Monday, March 28, 2011

Batu Bersurat Asal (Original)

Batu Bersurat Original
Kandungan Batu Surat Di Rumikan
Di Belakang Unggul Terletaknya Batu Bersurat Di Dalam Almari Kaca.
Sekiranya anda berkunjung ke Kuala Terengganu,jangan lupa untuk menzirahi Batu Bersurat Piagam Terengganu original yang di pamirkan di Muzium Negeri Terengganu.Unggul mengambil peluang bergambar disini semasa menghadiri seminar Batu Bersurat.Ramai pelawat berkunjung ke Muzium ini.Anda bila lagi?

Seminar Batu Bersurat di Muzium Negeri Terengganu

Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah.Pengarah Muzium Negeri Terengganu
Y.Bhg.Prof. Dr Abdullah@Alwi (kiri bersongkok), En Fauzi Muda (Tengah-Timbalan Pengarah Muzium) dan Y.Bhg Prof Madya Dr Rahim Affandi
Unggul Turut Menyertai Seminar Mewakili Jabatan Penerbangan Awam Terengganu

Seorang Pelajar IPTA Mengemukakan Soalan-Soalan

Y Bhg Dato Prof Abd Razak bin Salleh
Y Bhg Prof Dr Muhamad Zainy bin Uthman

 
Majlis Perasmian Seminar Batu Bersurat Wadah Inteklektual Tamadun Melayu telah dirasmikan oleh ExcoYB En Abdul Rahin Mohd Said.Seminar ini diadakan selama dua hari iaitu 28hb dan 29hb Mac 2011.Pembentang Kertaskerja terdiri daripada Prof - Prof daripada Universiti yang pakar dalam bidang bidang perudangan Islam,Matematik,Sejarah,Astronomi,Sains Komputer dan Bahasa.

Kehadiran sangat memuaskan yang terdiri daripada peminat peminat sejarah,pelajar-pelajar dan pegawai kerajaan.Unggul pun ada bersama-sama  mewakili Jabatan..Kajiselidik Batu Bersurat  yang dibentangkan oleh Prof - Prof akan dibukukan dan Insyaallah akan berada dipasaran pada bulan April ni.

Objektif seminar ini adalah seperti berikut :

a. Mengkaji dan menyelidik isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu

b  Mengkaji isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu dari sudut astronomi.

c. Membuat perbandingan Batu Bersurat Piagam Terengganu dengan batu bersurat yang terdapat diseluruh Nusantara.

d  Mengkaji dan menyelidik asal usul batu yang digunakan ketika penyediaan teks Undang-Undang Islam  yang dikuatkuasakan  oleh pemerintah Islam di abab ke 14.

e. Mengkaji dan menyelidik maksud yang lebih tepat berdasarkan kepada patah patah perkataan yang  digunakan dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu.

f.   Mengkaji,menyelidik dan merungkai sebanyak mungkin maklumat yang terkandung di dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu yang boleh dijadikan rujukan kepada generasi akan datang.







Friday, March 25, 2011

Minggu-Minggu Akhir Bertugas Di Menara Kawalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Membuat Tugas Kawalan Trafik Udara
Membuat Tugas Penyeliaan



  • Membuat Tugas Kawalan Trafik Udara 
Unggul telah bertugas dengan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semenjak 1hb Mei 1973 lagi.Lapur diri bertugas di Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada usia 20 tahun.Mengikuti kursus-kursus "Communications dan Air Traffic Control "yang dikendalikan oleh Kolej Penerbangan Awam (Sekarang ini dikenali sebagai Akademi Penerbangan Awam).Setelah lulus kursus "Air Traffic Control" dan lulus pemeriksaan kesihatan barulah boleh bertugas sebagai Controller.

Selain daripada LTAB Subang,Unggul pernah bertugas Lapangan Terbang Senai,Johor,Kota Bharu Kelantan dan Kuala Terengganu.Unggul berkhidmat selama 38 tahun dan dalam tempoh tersebut banyak perubahan berlaku dalam industi penerbangan termasuk kawalan trafik udara,peralatan kawalan.perubahan ruangudara,pembesaran lapangan terbang,pesawat-pesawat komersil,sekolah latihan penerbangan dan lain -lain lagi.

