera Darat merekodkan Sarjan Hassan pernah menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu selama tiga tahun dari 1950 hingga 1953 dan secara peribadi dikatakan berjaya membunuh 11 pengganas.
Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan beliau berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatannya dan atas kecemerlangan itu, Sarjan Hassan disokong Pegawai Memerintah Batalion, Leftenan Kol EA Hefford dianugerahkan Military Medal (MM) pada 30 Disember 1953.
Beliau menerima pengiktirafan itu apabila Ratu melalui London Gazette menganugerahkan MM kepada Sarjan Hassan pada 12 Mac 1954 yang disampaikan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King's House, Kuala Lumpur.
Selain MM, Sarjan Hassan juga dianugerahkan General Services Medal dan Mention in Despatches oleh Kerajaan British pada 1950 dan 1952 kerana keberaniannya ketika berhadapan dengan pengganas komunis sewaktu menjalankan operasi.
Di atas kejayaan dan kecemerlangannya itu, beliau terpilih mengikuti latihan kadet Federation Training Wing di Port Dickson mulai 10 Jun 1957 dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu pada 7 Ogos tahun berkenaan.
Allahyarham juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Water Fall Estate, Rawang Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Beliau kemudian ditugaskan di Briged Kedua Infantri pada 4 Disember 1959 dan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 5 Ogos 1962 selepas berkhidmat selama 16 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai Kapten.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya, Aishah Bujang yang dikatakan berasal dari Kampung Rasah yang dikahwini pada 20 Januari 1952, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan.
Pejuang negara ini menghembuskan nafas terakhir pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Besar Seremban (sekarang Hospital Tuanku Jaafar) dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, tetapi usaha menjejak makamnya juga menemui jalan buntu.
Antara anugerah lain yang diperoleh beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Ahli Mangku Negara (AMN).
P/S: SARJAN Hassan ketika menerima anugerah Military Medal dari Leftenan Kol EA Hefford.

Sumber FB

Wednesday, November 5, 2014

Gambar: Cerita Ustaz Yang Menemui Adik Rafikin


rafikin4
Ni gambar aku amik masa ustaz ni azan. Lepas azan 3 kali angin kuat menyapa dan masa tu ustaz ni berkomunikasi dengan benda tu. Bawah jambatan tu la diorang ada terdengar seperti orang menangis minta tolong tapi cari punya cari tapi tak jumpa.
Aku yang terlibat dalam operasi ni pun macam tak caya. Kata ustaz tadi takda mende pun (dia macam menyembunyikan sesuatu). Korek punya korek. Ustaz tu cerita ada 3 orang, dua lelaki dan seorang perempuan tua.
Seorang budak remaja perempuan, cucu kepada si tua tadi berkenan dengan arwah. Macamana cucu tu leh berkenan dengan arwah Ustaz tak cerita sebab ustaz pun tak tahu. Dekat-dekat kawasan tu ada pintu gerbang alam kita dan alam dia. Kedudukan gerbang tu depan sedikit dari jambatan gantung yang kedua. Al Fatihah kepada adik Ahmad Rafikin. Semoga keluarga tabah.
rafikin5
rafikin6
Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.
Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita.
Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Berikut merupakan cerita kawan kepada ustaz yang menemui jenazah arwah Ahmad Rafikin.
rafikin7
Sumber:Pahang2day

Sunday, November 2, 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.