Wednesday, April 27, 2011

Sungai Terengganu Kini

Laluan Pesisir Sungai

Sungai Terengganu

Jejantas Ke Sungai

Kawasan Parking

Bangunan Lama Kampong Cina Kuala Terengganu
Pemandangan yang menarik daripada Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu  hingga ke Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu melalui tepi sungai. Kerajaan telah membuat penambakan tanah ditebing sungai  di belakang bangunan lama Kampong Cina.Dahulunya Kampong China terletak ditebing Sungai.Pembinaannya bersesuaian dengan nama Bandaraya Kuala Terengganu sebagai "Kuala Terengganu Bandaraya Pesisir Air".

Kenderaan telah boleh melaluinya semenjak beberapa bulan yang lalu.Kawasan meletak kenderaan pun ada disediakan.Walaupun projek ini belum siap sepenohnya tetapi ramai orang berkunjung terutamanya pada hari minggu.Mungkin suatu hari nanti anda juga akan berkunjung kesini.

Tuesday, April 19, 2011

Sebahagian Daripada Pesisir Air Sungai Terengganu

Restoran Terapung Di Persisir Air Sungai Terengganu

Pemandangan Di Persisir Air
Sungai Terengganu

Jeti Syah Bandar

Feri Penumpang Ke Pulau Redang

Bot Penumpang

Bahagian Belakang Bamgunan Pasar Payang Kuala Terengganu

Bot Penumpang Berulangalik daripada Kg Seberang Takir ke Bandaraya K.Terengganu

Tempat Menunggu Bot

Pemandangan di persisir sungai Terengganu yang dirakamfoto dekat bangunan Restoran Terapung.Kelihatan bot-bot membawa penumpang ulangalik daripada Seberang Takir ke Bandaraya Kuala Terengganu.Pergerakan Feri daripada Jeti Syah Bandar ke Pulau Redang.Air Sungai Terengganu sangat bersih dan jernih.

Monday, April 18, 2011

Bazar Warisan Kuala Terengganu

Di Belakang Bangunan ialah Bukit Puteri
Sebahagian Bangunan Bazar Warisan
Bangunan  Bazar Warisan
Bangunan Bazar Warisan

Bukit Puteri


Salahsatu Laluan Masuk Ke Bazar
 Bazar Warisan merupakan satu bangunan baru yang menjadi tarikan pelancung  di Kuala Terengganu.Terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang..Reka bentuk bangunan berasaskan rumah tradisional Terengganu.

Dalam bazar ini beraneka produk keluaran tempatan dijual termasuk batik,songket,tembaga,produk makanan dan banyak lagi.Para pengunjung boleh membelibelah dengan selesa kerana bangunan tiga tingkat ini disediakan tangga bergerak

Selepas berpusing-pusing di Bazar Warisan jangan lupa berkunjung ke Pasar Payang pula.Disini pun semua ada.Selamat datang ke negeri Terengganu  bersama keluarga anda.

Wednesday, April 13, 2011

Majlis Perpisahan Unggul Kerana Persaraan

Sebahagian Daripada Keluarga DCA Terengganu
Unggul Menyampaikan Ucapan

Pengurus DCA Terenggnu YM Ku Amir bin Ku Mansor (berbaju gelap) Bersama Unggul
Pengurus DCA Terengganu Mengulurkan Hadiah Kepada Unggul
Encik Wan Latiff Penyelia TM Airport Menyampaikan Hadiah Kepada Unggul
Sebahagian Daripada Keluarga Warga DCA Terengganu
Daripada kiri Unggul,Anak,Isteri dan Berbaju Hijau Isteri Pengurus DCA Terengganu
Memotong Kek Untuk Ulang Tahun ke 58
Salam Perpisahan Unggul dengan PPKTU En Azmiruddin Mat Zin

Salam Perpisahan Bersama PPKTU En Hezaimi A.Razak Timbalan Pengurus DCA Terengganu

Salam Perpisahan dengan Pengurus DCA Terengganu YM Ku Amir Ku Mansor


Isteri Unggul (baju merah) bersama Isteri Pengurus DCA Terengganu (baju hijau)

Bersama dengan PPKTU En Ahmad Bukhari Osman
Bersama En Syazrul Jurutera AAT Kuala Terengganu

Bersama Supervisor AAT Terengganu En Aznan

Pada 7hb April 2011 hari Khamis diadakan Majlis Perpisahan Unggul kerana persaraan.Majlis ini anjuran Kelab Sukan Kakitangan DCA Terengganu.Kehadiran termasuk ahli keluarga DCA Terengganu,Unit Teknikal yang membuat kerja pembaikan peralatan DCA iaitu Telekom Malaysia dan Advanced Air Traffic System dan lain lain unit.

Unggul ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat sahabat yang bertungkuslumus menjayakan majlis yang penoh warna-warni ini.Bukanlah kerja mudah untuk membuat persiapan dan menyediakan hidangan untuk majlis ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas ucapan Pengurus DCA yang memberi perhargaan atas perkhidmatan saya disini.Katanya sekiranya ada majlis kakitangan DCA Terengganu,orang lama akan turut dijemput.

Terima kasih saya kepada sahabat sahabat yang memberi hadiah samada didalam majlis ataupun diluar majlis.
Kalau nak jumpa saya, cukup mudah, lawat saja laman Facebook atau Blog saya.

Semasa kita bersama akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Friday, April 8, 2011

Punch Kad Terakhir Unggul

Menara Kawalan Daripada Belakang Kompleks Menara Kawalan DCA K.Terengganu
Kawasan Pemakiran Pesawat
Pesawat AIRASIA Di Atas Parking Apron
Unggul Mengetik Kad Perakam Yang Terakir Menjelang Persaraan

Pada 7hb April 2011 merupakan hari terakhir bertugas di Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.Berkhidmat selama 38 tahun sebagai Air Traffic Controller. Hati ini terusik jua apabila meninggalkan tugasan ini.Kenangan  bersama rakan-rakan setugas,bersama pilot,bersama bahagian sokongan teknikal,bersama dengan kakitangan Malaysia Airports Berhad ,bersama Sekolah Latihan Penerbangan dan Syarikat Penerbangan akan menjadi ingatan sampai bila-bila.

Bangunan Menara tempat bertugas dan pesawat - pesawat merupakan pemain utama dalam pengawalan trafik udara.

Begitulah kitaran dunia,setiap permulaan tentu ada garis penamatnya.Saya rasa bangga menjadi seorang Controller.Gaji lumayan,ada elaun rating,elaun insentif .elaun kritikal,dan lain lain elaun.Sekiranya anda berminat cuba cari post terdahulu didalam blog ini berkaitan dengan tugas dan kerjayanya.