Unggul akan bersara pada 11.4.2011 pada usia 58 tahun.Unggul akan mencatit pengelaman bertugas dalam blog ini.Cuba buka artikel unggul yang terdahulu ada artikel-artikel berkait dengan Air Traffic Control.


Wednesday, March 23, 2011

Menara Tinjau Bangunan Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Menara Tinjau
Menara Tinjau  adalah sebahagian daripada bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.Bentok bangunannya menarik tetapi tiada pengunjung menggunakannya.Sekiranya menara ini boleh digunakan  tentulah para pengunjung dapat melihat pemandangan menarik disekitar airport . Pihak yang bertanggungjawab bolehlah merancang sesuatu aktiviti untuk menafaatkan bangunan ini.         

Monday, March 21, 2011

Ketibaan Jenazah Bonda DYMM Yang Di Pertuan Agung Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Pesawat C130 TUDM Yang Membawa Jenazah Bonda Yang Di Pertuan Agung
DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Permaisuri
                Foto-Foto di atas memaparkan ketibaan pesawat TUDM C130 yang membawa Jenazah Bonda Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agung di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu pada hari ini 21hb.Mac 2011.Sama-samalah kita hadiahkan Alfatiah untuk Baginda.Amin.                                                                                                                                                                                                           









































Sunday, March 20, 2011

Penerbangan Sewa Khas Umrah Kerajaan Negeri Terengganu.

Pendaratan Pesawat B747


                                  Pesawat B747 Yang Membawa Pakej Umrah



Penerbangan Sewa Khas Pakej Umrah Kerajaan Negeri Terengganu yang menggunakan pesawat Boeing MAS B747  telah berlepas daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 18hb Mac 2011 jam 1804 petang melalui pesawat MAS8324 ke Jeddah.Arab Saudi.Jumlah penumpang ialah 470 orang.Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri ,persekutuan dan orang-orang persedirian.Pakej umrah ini ialah daripada RM3800.00 seorang untuk tempoh 12 hari.Harganya murah jika dikira pada kos semasa yang dikenakan oleh agensi-agensi tertentu.Tambahan pula mereka berlepas daripada Kuala Terengganu terus ke Lapangan Terbang Jeddah.
Sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan pakej umrah seperti diatas pasti ramai lagi rakyat Terengganu dapat membuat umrah dan Lapangan Kuala Terengganu boleh menerima pendaratan pesawat B747 sepanjang masa.

Monday, March 7, 2011

Terminal Lama Dan Baru Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Terminal Lama
Parking Apron Terminal Lama

Terminal Lama Dan Menara Kawalan
Terminal Baru
Terminal Baru
Terminal Baru Waktu Malam
 Menara Kawalan Baru

Terminal Lama Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu mula digunakan pada tahun 1982. Pesawat MAS yang mendarat pada ketika itu ialah jenis Fokker .Setelah industri pelancungan bertambah rancak,MAS telah menggunakan perkhidmatan pesawat jenis  B737 pula .Parking apron hanya boleh menampung dua biji pesawat B737 sahaja.Sekiranya ada pendaratan pesawat yang ketiga terpaksalah Air Traffic Controller meletak sementara di landasan sehingga pesawat yang berada di parking apron keluar untuk berlepas.

Pada tahun 2007 terminal baru telah siap dan boleh digunakan.Masalah diatas tidak timbul lagi.Parking Apron sekarang boleh menampung empat pesawat sekali gus.Pesawat besar seperti B747 boleh menggunakan parking tersebut.Bangunan terminal boleh menampung jumlah penumpang yang besar samada yang tiba atau berlepas.Fasiliti-fasiliti untu kemudahan awam banyak terdapat dalam terminal ini.

Menara Kawalan baru setinggi 172 kaki atau lapan tingkat turut didirikan untuk menempatkan Air Traffic Controller.Alatan -alatan baru kawalan turut dibekalkan untuk kegunaan Controller bertugas.

Sekiranya anda ingin membuat lawatan sambil belajar ke Menara Kawalan,Jabatan Penerbangan Awam (DCA). sila hubungi pejabat ini melalui talian 09-6663214.


Thursday, March 3, 2011

Kaunter Penerangan Malaysia Airports Berhad (MAB) Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.



    Pembantu Penerangan Bertugas
                                   
    Pemandangan Dalam Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud K.Terengganu.

    Pembantu Penerangan Bertugas Di Kaunter Penerangan


     Kaunter Penerangan,  Malaysia Airports Berhad terletak di tingkat satu bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu .Kaunter Penerangan dibuka mengikut waktu operasi Lapangan Terbang iaitu daripada pukul 0645 pagi hingga 2200 malam.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu syif pagi 0645pagi hingga 1400  petang dan syif petang 1400 petang hingga 2200 malam.

    Tugas Kaunter Penerangan sebahagiannya seperti berikut:-


    a) Siaran ketibaan pesawat setelah mendapat maklumat pendaratan pesawat daripada Menara Kawalan,Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

    b) Siaran kelewatan pesawat samada yang tiba atau berlepas.

    c) Siaran meminta supaya penumpang bersedia untuk masuk ke Balai Berlepas.

    d) Pembantu Penerangan turut juga memantau fasiliti-fasiliti kemudahan awam di terminal supaya sentiasa berada didalam keadaan terbaik.

    e) Mereka bersedia untuk memberi maklumat kepada para penumpang atau bakal penumpang berkaitan dengan jadual penerbangan dan fasiliti-fasiliti di terminal.

    Kaunter Penerangan boleh di hubungi melalui talian:09-6663666.

                                                                                             

                                                                       
                      
    .



    Penerbangan Berjadual FIREFLY Daripada Penang - Kuala Terengganu-Penang

    Pesawat FIREFLY di Parking Apron Lapangan Terbang Sultan Mahmud k.Terengganu.
    Pesawat  FIREFLY Yang Akan Berlepas K Penang FF1023
    Pesawat FIREFLY  FF 1023 Berlepas Ke Penang

    Mulai hari ini 3hb Mac 2011 pesawat FIREFLY jenis ATR72 mula membuat penerbangan sektor Penang-Kuala Terengganu-Penang.Pendaratan pertama daripada Penang tiba jam 0752 pagi dengan membawa 21 orang penumpang ..Pada jam  0934 pagi pesawat ini dengan membawa penumpang sebanyak 39 orang berlepas ke Penang daripada Kuala Terengganu. Angka ini memberi pertanda yang baik untuk industri penerbangan dan pelancungan.

    Jadual penerbangan firefly Penang-Kuala Terengganu-Penang adalah pada setiap hari Isnin,Khamis dan Sabtu.Ketibaan jam 0815 pagi daripada Penang dan berlepas jam 0935 pagi daripada Kuala Terengganu. Untuk urusan penerbangan boleh hubungi melalui laman web Firefly : www.fireflyz.com.my




    Tuesday, March 1, 2011

    LAWATAN DARIPADA DA NANG AVIATION TECHNICAL SERVICES COMPANY VIETNAM KE MENARA KAWALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU

    Air Traffic Controller Memberi Taklimat
    Air Traffic Controller Bertugas Puan Zurina bt Ali
    Pegawai Teknikal  Vietnam Meninjau Peralatan Di Menara Kawalan



    AAT Supervisor En Aznan Menyampaikan maklumat.
    Mr Jeremy dan Vankiem


    Pegawai Teknikal daripada Da Nang Aviation Technical Service Company pada hari ini 1hb Mac 2011 membuat lawatan ke Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu untuk meninjau kemudahan peralatan - peralatan yang digunakan disini.Mereka diiringi oleh Pegawai  Advanced  Air Traffic System Kuala Terengganu, AAT adalah pembekal dan penyelenggaran alatan kawalan disini. 

    Rombongan tersebut terdiri daripada Mr Vankiem,Mr Minhhing,Mr Vantong dan Mr Phanky daripada Da Nang Airport dan Thien Phuc Coop.Wakil MTECH System Mr Jeremy.

    Pihak AAT telah memberi taklimat berkaitan dengan peralatan-peralatan yang digunakan.. .Kemungkinan Syarikat Vietnam ini berminat untuk  menggunakan peralatan yang sama untuk menara mereka.

    .Air Traffic Contrroler bertugas turut memberi  maklumbalas berkaitan peralatan kawalan yang digunakan.Rombongan daripada Vietnam ini nampaknya cukup ceria berada disini dan kata mereka kalau ada peluang mereka ingin berkunjung lagi.